Followers

Saturday, January 03, 2009

** PEDULI PALESTINE **

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya Allah, moga kami tidak cuai dalam menunaikan hak ukhuwwah terhadap saudara kami di Gaza.


Seruan ini ana petik dari laman web IkhwanOnline.com. Ianya berkenaan seruan HAMAS agar seluruh muslimin di seluruh dunia BERPUASA pada 9 dan 10 Muharram sebagai menyahut seruan Rasulullah s.a.w. dan memberikan sokongan kepada penduduk Gaza yang sedang berjuang dengan kelaparan dalam suasana ketakutan dan tekanan yang amat dahsyat.
(Ataupun berpuasa 10 n 11 Muharam)

** Klik Doa Qunut Untuk Gambaran Yang Lebih Besar **



Khaibar...Khaibar... Ya Yahud.

Jaisy Muhammad... Saufa Ya'ud

Hancur..Hancur Wahai Yahudi...

Tentera Muhammad.. Akan kembali...

Kepada Umat Islam,

Janganlah kamu diperolok & diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti brsama dlm barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yg tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu didalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mrk utk tunduk menyerah diri kpd ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Boikot Barangan Israel!


Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)






bingkisaNurani:
Insyaallah, bermula dari saat ini, diriku berjanji untuk tidak lagi membeli barangan kafir zionis. ALLAH AKBAR!!!


4 comments:

  1. salam perjuangan...boikot barang yahudi

    ReplyDelete
  2. baru2 ni boikot brg2 ni dah jatuh hukum WAJIB.. Dan ana terkilan bile dgr housemate ana yg lain mengeluh sbb kebanyakan org melayu islam mencari rezeki di syarikat2 berkenaan. TApi bagi sy, ni tak bleh dijadikan alasan. Kalu kita suke berdalih, n beralasan dgn perintah dan hukum hakam Allah, takde bezanya kite dgn org2 yahudi..betul tak?kat dlm surah al-Baqarah ade sebut ttg perangai org2 yahudi ni. Usaha kita adalah jihad, smoga Allah menawarkan pahala yg tggi kpd mereka yg betul2 boikot brg2 yahudi ni. Sbb di sini la hati seorg muslim betul2 diuji. Ni bersesuaian dgn sebuah petikan dpd nasyid yg ana prnah dgr dlu "mujahidah sejati, akhirat utama kerana dunia bukan pilhannya".. insyaallah semoga mereka mdapat hidayah dpdNya

    ReplyDelete
  3. jatuh hukum WAJIB..sape yg kluarkan hukum nye yer?

    sama2 kite melawan nafsu dari mmbeli barangan2 yahudi ni..

    salam mujahadah buat smua :)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails