Followers

Thursday, October 01, 2009

< Dalam Dilema >


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam 'Eid Mubarak



Sobakhul khoir kepada semua pengunjung =] Minggu ni kuliyah ana hanya 2 hari sahaja. Isnin dan rabu. Nampak macam banyak masa kosong kan? Masa ibarat pedang! Jadi, renung-renungkanlah bersama.

Sebenarnya ana baru balik dari fakulti, tengah fikir nak ambil subjek apa semester depan. Untuk subjek universiti, insyaallah ana akan ambil matematik gunaan. Kebanyakkan susah-susah, tak tahu nak pilih yang mana. Untuk subjek elektif umum, masih dalam dilema.
Sama ada..

1- Etika dan Nilai dalam pembangunan (...)
2- Ekonomi Malaysia (Ekonomi? adeh!)
3- Pengenalan kepada multimedia (saya minat mengira sahaja..ha3)
4- Kemahiran Berfikir (-.-)

Tapi mestilah nak pilih yang terbaik sebab dah nak melangkah ke semester akhir di universiti hijau ni T_T Moga dipermudahkanNya.

Banyak juga sahabat-sahabat tanya, lepas dah habis universiti, nak jadi apa?
Wah, sungguh malas nak jawab persoalan tu. Kalau jawab 'suri rumah' boleh tak +_+ ?
Ha3.. bukan apa, ana tidak berapa gemar kalau orang kata..

"nanti nak kerja apa.."
"penat je belajar 3-4 tahun"
"................................................"

Sebenarnya kita belajar ni untuk apa? Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan. Sampai liang lihad kita masih dituntut begitu. Ilmu Allah sangat luas. Bukan belajar untuk bekerja semata. Kena perbetulkan niat. Menuntut ilmu kerana Allah swt. Pesanan untuk diri juga.

Jadi, mungkin lepas habis degree, kita boleh sambung belajar dan sebagainya. Tapi kalau nak cari kerja, ia terpulang pada individu masing-masing. Mungkin mereka nak kumpul duit, kemudian baru sambung sarjana, doktor falsafah dan sebagainya.

Ana pun tidak berapa pasti nak kerja terus atau sebaliknya. Tapi, kalau dapat jadi pendidik, menarik juga kan? Dari kecil sampai sekarang dan insyaallah sampai bila-bila, ana memamg minat sangat mendidik. Darah pendidik dah mengalir dalam diri :] (Mak-ayah guru, abang-mak long pensyarah). Tapi kos yang ana ambil sekarang hanyalah 'Bacelor Sains (Kepujian) - Matematik. Tiada kena mengena dengan pendidikan. Tapi rezeki Allah dimana-mana :) Kepada sahabat-sahabat, rancanglah dengan teliti. Pesanan untuk diri juga.

Minggu depan ana 2 ujian dan 1 ujian lisan! Moga dipermudahkan Allah swt. Allahumma amen.
(Tapi sempat lagi nak pergi KONVOI RAYA KTI esok! ish3..)

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

7 comments:

  1. ana rasa elok pilih no 1 atau 4..macam menarik je.
    terpulang kpd kemampuan diri. kalu susah, kena la mujahadah.
    Kalu nak jd pensyarah, tak semstnye kena amik pendidikan.sambung je amik masters degree.
    Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  2. ana pilih no 2. kawan ana pun kata amik no 2..
    pasni, ana pandai la 'berekonomi'..ahaha..

    syukran atas taujihad!

    ReplyDelete
  3. final yr project anti macam mana?
    tak baik riak..ada sket je sifat riak nnt keje kita tak menjadi..

    ReplyDelete
  4. yg no 2 tu dah penuh plak..

    jadi ana n sahabat pilih no 1..pembangunan? adoi! tolong...

    alhamdulillah, project dalam proses lagi..

    tapi ana ni biasa2 je, tapi slow2 la wat project tu..

    ReplyDelete
  5. Perhatian:
    bukan bertujuan utk menghasut, tapi sebagai salah satu usaha utk menyelamatkan rakyat palestin.
    Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg org yahudi amerika yg ada connection dgn Israel. Jadi marilah kita ramai2 deactivate akaun facebook masing2.
    Ana berharap usaha ana ni akan membantu ana sekiranya di akhirat kelak ana disoal tentang apa yg ana lakukan utk membantu saudara di palestin..
    amin..

    tolong, sebarkan kpd yg lain..bantulah mereka, selamatkan al-Aqsa

    ReplyDelete
  6. ira ambik la no 3...
    3- Pengenalan kepada multimedia

    cuba belajar perkara yg xminat..baru mencabar..

    ada kawan ana dia ambik akaun kos tp dia belajar wat website dan tahu pun sikit2 je..sekarang dah buka sykt web desiner..peh..hebat

    ReplyDelete
  7. ana minat la gak multimedia ni sket2

    tapi sebab course tu agak rumit, banyak kena hafal n assgment itu n ini..

    ana pilih no 1 atau 2 sahaja..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails