Followers

Saturday, October 10, 2009

KONVOI RAYA KTI 2009 :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam 'Eid Mubarak

Alhamdulillah, harini sudah 21 syawal 1430. Ya, begitu cepat masa berlalu. Ana selalu mengingatkan diri ini, masa umpama pedang! Jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotongmu. Tersirat maknanya kan?

Alhamdulillah 'ala nikmah, KTI (Komuniti Teman Inteam) sekali lagi membuat KONVOI RAYA. Konvoi yang pertama adalah pada tahun 2007, dimana komuniti kesayangan ramai ini pada ketika itu baru berusia setahun jagung :) Kini, hampir 4 tahun ana menganggotainya dan ana tidak pasti adakah ana akan terus bersamanya? Tapi YANG PASTI, KTI sentiasa dihati ^^

Alhamdulillah 'ala kulli hal, kami sempat menziarahi rumah A.Amin, A.Syah, A.Rahim, sahabat KTI (Mazri, Ijat dan K.Lina). Juga menziarahi kubur Ustaz Asri Rabbani dan kubur ayah ana. Syukran pada semua yang sudi bertandang ke rumah ana! SEKALI INTEAM, TERUSINTIM :)


Pelekat KTI (Sekali Inteam, Terus Intim)


Muslimin KTI diluar rumah A.Amin Inteam


Muslimat KTI bersama A.Amin, K.Aini dan anak mereka, Afnan n Aufa
~sweet kan, semua huruf A :)


Muslimat KTI bersama A.Syah, K.Ida dan anak mereka
~junior inteam sorang lagi tengah tidur (solah)



Muslimat KTI bersama A.Rahim, K.Hajar
dan anak mereka yang tersangatlah comel!



KTI menziarahi pusara Ustaz Asri Rabbani. Alfatihah


Syukran pada sahabat KTI yang menziarahi kubur ayah ana. Alfatihah


Kek harijadi istimewa dari KTI untuk K.Aini!


Masuk Sinar Harian ;)


KTI adalah untuk semua! Jom daftar :)

T.H.E.R.E I.S N.O 'I' & 'U' I.N T.E.A.M


***************************************************************************************************************

Ana juga ingin mempromosikan,
KONSERT TRIBUTE TO USTAZ ASRI IBRAHIM


Menampilkan penasyid ternama tanahair seperti
Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, Saujana, Far East dan Syifa'.

Butiran konsert:

Tarikh: 13 Oktober 2009
Hari: Selasa
Masa: 8.30pm
Tempat: Dewan CAC, UIAM Kampus Gombak.
Tiket: RM7.00

Tempahan tiket? Hubungi:
Nazlie(014-5077297), Husna(013-3441649), Rizudin(019-6038009) & Nabila(012-2713006)

bingkisanku,

Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails