Followers

Wednesday, January 18, 2012

Peraduan Koleksi Nasyid Tersohor

Salam wbt.


Kehadapan semua pencinta nasyeed tanah air (ni ayat Encik R).

Saya sekarang tengah masuk Peraduan Koleksi Nasyid Tersohor, jadi saya sangat memerlukan bantuan anda untuk menge'LIKE' slogan yang saya cipta bersama Encik R ♥♥♥

Cara LIKE:
1) Pergi link ni: Peraduan Koleksi Nasyid Tersohor (klik disini)
2) Cari nama saya, Nadirah Ahmad Azam
3) Klik LIKE pada slogan saya

Slogan saya:

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

"Saya mahu CD Koleksi Nasyid Tersohor terbitan Universal Music kerana nasyid merupakan wasilah hiburan yang menrejuvenasikan semangat dakwah setiap insan kearah deenul haq sebagai cara hidup disamping memartabatkan industri nasyid selari dengan peranan hiburan islamiyah dalam mentarbiyah dan mengislahkan masyarakat."

Setakat ni saya baru mendapat 20 LIKE jauh meninggalkan pesaing lain (ayat sederhana poyo). Kendatipun begitu, ia bukanlah jaminan saya untuk merangkul hadiah CD tersebut secara percuma kerana tarikh tutup peraduannya pada 14 Februari 2012. Macam-macam boleh jadi cik jah..

Akhir kalam,
kullu 'am wa antuk bikhoir,
saya mendoakan kebahagiaan anda dunia akhirat :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails