Followers

Saturday, February 18, 2012

Nadirah♥Rodzi ~ Rumah Mertua

Salam wbt.

19/2/2012 - Rindu, memang rindu! Bukan sahaja rindu mendalam pada Encik R, tapi rindu nak buat entri baru. Dah sebulan lebih kot tak update blog!

Ada sahabat2 yang menyarankan pelbagai topik untuk saya terus tetap update blog terutamanya bagi topik Nadirah♥Rodzi. Antara topik yang paling saya berkenan, "kehidupan di rumah mertua". Auww, takutnya topik. Tapi saya menyahut cabaran sahabat tersebut. Apa salahnya cerita benda yang baik bukan?

Usia kami disatukan sudah melepasi 2 bulan. Jadi mengikut perkiraan saya, baru 2 kali saya menjejakkan kaki ke teratak mertua. Satu, ketika kenduri disebelah suami. Dua, cuti tahun baru cina.

Alhamdulillah, tiada pengalaman pahit apatah lagi mengerikan. Yer la, kita tak biasa kan duduk rumah orang lain lama2. Tapi, awas! Ini bukan rumah orang lain, rumah kampung suami juga, kiranya macam rumah kedua sayalah selepas teratak bonda di Klang. Saya juga sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga mertua yang sangat penyayang, adik-beradik ipar yang baik dan juga biras yang peramah. Alhamdulillah.

Seawal subuh lagi ibu mertuaku sibuk didapur. Rasa macam tak kena pula kalau saya tak tolong, haih. Seronok juga dapat belajar buat pelbagai kuih; kuih ketayap, kuih keria, popia dan lain-lain. Serasa macam kaku pula bila nak kena pum pang pum pang buat kuih. Kantoi, nampak sangat dok reghti wat kuih haih cik jah oiiit!

Rumah mertua saya terletak di Kampung Teluk Sanau, dekat dengan Pekan Baling. Disekitarnya penuh dengan pohonan yang menghijau juga tanaman sayuran dan buah-buahan. Penduduk disini sangat ramah, seronok jugalah. Kebanyakan jiran mertua adalah saudara mara mertua.

Encik R menjadi kepercayaan orang kampung. Kelebihannya dalam mengubati secara rawatan islam menjadi siulan orang ramai. Saya ingat lagi, semasa pertama kali saya menjejakkan kaki dirumah mertua, setiap malam ada sahaja yang memanggil Encik R untuk mengubat. Bertuahnya saya bersuamikan Encik R. Rasa kagum menitip dibibir. (alamak, macam ayat novel la, perggggg!)

Erm, bila masa makan tengahari, saya belajar masak pelbagai jenis hidangan. Antara resepi yang saya tak boleh lupa, pastinya Nasi Tomato. Pergh, sedapnya ayam masak merah mertua. Tak jauh beza dengan ayam halia cikgu, cuma mertua tambah susu cair dan lengkuas, perghhh, terangkat cik jah~

Cuti sekolah bulan 3 ni tak pasti lagi nak balik Baling atau camne, sebab nak balik Yan kampung tok dan tok wan sekali. Ataupun sonang cito, balik 2-2 je jah ;)

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails