Followers

Sunday, November 30, 2008

ANDA TIDAK CANTIK?? Usah risau :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam wbt. Jom kite singkap erti kecantikan sebenar. Cantik itu memanglah penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.



Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.


Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.



Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??



Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Bersabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu'minah yang taat pada Ilahi



bingkisaNurani:
Cantek luaran jer tak guna cik jah, yg penting dalaman tu ;) INGAT! ALLAH x pandang sifat fizikal kite, tp hati nurani kite. Tapi lagi elok kite jaga 2-2 dgn mmberatkan lagi pada rohani kite :):):) Renung2 kan..



Read More :D

Tuesday, November 25, 2008

ABU NUR YANG DIRINDUI.. :)






Bismillahirrahmanirrahim. Salam wbt smua. Harini ana kurang sihat tapi kuatkan diri juga untuk menulis laporan tentang program di ABU NUR yang dikendalikan oleh avtivis2 UMMAH AID. Sebelum itu, ABU NUR & UMMAH AID ni ape yer??



Bagi yang belum mengetahui, UMMAH AID adalah merupakan satu hubungan persaudaraan yang bergerak membantu masyarakat minoriti Islam khususnya di Asia Tenggara dan di seluruh dunia amnya bagi mendapat kehidupan yang berpaksikan syiar ISLAM.

ABU NUR pula merupakan kediaman yang menempatkan anak-anak yatim, remaja miskin, dan mereka yang mempunyai masalah sosial. Jadi Ummah Aid telah mengambil iniasitif untuk membuat follow up untuk adik-adik ABU NUR ini agar mereka terus cemerlang, gemilang dan terbilang :) Berikut ada sedikit coretan ana khas wat tatapan smua =] baca sampai abes yer..



Pada 16-19 November 2008 yang lalu, sekali lagi kami menjejakkan kaki ke Kediaman Abu Nur tercinta yang beralamat di Kampung Simpang Pulai, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 15 orang fasilitator yang terdiri daripada 8 orang muslimin dan 7 orang muslimat dan 31 peserta yang menyertai ‘Kem Tautan Hati 2008’ ini. Fasilitator muslimin terdiri daripada abg Salman, abg Amir, abg Saiful, Ifwat, Mahzan, Hazwan, Anwar dan Anas manakala fasilitator muslimat pula terdiri daripada K.Aziyah, ana sendiri (Ira), Anis, Afiqah, Liyana, Atikah dan Ros. Lagu tema untuk kem pada kali ini adalah Anak Soleh dari kumpulan UNIC.



Segala modul dan perjalanan program disusun oleh aktivis2 dari Institut Perguruan Tunku Bainun (IPTB). Terima kasih daun keladi diucapkan kepada mereka yang bersusah payah memerah otak dalam menghasilkan modul yang sangat mantap dan berguna kepada adik-adik Abu Nur ini. Moga Allah swt menilai setiap titik peluh dan keringat antum semua. Allahumma amen :) Maaf andaikata coretan ini terlalu panjang tapi percayalah, besar harapan ana untuk melihat adik-adik Abu Nur cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah akhlak dan sahsiah mereka. Moga mereka berjaya fiddunia wal akhirah. Insyaallah..

16 November 2008

(Ana x join hari ptama punya aktiviti coz sampai lewat..sedeh nye (-_-) ]

:: Pagi yang cukup indah dan nyaman. Kami memulakan aktiviti dengan ice breaking dan ta’aruf. Biasa la kan, tak kenal maka tak cinta. Jadi, setiap kem memang memerlukan aktiviti taaruf ini. Untuk pembahagian kumpulan, mereka dibahagikan mengikut warna kad yang diberikan oleh fasi. Aktiviti ta’aruf ini menggunakan benang, sambil memperkenalkan diri, sambil memintal benang di tangan. Nak suruh orang lain ta’aruf, benang tersebut hendaklah diberi kepada kawan yang lain. Jadi, benang tersebut akan membentuk seperti sarang labah2! Wow, menarik sungguh idea ini..


:: Kemudian, aktiviti diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan 1, (LDK 1) iaitu ‘Aku dan Kamu’. Menarik tajuk nya bukan? Didalam kumpulan, para peserta dikehendaki mencari pasangan. Dalam berpasangan tersebut, mereka dikehendaki melukis tangan. Ruang didalam tangan dikehendaki menulis sikap kita dan ruang luar tangan pula menulis sikap pasangan kita. Pasangan kita juga dikehendaki membuat perkara yang sama. Kemudian, bandingkan adakah apa yang kita tulis dekat ruangan dalam tangan kita sama dengan pasangan kita yang tulis di ruangan luar dia..( jeng2, sama tak?? Ha, kantoi..)


:: Untuk LDK 2 iaitu ‘Kehidupan Pelajar Muslim’, mereka dikehendaki untuk membuat jadual tentang tokoh muslimat seperti Siti Khadijah, Siti ‘Aisyah, Fatimah Az-zahra’, Sumayyah dan seorang lagi tokoh. Kemudian, seorang dari ahli kumpulan ditugaskan untuk menulis pada kertas mahjong yang telah ditampal didinding. Manakala seorang lagi ditugaskan untuk bertanyakan amalan harian tokoh muslimat tersebut pada kumpulan lain. Ini bermaksud, setiap kumpulan tidak boleh menulis pada kertas mahjong mereka tapi dikehendaki menulis pada kertas mahjong 4 kumpulan yang lain dengan menanya pada mereka mengikut turutan waktu. (he3, faham ker? Sory if salah explanation.. Ana pun kurang faham coz x join aktiviti ni..tanyer la Ifwat, Anis n da geng yer..)


:: Usai solat asar, para peserta menjalankan aktiviti berriadhah. selepas itu, Slot 1 iaitu ‘Kenali Diri’ bersama abg Amir dijalankan ba'da maghrib. Selepas isya’ pula, Slot 2 yang dikendalikan oleh abg Salman menyentuh tentang ‘Aurat dan Pergaulan’. Walaupun ada adik2 yang kurang memahami dan tidak memberi tumpuan semasa ceramah/kuliyah yang disampaikan, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus memahamkan dan memberi pelajaran kepada mereka. (Biasa la budak2, kadang2 susah sket nak tangkap sesuatu benda yang mungkin ‘agak berat’ bagi depa.. )

17 November 2008



:: Seawal jam 5.oo pagi, semua peserta dikejutkan untuk melakukan qiamullail. Walaupun ada antara mereka yang agak liat untuk bangun, akhirya mereka berjaya juga dikejutkan. Pada hari ini juga pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun. Pada pagi itu, Slot 3 iaitu ‘Keluarga Bahagia’ yang dikendalikan oleh mahzan berjaya meraih perhatian adik2 Abu Nur ini. Mereka dikehendaki untuk menulis biodata ibu dan ayah mereka. Ada sebahagian besar adik2 kita yang tidak dapat menulis.. (adoi, jenuh ana tulis kan biodata untuk depa, bukan sorang tapi berapa ntah, banyak la gak..xpe dik, demi adik, akak sanggup wat ape jer..tapi baik2 jer taw..hu3)..

:: Kemudian, Slot ‘klinik solat’ dijalankan pada tengahari itu. Para peserta diajar tentang teori dan amali solat. (sabar je la ngan adik2 kita ni, macam2 benda berlaku time ni, akak2 fasi penat dah suh betulkan dan rapatkan saf tapi depa still ketawa2..xper la yer, kita kalo nak ajar depa, kne slow2..kita kne ikot cara Rasulullah saw, tegas tapi penuh berhikmah..jgn garang sangat, kang depa x mau ikot langsung lagi susah..btuii dak?)

:: Selepas zohor, Teori & Praktikal tentang Pengurusan Diri dan Tempat dilakukan. Kekemasan Diri, (kuku, rambut dan lain-lain) dan juga tempat (almari, katil, pakaian) semua nya dinilai. (Sedih tgk adik2 ni, ada yg kurang menitikberatkan soal kebersihan..xpe dik, dont worry, kami sedia membantu ! insyaallah..)


:: Tepat jam 5.00 petang, permainan explorace dijalankan. Explorace ni dikendalikan oleh fasilitator muslimin.. (seronok ana tgk adik2 kita ni main..agaknya depa betul2 terhibur ngan permainan tu kot.. task2 yang diberi kepada mereka ade yg mencabar tidak kurang juga yg menggelikan hati ana..tapi yg bagusnya, diselitkan juga unsur2 islamik disitu..macam2 idea depa ni..apepun, well done !)

:: Pada malam itu, para peserta disajikan dengan tayangan video ‘Muhammad Utusan Terakhir’. Pada awal penanyangan, mereka begitu bersemangat menontonnya. Tetapi masing2 menunjukkan muka yang agak berbeza diakhir tayangan. Riak2 keletihan terpancar diwajah adik2 kita ni. Mungkin kerana penat aktiviti seharian yang dijalankan. Jadi, untuk konklusinya, ana menyuruh mereka untuk membuat kesimpulan tentang video yang mereka lihat. Macam2 jawapan depa beri. Ok la tu.. depa pun diberi pelepasan untuk melayar bahtera. (b4 tdo, ada juga yg minum kopi cap songkok (btuii ker cap songkok??) yang ibu buat..fuh ! mmg sedap..he3..kalo dh minum kopi camne nak tdoq ?? huk3..)

18 November 2008


:: Bunyi unggas dan cengkerik mula bersahutan. Alunan merdu zikir juga berkumandang sayup-sayup kedengaran. Seperti hari sebelumnya, para peserta dikejutkan seawal jam 5.00 pagi untuk berqiamullail. Slot Tentang Diri, Rakan-rakan, dan Masyarakat menghiasi aktiviti adik-adik pada jam 9.00 pagi.


:: LDK seterusnya pula ‘Impianku’. Apa yang ana lihat dari LDK ini, ia cukup berkesan untuk menarik perhatian adik-adik. Mereka dikehendaki menulis impian hidup masing-masing. Kemudian mereka diberi bintang yang mana bintang tersebut adalah impian mereka. Mereka dikehendaki menampal bintang tersebut didinding dengan usaha mereka sendiri tanpa bantuan dari orang lain. Setinggi mana bintang yang ditampal, setinggi itulah impian mereka. (fasi2 juga tidak terlepas untuk tampal bintang masing2. We also have our goals!)


:: Pada petang itu, Teori dan Praktikal Masakan dilakukan. Adik-adik begitu teruja dengan aktiviti yang dikelolakan oleh Liyana ni. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana mereka akan masak dadih (coklat n strawbery), agar-agar laici dan cucur ikan bilis. Ana dan atikah ditugaskan untuk menjaga bahagian cucur. Jadi, afwan jiddan kalo kami masak tak sesedap kat restoren 5 stars tu yer..hu3.. Apepun, seronok tengok adik-adik masak. Mmg ade gaya, kalah chef2 kat luar sana..hu3.. tapi ketua chef time tu K.Aziyah la..mmg terror dia masak..keep working kak!

[ adik2 memasak ni..ade bakat depa ni..hu3 ]

:: Malam kebudayaan menghiasi slot malam ini. Tema pada malam itu ialah ‘Anak Soleh’. Kreatif jugak adk2 kita ni..siap buat back up singer..tu yg paling tak tahan sekali. Akhirnya mereka lah yang johan. Ada juga persembahan sajak malam tu, sape yg buat yer? Biarlah rahsia.. tapi, ana harap sangat depa menghayati setiap bait kata2 sajak tersebut. Besar harapan fasilitator untuk melihat mereka berjaya fiddariyin iaitu dunia dan akhirat. Insyaallah..


:: Sebelum mereka melelapkan mata dibuai mimpi dihanyut samudera, kami menghadiahkan mereka dengan Slot “panas” iaitu slot muhasabah diri yang menyentuh soal ibu-bapa. Abg Salman dan Anas memainkan watak utama dalam ‘drama’ kali ini. Ana dan juga para fasilitator lain juga cukup tersentuh hati. Linangan air mata kami tidak dapat dibendung lagi melihat esakan dan mutiara jernih yang keluar dari setiap mata adik-adik Abu Nur. Tidak terkecuali sorang pun..Cukup-cukup syahdu! Syukur Alhamdulillah juga kerana slot ini membuka mata dan membuahkan keinsafan dalam diri adik-adik agar tidak terus hanyut dalam menghayati erti pengorbanan yang tiada tara oleh ibu-bapa mereka. Moga mereka terus istiqomah dalam mengingati setiap jasa ibu-bapa mereka.



19 November 2008

:: Masa begitu mencemburui kami. Antara sedar mahupun tidak, harini sudap genap 4 Hari 3 malam kami bersama adik-adik. Seperti 2 hari sebelumya, qiamullail tetap diteruskan pada hari yang terakhir.

:: “Al-Aqlu Salim fi Jasadi Salim”. Aqal yang sihat terletak pada badan yang sihat :) Kami menutup kem ini dengan aktiviti sukaneka. Aktiviti ini dikendalikan oleh Afiqah n da geng. Seronok sangat2 tengok depa bersukaneka. Kumpulan K.Aziyah n Ros nampaknya begitu bersemangat. Bagus2...dan sebanyak 7 aktiviti sukaneka yang mencabar dipertandingkan(mencabar ker?? he3..). Antaranya ialah:

** Minum air laici menggunakan sambungan straw
(lawak rasenyer, bile sambungkan straw, straw tu lg tinggi dari adik2..sabau jerk la..tp kump ana dapat no 2! Caiyok2 adik2..)

[ tu dia aihh..panjang benar straw nyer ]

** Isi air dalam botol
(ni main cam biasa la..tp group kak Aziyah menang rasenye, terror tul group depa..baguissh :])

[ gamba atas ni, time ni ana pun main sama, cm lawak jer rase.kui3.. ]

** Tiup gula-gula dalam tepung
(adoi, ade adik kumpulan ana nangis coz mybe matanye masuk tepung, so ana pun pujuk lah die..last2, ana sendiri x dapat men..n baju ana pun bersih dari sebarang kesan tepung..kui3 :p.. tapi pandai ek, after men air, depa kasi tepung..abes melekat tepung2 tu kat baju..ish3.. ^_~)

[ semangatnye adk kite ni cari tepung :) ]

** Bawak bola pimpong dalam sudu
(yg ni kami wat strategi..beratur mula yang tinggi sampai yang rendah skali.. so, senang la bola pimpong nak jatuh dari sudu ke sudu yang lain..btuii dak?? Cuba pk jap )

[ adk masyitah yg berusia 5 tahun begitu aktif skali time ni.. ]

** Baling belon yng berisi air kebelakang
(yg ni paling sedih, satu belon pun x masuk dalam baldi ana, btuah btui adik2 kumpulan ana ^^)

** baling belon berisi air dalam jarak yg jauh ke dalam baldi
(yang ni best gak, although my group x menang pun..huk3..)

** Kutip Sampah !!
(ni permainan plg syok! He3.. sape yg kutip sampah plg banyak, die lah juara.. actually ni selingan jer coz bersihkan tempat sukaneka tadi.. tiada yg kalah mahupun yg menang..)

:: Selepas aktiviti sukaneka, kami bersiap-siap untuk acara penutup. Adik-adik tidak sabar lagi untuk mendapat hadiah masing-masing. Sebelum itu, kami memberi amanat terakhir kepada semua adik Abu Nur yang amat kami sayangi. Pelbagai nasihat dan juga kata-kata semangat dilontarkan sebagai hadiah maya buat mereka. Sejurus selepas itu, kegembiraan tergambar diwajah mereka apabila diumumkan untuk sesi pemberian hadiah.. bertuah betul adik-adik kita ni. Dalam masa yang sama, kesedihan terpancar diwajah kami apabila tersedar bahawa masa kami dengan adik-adik bukan untuk selamya. 4 hari 3 malam bersama adik2 bagaikan 4 minit 3 saat nisbah peredaran waktunya. Begitu cepat masa berlalu! Kami bakal meninggalkan adik-adik Abu Nur sebentar lagi. Pelukan dan salaman untuk adik-adik bagaikan salaman yang terakhir buat kami. Semoga kami akan berjumpa lagi dengan adik-adik Abu Nur ini insyaallah.



ANAK SOLEH
Munsyid : Unic

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh


Ini saja yang sempat ana lakarkan buat antum semua. Sebarang komen dan juga pandangan, bolehlah dicoretkan disini. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama. Syukran ‘ala kulli hal…

Wallahu’alam.

Salam perjuangan,
Nadirah Ahmad Azam
UPM, Serdang

bisikan_nurani01@yahoo.com
(http://bingkisaNurani.blogspot.com)



bingkisaNurani:
adoi, windu nye kat adik2 ABU NUR..bile nak jumpe depa nih.sedehnye..huk3



Read More :D

Saturday, November 22, 2008

ToM Y@M SoDAP PUNYER :)


Try Laa.. Senang jer insyaallah ^^




Bahan-bahan:

::Air
::Garam & Gula
::2 biji tomato
::1 asam keping
::Sedikit air asam limau
::Sedikit daun limau purut
::2 kiub tomyam (maggi punye)
::1 biji bawang besar (dipotong bulat)
::Cili padi ( ikut suka, lg byk lg mengancam!)
::Ayam, udang, sotong & daging yang telah dihiris
::Sayuran ( kobis, celeri, carrot, cauliflower, cendawan n etc)


Ayam, Udang, Sotong etc

Pelbagai Sayuran


Caranya:

^^Mula rebus air dulu dalam periuk anggaran setengah periuk.
^^Bila didih, masukkan asam keping, ayam, udang, sotong dan daging.
^^Biar dulu agak2 dah agak masak, masukkan serai, bawang, segala sayuran, kiub tomyam, garam dan cili padi .
^^Biar didih kejap. Then, masukkan sedikit air asam limau dan tomato.
^^Last sekali bila nak angkat , barulah masukkan daun limau purut.

bingkisaNurani:
Sonang jerk..cuba jangan x cuba..pastinye menjilat ibu jari :) hu...



Read More :D

Friday, November 21, 2008

Kampung Perjek Bukan Lagi Tempat Persinggahan…


Bismillahirrahmanirrahim. Salam wbt ila Sahabat2 yang dikasihi Allah swt..kat sini ira nak kongsikan lagi laporan dakwah kami di kampung orang asli..tapi ira x pegi trip bulan september tu.. Laporan kali ni ditulis oleh K.Syida :)

Kampung Perjek Bukan Lagi Tempat Persinggahan



“Laporan di Perjek, Shida buat ye?” kata Abg Nuar. Alamak! Aku dah agak dah mesti aku yg kena buat laporan kali ni.. Bab-bab karang-mengarang ni lah yg paling aku lemah sekali.. tapi demi Ummah Aid dan utk teruskan perjuangan dakwah ni aku gagahkan diri menyiapkan laporan ini sebagai tatapan sahabat2 yg tersayang.. chewah!

Seperti yg dirancang jumaat malam sabtu tu kami berkumpul dan over night di masjid Lasah.. Di sinilah pengembaraan kami kali ini bermula.. di mana ada group yang datang dari Serdang (group aku la tu), group dari Penang dan group dari UIA Gombak.. Lebih kurang 24 aktivis yang join program Ziarah dan Dakwah kali ini..Pada malam tu terpancar kepenatan di wajah masing- masing..(semua muka layu je..) waktu itu kami tidak sempat beramah mesra antara satu sama lain coz dalam kepala kami fikir nak tidur je…tidak lama kemudian kedengaran bunyi unggas dan cengkerik yang bersahutan di luar masjid disaingi pula dengan bunyi dengkuran dari dalam masjid yang memecah kesunyian malam. Penat sungguh gamaknya.



Keesokkan paginya selepas solat subuh, dengan niat yg baik dan azam yg kuat kami gagahkan diri untuk memulakan perjalanan kami ke perkampungan orang asli di Kuala Mu. Pada waktu itu, di dalam hatiku, tidak sabar utuk berjumpa warga Kuala Mu, sudah lama aku pendamkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Kuala Mu.. Selama ini aku hanya mendengar cerita dari sahabat2 sahaja tapi kali ni impianku hampir tercapai..Sebelum kami menuju ke Kuala Mu,kami pergi ke gerai makan yang berhampiran utk bersarapan.. waktu ini kami gunakan masa dgn sebaiknya untuk bertanya khabar bg yg telah lama terpisah dan berkenal-kenalan bagi yang baru bersua muka..ketika itu terjalinlah ukhuwah yg sejati kerana Allah..

Setelah bersarapan, kami berkumpul di sebuah surau lama,di situ kami bermesyuarat.. kami diberi tahu oleh abg Shah bahawa kami kekurangan land rover untuk membawa kami ke Kuala Mu.. keputusan telah dibuat, 6 atau 7 orang di antara kami perlu di tinggalkan di perkampungan orang asli di Kampung Perjek untuk seketika waktu sementara menanti giliran seterusnya ke Kuala Mu atau menginap terus di sana, Abg Nuar, kak Nadia dan kak Mariani menawarkan diri untuk tinggal di Perjek. Kemudian Abg nuar menyebut nama-nama yg dipilih untuk ke Kuala Mu..hopefully lah nama aku disebut..tapi hampa, namaku tidak keluar dari mulut abg Nuar pun.. huhuhu.. maknanya tak dapat pergi Kuala Mu la tu.. tak pe lah may be next time… aku memujuk diri..maybe ape yg abg nuar buat ni coz nak bagi peluang pd aktivis baru yg dtang dr jauh untuk menimba pengalaman di perkampungan org asli.. setelah itu, abg Shah melantik saudara Fuad selaku ‘amir di Kuala Mu dan saudara Amir selaku ‘amir di Perjek. Kami akhiri meeting kami dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.. kemudian Yala, Kesihatan, dan Unser memulakan perjalanan bersama,namun berbeza destinasi.. Yala dan Kesihatan menuju ke Kuala Mu dan Unser hanya ke Kampung Perjek.



Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai di kampung Perjek..di situ kami berhenti sebentar.. kelihatan sahabatku Jundullah.. asyik mengelilingi Yala dan Kesihatan berulangkali, mencari ruang untuk dinaiki supaya dapat turut serta ke Kuala Mu.. mungkin Kuala Mu terlalu istimewa bagi dirinya..

Abang Nuar, Amir, Jundullah, Zaidi, kak nadiah, kak Mariani dan diriku merupakan wajah2 yang ditinggalkan di Perjek. Kami mengadakan mesyuarat utk merancang aktiviti yg perlu kami lakukan di Perjek.. ketika itu kelihatan kanak2 Perjek menghampiri kami yang duduk di dewan, pada mulanya mereka malu-malu tapi lama kelamaan sifat malu itu berkurangan. Mungkin disebabkan melihat wajah kami yang suci dan bersih ini.. hehehe. kami menjamu mereka dengan biskut dan kismis.. setelah itu, kami mencari kayu api untuk memasak sebagai santapan kami pada tengah hari itu. Sedar kami kekurangan kelengkapan memasak, kami mengunakan tin biskut sebagai pengganti cerek, dan meminjam peralatan lain seperti periuk, senduk, jag air dan pisau kami dari penduduk Perjek.Kami membuat kerja masak- memasak dibawah pokok rambutan di sebelah surau.. sambil Amir,kak Nadiah,dan kak Mariani membuat kerja-kerja memasak, aku dan adik2 Perjek menjamah buah rambutan yang dipetik Jundullah dan adik Saen dari atas pokok.. berebut-rebut kami mengutip buah rambutan yang jatuh.. apa tidaknya, yang memetik hanya 2 orang, yang menanti di bawah lebih kurang 10 orang.. tetapi kami berebut secara aman.. tidak sampai bergaduh sesama sendiri..betul.. tak tipu!



Ketika kami ingin memasak nasi, datang tiga orang mak cik dari kampung tersebut membantu kami meyediakan api untuk memasak..kehadiran mereka tidak kami undang,tetapi mereka datang menghulurkan bantuan tanpa mengharap balasan.. murni sungguh hati mereka..sedang kami sibuk memasak, kedengaran bunyi kenderaan yg hampir melintasi kg Perjek, Jundullah berlari sepantas mungkin menuju ke jalan raya untuk menahan kenderaan tersebut, dengan harapan mereka sudi menumpangkan kami ke Kuala Mu.. Harapan hanya tinggal harapan, kenderaan tersebut hanya ingin ke kampung berhampiran untuk memancing ikan.Selepas itu, banyak kenderaan yang kami tahan, tapi sayang, mereka tidak menuju ke Kuala Mu, kalau ada pun, bilangan kami yang ramai tidak mengizinkan kami untuk menaiki kenderaan tersebut… taihen desu ne..(kasihannya..)



Untuk menghilangkan perasaan yang sedikit sedih dan sedar kekurangan diri yg kurang mahir dalam bidang memasak, aku membawa adik2 Perjek ke dewan dimana di sini kami menjalinkan hubungan mesra yg tidak mungkin dapat aku lupakan dalam hidupku… bermula dengan sesi ta’aruf,kami susuli dengan bermain nenek2,jan2 jalok,dan bemacam lagi permainan..selepas penat bermain, kami duduk sambil bernyanyi. Lagu Along berkaki 4, kuda yg dibuat oleh ayah, kalau anda gembira dan lain2 merupakan lagu2 yg dipersembahkan oleh mereka kepada diriku..melihat adik Syubaidah menyanyi lagu yg aku sendiri tak faham liriknya(lagu orang asli) dengan penuh perasaan dan melihat adik mohd Nor (Luwis), Mustaqeem,serta adik2 yg lain menari mengikut kreativiti masing2 membuatkan aku cukup terhibur…Hilang perasan sedih timbul perasaan gembira dan sayang terhadap insan2 kecil yg istimewa ini.. subhanallah…

Kini tibalah masa utk makan tengah hari, kami menjamu selera di bawah pokok rambutan sambil menyuap nasi kepada adik2 Perjek .. kami mulakan santapan kami dengan doa sebelum makan dan kami akhiri dengan doa selepas makan..Oops!! terlupa, makanan kami dimasak oleh chef kami iaitu kak Nadiah dan kak Mariani..

Alhamdulillah, selepas kami makan dan membersihkan diri,kami mendirikan solat jamak takkhir secara berjamaah yg turut disertai oleh adik2 Perjek..kemudian disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh Jundullah.. Selepas solat berjamaah, kami berbual mesra bersama kaum ibu di Perjek tetapi ada juga di antara kami yg bermain bola sepak bersama adik2 Perjek.

Pada lewat petang itu, kami mula mencari kayu api sebagai persediaan untuk memasak air pada malamnya..sedang kami asyik mematah-matahkan ranting-ranting kayu, datang 2 orang gadis dari kampung tersebut membawa sejag air panas dan 2 biji durian utk kami.. tidak lama kemudian, datang pula mak cik Khadijah, ibu kepada Cikgu Marina yang mengajar di tadika kampung Perjek, menawarkan kepada kami untuk menggunakan tadika tersebut serta kemudahan yang ada di dalamnya.. kata mak cik Khadijah, apa yang mereka sumbangkan adalah atas dasar persaudaran sesama Islam.. Alhamdulillah..Thank you ya Allah, kerana kau telah menggerakkan hati mereka utk mempermudahkan urusan kami..

Selesai solat berjemaah dan tazkirah yg disampaikan oleh kak Mariani, kami bersama-sama Cikgu Marina serta beberapa penduduk yang lain duduk di dalam tadika sambil berbual-bual dan bertukar cerita. Jam menunjukkan pukul 11 malam.. saat yang dinantikan kini telah tiba, Durian Time.. hehe malam itu kami menikmati durian dengan begitu selera sekali.. namun ada juga diantara kami yang tidak suka makan durian.. rugi..rugi...

Pagi ahad itu,sedang kami menikmati sarapan pagi, tiba2 kak Roslina,AJK kampung Prejek datang membawa ikan goreng untuk kami… terharu sungguh kami atas layanan istimewa penduduk di sini. Pagi itu juga, selepas bersarapan, adik2 Perjek disajikan dengan cerita tentang ciptaan Allah dan cerita menggenai malaikat oleh sahabat kami, Jundullah.. setelah itu, kami serta adik2 Perjek bersantai di dewan sambil mendendangkan lagu 25 rasul serta zikir munajat diiringi pukulan gendang oleh saudara Zaidi.

Adik Mahfuzana mengajak aku melihat tikus besar di hutan berhampiran,Amir dan Zaidi serta 18 orang adik yang lain turut berminat untuk melihat tikus besar itu bersama. Kami pun berjalan beramai-ramai berpimpin tangan menuju ke tempat yg dimaksudkan. Tapi apabila sudah sampai ditempat tersebut,tikusnya sudah tiada..”mungkin tikus tu dah lari..” kata adik Mahfuzana.. kemudian adik yg lain bercadang untuk membawa kami ke suatu tempat yg di pangil “tempat cina”..Kami bertiga bersetuju..perjalanan berbukit di kelilingi ladang kelapa sawit kami tempuh bersama.aku,Zaidi dan Amir jauh ditinggalkan di belakang.. pantas betul anak2 orang asli ini berjalan..adik Syubaidah, adik Luwis dan Adik Aspalela mengajak aku berlumba lari.. tapi aku tolak dengan baik..aku tahu,mesti aku kalah punya.. Finally, kami sampai juga ke destinasi yg dimaksudkan oleh adik2..di situ terdapat rumah2 orang cina yg menjalankan aktiviti pembalakan di kampong tersebut. Setelah berehat sebentar, kami berangkat pulang.. aku melihat adik2 seperti sudah kepenatan, ku toleh ke belakang.. Amir dan Zaidi sudah tidak kelihatan..jauh dibelakang..aku mengambil kesempatan ini utk berlumba lari dengan adik2.. hehehe keputusannya seperti yg dijangka, Shida menjadi juara..kemudian kami meneruskan perjalanan pulang..

Sampai saja di tempat penginapan,kami terus mencari air, menghilangkan haus di tekak masing2.. pengembaraan lebih kurang 2 jam itu sungguh memenatkan..setelah berehat sebentar kami membawa adik2 bermandi manda di sungai berhampiran, kemudiaan kami menikmati makan tengah hari yg lazat iaitu nasi putih, kari ikan masin, telur goreng dan teh tarik bersama2 adik perjek...

Selesai solat zohor berjemaah, kami berehat di dewan ditemani adik2... Sedang kami asyik bergurau senda, sahabat2 kami iaitu team dari Kuala Mu muncul menaiki Kesihatan dan Yala.. Alhamdulillah kami mengucap syukur melihat sahabat2 kami selamat sampai..
“ Akak,akak dah nak balik?” Tanya adik Aspalela yg berada di sebelahku.. “ ye sayang, akak dah nak balik..” jawabku.. wajah Aspalela berubah menjadi muram..aku tersentuh melihat reaksinya.. aku memeluk Adik Aspalela dan memberinya harapan bahawa aku dan sahabat yg lain akan datang lagi ke sana jika diizinkan Allah.InsyaAllah..

Kami semua berkumpul di dewan dan memulakan aktiviti post- mortem yg dikendalikan oleh Amir..lebih kurang pukul 5 petang kami menamatkan aktiviti post-mortem kami dengan tasbih kifarah dan surah al-asr..

Di sini, apa yang dapat kami simpulkan ialah, penduduk kampung Perjek berbeza dengan penduduk di Beswok dan di Kuala Mu.. Penduduknya lebih morden dan semuanya beragama Islam serta kehidupannya juga jauh lebih selesa berbanding kehidupan penduduk di Beswok dan Kuala Mu..



Kini, tiba masanya kami berangkat pulang meninggalkan kampung Perjek. Kesedihan menyelubungi diri tatkala mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, terutamanya mutiara hati kami, adik2 perjek yg setia menemani kami dan menghiburkan kami sepanjang penginapan kami di sana . Melihat Mohd Nor (luwis) menangis,syubaidah menitiskan air mata dan adik2 lain melambai tangan tanda perpisahan membuatkan hatiku menjadi sebak..tetapi inilah yg harus kita tempuhi.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. ingatlah adik2ku perpisahan ini bukanlah perpisahan terakhir buat kita..InsyaAllah kalau umur masih panjang, kita akan bertemu lagi…

Kesihatan, Yala dan Unser meninggalkan bumi Perjek, diiringi doa dan harapan di dalam hati agar apa yg dilakukan oleh kami diterima oleh Allah dan semoga Allah memberi ruang dan peluang utk kami meneruskan misi ziarah dan dakwah kami pada masa akan datang.. lagu bertajuk ‘Rasulullah’ berkumandang di dalam unser...bait-bait lirik
“…Rasulullah kami umatmu, walau tak penah melihat wajahmu, kami cuba mengingatimu dan kami cuba mengamal sunnahmu..kami sambung perjuanganmu, walau kita tak pernah bersua tapi kami tak pernah kecewa, Allah dan rasul sebagai pembela…”

menambahkan semangat kami utk terus berjuang di jalan Allah.



Hanya ini yg ku mampu,

NOR. RASIDAH BT MOHD SAHRIE.
UiTM SHAH ALAM.

bingkisaNurani:
stiap kali kalo x dapat g kuala mu, hati ni rase laen..sedeh bangat..
moge ALLAH swt mpermudahkan segala urusan dlm menyerbarkan kalimah tuhan :) insyaallah



Read More :D

Thursday, November 13, 2008

:: EKSPLORASI ::

EKSPLORASI

Album : Koleksi 16 Lagu Nasyid Terbaik Far East
Munsyid : Far East feat. Inteam
Lagu: Fadzli Far East
Lirik : Ito Lara

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam


HARGA SEKUNTUM CINTA

Album : Koleksi 16 Lagu Nasyid Terbaik Far East
Munsyid : Far East

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA


bingkisaNurani:
2 lagu yg mmg manth0p.. Lirik2 nye sungguh puitis
m0ge diambil iktibar n pngajaran k :)



Read More :D

Tuesday, November 11, 2008

Salam sume ^^

Bismillahirrahmanirrahim




Salam wbt ila semua..lama sudah x update blog(ayat sama jerk..hu3) ..kebiziyan yg melanda x mengizinkan diriku utk ngadap laptop..bulan exam katakan..tapi kan, yg best nye, ana dah abes exam 310ct aritu..itulah istimewanya UPM..ha3..


n 1 prasaan yg x dpt digambarkan, ana brasa tenang skali mnjawab soklan n peluru2 bepandu yg dilontarkan..mmg killer question la..tapi, segala pnyakit ada ubatnye begitu juga soklan2 itu..he3.. alhamdullillah..trima kasih ya allah :)

buat sahabat2 yg lum abes paper, dekatkan lah diri antum dengan sang pencipta, RABBUL 'IZZATI..jgn lupa solat hajat, dhuha, mathurat, qiam n amalan2 sunat y lain..lagi kita dekat dengan DIA, lagi mudah urusan kita insyaallah.. soklan exam pun insyaallah dibantuNYA.. disamping usaha2 kearah najjah nya imtihan antum..

erm..after je abes exam aritu, malam tu jugak ana btolak ke perak..nak p pkampungan orang asli di KUALA MU seperti besa..windu nye pada anak2 itu..dengan izin allah, kalimah syahadah dapat judak disampaikan kpd mereka..moge yg belum islam akn terbukak hati mereka untuk menerima ajaran yang cukup syumul ini..amen..

balik je dari perak, trus siap2 untuk balik Klang..lame sudah tidak ku temu IBUNDA ku yang sangat ku cintai.. then, daku mnjalankn tanggungjawab sebagai seorang isteri..oppsss, silap..ha3..seorang anak..ibuku sgt gembira, aku juga turut gembira..

baru 2 hari diriku mnjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, malam kamis dh de program sampai la 12 nov..then, continue 16nov till 19nov.. n ade program2 len yg bakal mnyusul..adoi, baru jer lek umah, ni dah mrayau balik..ish3..rase bsalah plak pd bondaku yg ku sgt sayangi..tapi bondaku mengizinkan diriku pergi..thanx mom!

erm..hurm..mmm...arini ni baru lah menjelajah ke sluruh plusuk tenet yg ade..tgk fs, KTI, blog ni, email yg inbox nye nak dkt sribu n len2 laman web..jenuh gak.. tapi ad 1 yg ana cukup ttarik..kat fs.. syukran ilaik wat kawanku merangkap adikku yg sgt ku kasihi, Dalilah..she give me s0me word that I can't forget it..windu nak jumpe die..bile kite nak jumpe ni..insyaallah 1 hari nnti..amen.

ni 1 lagi nak habaQ, aritu kan men netball..alhamdulillah overall dpt naib johan..tapi mmg dugaan tul, JARI MANIS ku bengkak sket cz men dgn sedikit ganas..adoi..nak sarung cincin pun x muat taw.. alamak..macam2..mohon sahabat2 d0akan ana agar pulih sprti sedia kala :) k lah, nnti kiter sambung..banyak lagi nak cita..sabau jer la..sampai ketemu..permisi..

Salam Perjuangan,
Nadirah Ahmad Azam (",)


bingkisaNurani:
bz tol makcik ira sorang ni..sabau jerk la..


Read More :D

:: Kisah Raja Afrika ::


Bismillahirrahmanirrahim. Salam wbt smua. Jom denga kisah ni. Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami. Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, “Ini sungguh bagus”.


Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan. Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain. Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.

Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami. “Pom!!”, senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan. Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan. Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, “Ini sungguh bagus”. Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, “Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal!, kurung Koami di dalam penjara seumur hidup…”.

Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan. Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia. Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruannya sempurna tubuh badan.

Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan akan menjadi sumpahan jika dimakan. Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.

Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, “Ini sungguh bagus”, ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu. Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maat diatas tindakannya mengurungkan Koami di dalam penjara. Tetapi Koami tiba-tiba berkata, “Ini sungguh bagus”. Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, “Mengapa pula sungguh bagus?”. Dengan selamba Koami menjawab, “Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu”. Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut. Tamat.

Sahabat-sahabatku sekalian, terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk berlaku dalam hidup kita selama ini. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat perkara tersebut. Bukan semua perkara yang baik itu nikmat dan bukan semua perkara yang buruk itu bala. Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil dan difikirkan. Betul tak?

bingkisaNurani:
na'am, tepat sekali..SETIAP YG BERLAKU, smua ade HIKMAH yang tersembunyi.. ALLAH itu MAHA ADIL..be p0sitive k ^^



Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails