Followers

Tuesday, February 16, 2010

Dakwah O.Asli (13-15/2/2010)


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"TIDAK AKAN BERTEMU DUA DEBU DI AKHIRAT NANTI. DEBU API NERAKA DAN DEBU DI JALAN PERJUANGAN" (hadist riwayat muslim)

Alhamdulillah, sekali lagi ana berpeluang ke Kampung Kotai + Kuala Mu. Pengalaman dakwah yang tidak boleh dibeli dimana-mana kedai. Sesungguhnya berjuang itu memang pahit tetapi akan terasa nikmatnya pabila niat keranaNya.

13, 14,15 feb 2010 - menjadi saksi 10 aktivis menyertai misi dakwah ini. Selebihnya di Pos Balar, Gua Musang.

Trip kali ini sedikit berbeza. Banyak benda baru ana belajar. Pendek kata, setiap kali masuk hutan, pasti dapat sesuatu yang berkesan ^^, memang terasa nikmaknya T_T

Tugas dakwah adalah kerja kita. Ya, kerja kita semua. Apa yang mengecewakan kami, setibanya sampai di Pos Kotai, 'rumah penginapan' kami telah dibuka dindingnya, tangganya dirobohkan dan berlaku sedikit pengubahsuaian. Kami tidak menziarahi mereka lebih kurang 2 bulan. Dan dalam benak mereka, mungkin kami tidak menjejakkan kaki lagi kesitu..

Bila ana fikir balik. Kenapa pendakwah kristian boleh turun tiap-tiap minggu untuk 'berdakwah' kepada mad'u mereka, kenapa kita orang islam tidak boleh begitu? Tepuk dada tanya iman. Tugas dakwah adalah tugas KITA. Tugas KITA. Persoalan yang bermain difikiran ana, mana badan-badan kerajaan? Mana mereka yang dipertanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang asli? Mana mereka yang berkuasa sebagai pegawai agama islam didaerah berkenaan? Mana mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai muslim?

Sedih bila ana memikirkan masalah ni. Orang asli dikawasan itu sangat terabai. Cuba bayang kalau kita sendiri jadi mereka, apa kita sanggup? Alhamdulillah, ana sangat beryukur kerana dipilih Allah untuk menyertai misi dakwah ini. Kerana ana takut, diakhirat kelak, apakah ana layak untuk melangkah ke syurgaNya. Apa yang akan ana jawab bila ditanya, "apa yang anda telah buat untuk islam?". Usah ditanya, apa yang islam beri untuk kita, tapi tanya pada diri sendiri, APA YANG KITA SUDAH BUAT UNTUK ISLAM?

Ingatan ni buat diri ana sendiri. Seringkali ana berkata pada diri, dakwah itu luas dan pelbagai. Jangan sempitkan pemikiran dengan bermain perasaan,
'Adakah aku layak berdakwah?'
'Diri sendiri pun hampeh, camne nak dakwah orang lain?'
Bila ana bercerita dan berkongsi pengalaman pada sahabat-sahabat lain, alhamdulillah mereka sangat teruja dengan ekspidisi dakwah ini dan ingin turut menyertai. Cuma apa yang mampu ana kata, kita kekurangan Land Rover dan dana untuk menampung aktiviti dakwah ini. Semoga kerja kita ini dipermudahkan dan dirahmati Allah ta'ala.
Allahumma amen.

Dewan yang telah dibuka dindingnya..


Penduduk orang asli membina balik..


Jumpa lagi ^^!!

Salam perjuangan buat semua. Takbir!

4 comments:

  1. Ya,menjadi seorang pendakwah adalah merupakan satu kewajipan kepada setiap individu..

    Kewajipan tidak hanya terhad kepada orang-orang tertentu bahkan ia meliputi seluruh tenaga yang terdapat di dalam masyarakat Islam.

    Apa yang membezakannya ialah peranan mengikut bidang kemahiran masing-masing..

    :)

    ReplyDelete
  2. dakwah itu luas dan pelbagai..

    kita semua adalah dai'e lilla hita'ala..

    tugas dakwah bukan terikat pada ustaz/ah, tapi tugas KITA semua :)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Sama-sama kita kembali fitrah dalam hdiup manusia

    ReplyDelete
  4. salam wbt..

    manusia dan fitrah mmg tidak boleh dipisahkan..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails