Bismillahirrahmanirrahim. Salam wbt smua. Jom denga kisah ni. Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami. Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, “Ini sungguh bagus”.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan. Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain. Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.
Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami. “Pom!!”, senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan. Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan. Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, “Ini sungguh bagus”. Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, “Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal!, kurung Koami di dalam penjara seumur hidup…”.
Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan. Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia. Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruannya sempurna tubuh badan.
Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan akan menjadi sumpahan jika dimakan. Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.
Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, “Ini sungguh bagus”, ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu. Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maat diatas tindakannya mengurungkan Koami di dalam penjara. Tetapi Koami tiba-tiba berkata, “Ini sungguh bagus”. Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, “Mengapa pula sungguh bagus?”. Dengan selamba Koami menjawab, “Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu”. Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut. Tamat.
Sahabat-sahabatku sekalian, terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk berlaku dalam hidup kita selama ini. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat perkara tersebut. Bukan semua perkara yang baik itu nikmat dan bukan semua perkara yang buruk itu bala. Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil dan difikirkan. Betul tak?
bingkisaNurani:
na'am, tepat sekali..SETIAP YG BERLAKU, smua ade HIKMAH yang tersembunyi.. ALLAH itu MAHA ADIL..be p0sitive k ^^
Followers
Tuesday, November 11, 2008
:: Kisah Raja Afrika ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment