Followers

Thursday, September 27, 2012

Saya Dan Nasyid ;)

Salam wbt.

Pos kalini agak berbeda dengan yang terdahulu. Sejak kebelakangan ini, saya lebih suka menyentuh kisah al-hafizah dan ‘umminya’. Jadi, untuk menyahut seruan sahabat saya yang merupakan Pelopor Munsyeed.com iaitu sebuah ejen media nasyid, saya akan lakarkan sedikit perihal Saya Dan Nasyid.



Info tentang Peraduan Saya Dan Nasyid < klik...

Seingat saya, saya mula minat nasyid sekitar tahun 2000. Ketika itu umur saya 12 tahun.

Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau mencintaiku…

Lagu yang berkumandang di corong radio menarik perhatianku. Wah, jiwangnya lirik lagu ni!

Bermula dari itu, saya mula mengenali nasyid dengan lebih mendalam. Antara lagu awal yang saya minat sudah semestinya Puji-pujian dendangan kumpulan yang cukup disegani iaitu Raihan. Sewaktu itu kaset masih digunakan. Arwah ayah saya selalu pasang lagu Raihan dan Brothers didalam van. Sangat nostalgia bila diingatkan kembali. Sekolah rendah ketika itu.

Tahun 2004. Inteam merupakan kumpulan nasyid pertama yang saya jumpa yang dulunya dikenali sebagai In-Team. Wah, sangat teruja ketika itu apabila artis yang kita minat tak sampai sedepa berada didepan mata kita.

Tahun 2006. Apabila saya meningkat dewasa sikit (dewasa la sangat ;), saya membeli walkman. Keghairahan saya membeli kaset nasyid pula mula menebal apabila memasuki Matrikulasi. Penuh pelbagai jenis kaset diatas meja belajar saya. Teman sebilik sudah faham sangat dengan perangai saya.

Teringin mengenali kumpulan nasyid dengan lebih dekat, saya mula mencari info didalam internet. Semenjak dari itu, saya mula aktif sebagai ahli Komuniti Teman Inteam (KTI) dan beberapa lagi komuniti seperti Far East Zone (FEZ), Famili UNIC (FU), Kelab Sahabat Hijjaz (KSH), Kerabat Devotees (KD), Saujana dan lain-lain. Saya telah menjadi penggerak KTI, moderator beberapa komuniti nasyid dan menjadi sahabat radio IKIM sehingga diberi kepercayaan menjadi AJK. Nickname yang sering saya gunakan ketika berinteraksi dialam maya bersama komuniti nasyid adalah bingkisaNurani. Haih, kenangan sungguh ^^!

Paling yang saya tak boleh lupa, slot carta IKIM setiap malam jumaat jam 10.00. Kami warga KTI akan sepakat mengundi lagu Inteam sehingga menjadi juara. Kami menelefon DJ Erwan dan menghantar email. Sungguh semangat ketika itu :)

Tahun 2012. Kini saya sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata beberapa hari lagi. Kerterujaan saya pada nasyid sama seperti dulu cuma tidaklah sehangat tika zaman saya bujang. Kendatipun begitu, saya sangat berharap nasyid di Malaysia dan diseantero dunia terus bertapak kukuh dalam menyampaikan medium dakwah kepada masyarakat. Insyaallah. Takbir!

Bersama kumpula NICE

Bersama Devotees & Far East


Bersama Inteam & UNIC

Bersama Keluarga A.Amin Inteam


KTI di surat khabar Sinar Harian

Buletin KTI


Keluarga A.Amin Inteam dihari bersejarahku

Alhamdulillah, dianugerahkan Ahli KTI Paling Berjasa 2010 - kenangan terindah! :) :) :)

********************************************************************************

Sekian dari saya,
bingkisaNurani ;)

Read More :D

Friday, September 07, 2012

Senarai Keperluan Ibu Bersalin ;)

Salam wbt.

Barang keperluan baby Al-Hafizah dah siap!

:: Keperluan Baby Al-Hafizah::



Sekarang kita senaraikan barang ummi Al-Hafizah pula yer untuk ke hospital ;)

1) Kad Pengenalan
2) Handphone & Charger
3) Buku merah
4) Buku diari hamil + amalan ibu mengandung
5) Sepasang baju lengan panjang + jubah
6) Kain longgar + kain batik
7) Tuala mandi
8) Baju sejuk
9) Stokin tebal - 2pasang
10) Maternity pad
11) Nursing pad
12) Selipar jepun
13) Beg plastik
14) Snek - roti, biskut, 3 in 1
15) Set bersalin (jika perlu)
16) Kebersihan (syampu, sabun badan, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, sikat, bedak & deodorant

Ada lagi tak yang kurang puan-puan sekelian? Terima kasih atas bantuan ;)


Read More :D

Wednesday, September 05, 2012

Senarai Keperluan baby Al-Hafizah :)

Salam wbt.

Al-Hafizah (AH) kini dah masuk 33 minggu dengan kata lain 35minggu. Haha, macamana ada dua umur ni. Al-kisahnya, klinik kerajaan kata 35minggu, maksudnya dijangka bersalin 10/10. Klinik pakar pula kata 33 minggu dan dijangka 24/10.

Hati kuat mengatakan Klinik pakar yang betul sebab diskrin ultrasound dia canggih, berwarna-warni siap keluar tarikh dijangka bersalin. Mungkin saya tersilap bagi tarikh yang penting pada klinik kerajaan kot?

Apepun, 'ummi' tak kisah. Yang penting, Al-Hafizah selamat, sihat dan normal apabila bersalin nanti. Yang kedua penting, Al-Hafizah cute (uwekkks) macam ummi dia & bijak macam abi dia ;p

Persiapan setakat ni alhamdulillah. Kami suami isteri ambil yang wajib dulu, sunat2 muakad insyaallah bila Al-Hafizah dah melihat dunia nanti k :)



Senarai barang Al-Hafizah:

1- Baju berlengan panjang
2- Baju berlengan pendek
3- Stokin/sarung tangan/topi
4- Lampin biasa/kain
5- Lampin pakai buang/drypers
6- Selimut/bedung
7- Barut
8- Tuala besar
9- Tuala kecil
10- Sapu tangan
11- Baby bip (alas baju)
12- Tisu lembap/wipes
13- Pelapik getah (untuk tukar lampin)
14- Mosquito net
15- Set tilam+bantal
16- Bakul baju kotor
17- Bakul sampah kecil
18- Besen mandi
19- Set mandi (syampu, sabun badan, losyen, bedak)
20- Pam susu, bekas simpanan susu, beg pendingin, pek ais, botol susu & berus botol
21- Kebersihan & kesihatan (minyak telon, krim ruam lampin, putik kapas, tisu, sikat, pemotong kuku, termometer)

Kebanyakkan barang kat atas ni, saya dan Encik R beli di AEON Bukit Raja. Yerla, kedai depan mata (waktu berniaga masa ramadhan) ditambah promosi yang dibuat, masakan kami tak nak ambil peluang kan :)

Ni nak cerita sket pasal persiapan keseluruhan:

1- Persiapan barang Al-Hafizah yang nak bawa ke hospital dah siap 100%. Sebab kita tak bawa semua senarai kat atas, bawa yang penting untuk 2/3 hari je.

2- Persiapan ummi dia ni leceh sikit, hampir siap 70%, sebab lagi 30% tu banyak yang kita tengah guna, jadi tak boleh nak simpan siap2 dalam beg.

3- Set bersalin alhamdulillah dah tempah.

Guna produk shaklee. Dalam set bersalin tu ada Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin & Zink. Kiranya pil ni untuk penyembuhan luka, pengecutan rahim & sewaktu dengannya.

Untuk tungku, saya juga tempah diinternet. Saya pilih bantal panas dari Kedai bestari.

Untuk bengkung, mandian herba dan minyak urut pula, insyaallah sepupu saya sangat bermurah hati nak bagi yang dia punya.

Kepada para ibu sekalian, ada lagi tak barang-barang wajib yang saya tertinggal??? PLEASE HELP ME, saya budak baru belajar, sangat memerlukan bantuan pakar dari puan-puan sekelian. Sekian :)

**Insyaallah, gambar-gambar persiapan keseluruhan saya akan upload bila barang online semua dah sampai, wink-wink ;)**

-------------------------------

komen dari fb&blog setakat jam 8:54pm, 5/9/12

1)Kak raja - buah tamar & air zam-zam
2)Asma' - breast pump & milk storage
3)K.Syidah - baby bip, bakul sampah kecil, tisu, termometer, botol susu & berus botol.

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails