Followers

Friday, February 12, 2010

cinta HAKIKI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“JIKA TEPAT MASA, KETIKA, KEADAAN DAN SIAPA, CINTA ADALAH KUASA LUAR BIASA YANG TIADA BANDINGNYA” - Pahrol Mohd Juoi-

Minggu lepas, banyak pula ceramah mengenai C.I.N.T.A. Baru ana perasan, sekarang bulan februari, orang kata bulan cinta. Alkisahnya, Ustaz Pahrol Md Joui dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil datang UPM.

Apa yang mereka sampaikan membawa kepada satu kesimpulan, cintailah kepada pencipta CINTA. Itulah sejati lagi hakiki ^^,

Sedang ana berborak dengan seorang adik ni, dia tanya ana,

"akak ada pakwe tak"

ana jawab senang je..

"mana ada istilah pakwe makwe dalam islam ni.."

Cinta adalah sebahagian dari fitrah manusia, bahkan orang yang sudah kehilangan rasa cintanya, bererti dia tidak lagi normal. Tetapi bagaimana kita membentuk cinta tersebut, itu yang perlu dipersoalkan.

Kalau kita sudah jatuh cinta maka kita harus lebih berhati-hati, kerana laksana kita minum air laut semakin diminum, malah semakin bertambah haus. Cinta yang sejati hanyalah cinta kepada Allah Ta’ala. Demikian juga, cinta kepada pasangan adalah cinta setelah akad nikah, adapun SELAINNYA adalah cubaan dan fitnah buat kita saja. Maka berhati-hatilah kita dan berusahalah untuk mengendalikan rasa cinta dalam diri kita.

Oleh kerana itu,
> Tundukkanlah pandangan
> Berhati-hatilah dalam pergaulan
> Jagal batasan antara lelaki dan perempuan
> Jangan dekati zina dalam bentuk apa jua sekalipun.

Dan yang lebih utama lagi, alihkan cinta kita kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala dan Rasul-Nya. Jangan kita memperturuti hawa nafsu, kerana nafsu boleh menjerumuskan kita kepada jurang kenistaan. Sepertinya cinta, tapi ternyata hanya nafsu belaka.
Wallahu a’lam.

2 comments:

  1. bulan februari ni lah ana bakal mula bekerja sebagai process engineer..
    tambahan pula, bulan ni juga para da'ie akan melipat-gandakan usaha utk mencegah kemungkaran.

    ReplyDelete
  2. g.luck four your future.
    alhamdulillah, teruskan usaha enta dalam nahi munkar. kerja dakwah adalah kerja kita semua. wallahu'alam..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails