بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam 'Eid Mubarak
Sobakhul khoir kepada semua pengunjung =] Minggu ni kuliyah ana hanya 2 hari sahaja. Isnin dan rabu. Nampak macam banyak masa kosong kan? Masa ibarat pedang! Jadi, renung-renungkanlah bersama.
Sebenarnya ana baru balik dari fakulti, tengah fikir nak ambil subjek apa semester depan. Untuk subjek universiti, insyaallah ana akan ambil matematik gunaan. Kebanyakkan susah-susah, tak tahu nak pilih yang mana. Untuk subjek elektif umum, masih dalam dilema.
Sama ada..
1- Etika dan Nilai dalam pembangunan (...)
2- Ekonomi Malaysia (Ekonomi? adeh!)
3- Pengenalan kepada multimedia (saya minat mengira sahaja..ha3)
4- Kemahiran Berfikir (-.-)
Tapi mestilah nak pilih yang terbaik sebab dah nak melangkah ke semester akhir di universiti hijau ni T_T Moga dipermudahkanNya.
Banyak juga sahabat-sahabat tanya, lepas dah habis universiti, nak jadi apa?
Wah, sungguh malas nak jawab persoalan tu. Kalau jawab 'suri rumah' boleh tak +_+ ?
Ha3.. bukan apa, ana tidak berapa gemar kalau orang kata..
"nanti nak kerja apa.."
"penat je belajar 3-4 tahun"
"................................................"
Sebenarnya kita belajar ni untuk apa? Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan. Sampai liang lihad kita masih dituntut begitu. Ilmu Allah sangat luas. Bukan belajar untuk bekerja semata. Kena perbetulkan niat. Menuntut ilmu kerana Allah swt. Pesanan untuk diri juga.
Jadi, mungkin lepas habis
degree, kita boleh sambung belajar dan sebagainya. Tapi kalau nak cari kerja, ia terpulang pada individu masing-masing. Mungkin mereka nak kumpul duit, kemudian baru sambung sarjana, doktor falsafah dan sebagainya.
Ana pun tidak berapa pasti nak kerja terus atau sebaliknya. Tapi, kalau dapat jadi pendidik, menarik juga kan? Dari kecil sampai sekarang dan insyaallah sampai bila-bila, ana memamg minat sangat mendidik. Darah pendidik dah mengalir dalam diri :] (Mak-ayah guru, abang-mak long pensyarah). Tapi kos yang ana ambil sekarang hanyalah 'Bacelor Sains (Kepujian) - Matematik. Tiada kena mengena dengan pendidikan. Tapi rezeki Allah dimana-mana :) Kepada sahabat-sahabat, rancanglah dengan teliti. Pesanan untuk diri juga.
Minggu depan ana 2 ujian dan 1 ujian lisan! Moga dipermudahkan Allah swt. Allahumma amen.
(Tapi sempat lagi nak pergi KONVOI RAYA KTI esok! ish3..)
bingkisanku,Nadirah Ahmad Azamhttp://bingkisanurani.blogspot.com/
Read More :D