Followers

Thursday, September 27, 2012

Saya Dan Nasyid ;)

Salam wbt.

Pos kalini agak berbeda dengan yang terdahulu. Sejak kebelakangan ini, saya lebih suka menyentuh kisah al-hafizah dan ‘umminya’. Jadi, untuk menyahut seruan sahabat saya yang merupakan Pelopor Munsyeed.com iaitu sebuah ejen media nasyid, saya akan lakarkan sedikit perihal Saya Dan Nasyid.



Info tentang Peraduan Saya Dan Nasyid < klik...

Seingat saya, saya mula minat nasyid sekitar tahun 2000. Ketika itu umur saya 12 tahun.

Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau mencintaiku…

Lagu yang berkumandang di corong radio menarik perhatianku. Wah, jiwangnya lirik lagu ni!

Bermula dari itu, saya mula mengenali nasyid dengan lebih mendalam. Antara lagu awal yang saya minat sudah semestinya Puji-pujian dendangan kumpulan yang cukup disegani iaitu Raihan. Sewaktu itu kaset masih digunakan. Arwah ayah saya selalu pasang lagu Raihan dan Brothers didalam van. Sangat nostalgia bila diingatkan kembali. Sekolah rendah ketika itu.

Tahun 2004. Inteam merupakan kumpulan nasyid pertama yang saya jumpa yang dulunya dikenali sebagai In-Team. Wah, sangat teruja ketika itu apabila artis yang kita minat tak sampai sedepa berada didepan mata kita.

Tahun 2006. Apabila saya meningkat dewasa sikit (dewasa la sangat ;), saya membeli walkman. Keghairahan saya membeli kaset nasyid pula mula menebal apabila memasuki Matrikulasi. Penuh pelbagai jenis kaset diatas meja belajar saya. Teman sebilik sudah faham sangat dengan perangai saya.

Teringin mengenali kumpulan nasyid dengan lebih dekat, saya mula mencari info didalam internet. Semenjak dari itu, saya mula aktif sebagai ahli Komuniti Teman Inteam (KTI) dan beberapa lagi komuniti seperti Far East Zone (FEZ), Famili UNIC (FU), Kelab Sahabat Hijjaz (KSH), Kerabat Devotees (KD), Saujana dan lain-lain. Saya telah menjadi penggerak KTI, moderator beberapa komuniti nasyid dan menjadi sahabat radio IKIM sehingga diberi kepercayaan menjadi AJK. Nickname yang sering saya gunakan ketika berinteraksi dialam maya bersama komuniti nasyid adalah bingkisaNurani. Haih, kenangan sungguh ^^!

Paling yang saya tak boleh lupa, slot carta IKIM setiap malam jumaat jam 10.00. Kami warga KTI akan sepakat mengundi lagu Inteam sehingga menjadi juara. Kami menelefon DJ Erwan dan menghantar email. Sungguh semangat ketika itu :)

Tahun 2012. Kini saya sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata beberapa hari lagi. Kerterujaan saya pada nasyid sama seperti dulu cuma tidaklah sehangat tika zaman saya bujang. Kendatipun begitu, saya sangat berharap nasyid di Malaysia dan diseantero dunia terus bertapak kukuh dalam menyampaikan medium dakwah kepada masyarakat. Insyaallah. Takbir!

Bersama kumpula NICE

Bersama Devotees & Far East


Bersama Inteam & UNIC

Bersama Keluarga A.Amin Inteam


KTI di surat khabar Sinar Harian

Buletin KTI


Keluarga A.Amin Inteam dihari bersejarahku

Alhamdulillah, dianugerahkan Ahli KTI Paling Berjasa 2010 - kenangan terindah! :) :) :)

********************************************************************************

Sekian dari saya,
bingkisaNurani ;)

2 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails