Followers

Tuesday, November 23, 2010

Cerita 10 hari :)

('perasaan' rajin menulis akan datang bila dah tak tahu nak buat apa depan komputer ;p)

Waduh-waduh, rajin pula menulis di blog kesayangan (sangat sayang ;p) akhir-akhir ni. Bukan apa, bila dah cuti sekolah, memang rumah menjadi hotel saya setiap hari. Tapi, nama sahaja cuti sekolah, tapi kaki ni bergerak juga ke seantero tempat. Memang tak sempat rehat.

14/11 - Ahad
Hari Kecemerlangan Murid Sekolah Islam Al-Farabi (SIF) Meru :)




15/11 - Isnin
Sebaik sahaja habis Hari Kecemerlangan murid, depa asyik tanya...

"cikgu, bila nak pergi Wetworld?"


Hampir setiap hari ketika saat-saat akhir persekolahan, mereka selalu tanya. Naik letih cikgu ira nak jawab. Tapi budak-budak memang semangat, cikgunya sahaja yang kurang semangat ~haih, bosannya pergi Wetworld (._.) Seingat saya, terakhir saya pergi sana 10 tahun lepas kot~

Dek kerana sayang, bawa la juga mereka-mereka yang 'terlebih aktif' ni, bukan apa, anak murid tahun 4 pandai juga, saya kan guru kelas yang baik (uwekkk, perasan..... :p)

Tapi saya tak bawa mereka hari isnin, sebab letih Hari Kecemerlangan masih terasa.

16/11 - Selasa
Wetworld time! Bergembira bersama anak-anak muridku, yeeehaaaa :)

Balik dari Wetworld, malam tu terus main masak-masak. Bonda mengamanahkan ku untuk memasak Ayam Halia Cikgu (klik disini) (resepi sendiri ni, ha3). Apalagi, campak-campak sahaja apa yang patut dicampak dalam kuali tu.

17/11 - Rabu
Hari Raya 'Eidul Adha.

Terlepas solat sunat raya, sampai-sampai kat masjid, orang semua dah keluar masjid, wah sedehnya, tengok lembu sahaja la (._.')

Hari ini sangat istimewa, bonda buat rumah terbuka, laukku menjadi hidangan untuk famili tercinta ;) Tambah menggembirakan, ramai anak muridku datang, antaranya, ada dua orang tu yang sangat bertuah, depa orang pertama yang sampai, dan juga orang terakhir yang balik.

Sangat memenuhi undangan betul depa ni, dari 11.00 pagi - 5.00 petang, setia duduk di teratakku, tak jemu-jemu, tak keluh kesah. Siap basuh pinggan lagi, terima kasih Irfan & Imrhan. Mereka ni sebenarnya, kumpulan nasyid sekolah, sangat pandai dan berbakat :) Video bawah ni, masa awal tahun, suara belum pecah lagi, sekarang suara lagi manthop :) Mereka berdua yang pegang mic, penyanyi solo la katakan :)





pasti saya akan rindukan nyayian depa, sangat berbakat :)

18/11 - Khamis
Sambung kemas rumah, biasa la, kalau buat rumah terbuka.

Sekarang bibik sudah pulang indonesia, jadi saya sekarang telah bergelar 'suri rumah tangga' yang kurang berjaya..ehehe :)

19/11 - Jumaat
Hari ini, mak lang ajak ke rumah, untuk persediaan sepupuku kahwin. Jadi kami tolong buat doorgift.

Alhamdulillah, diriku sempat sekali lagi untuk memasak Ayam Halia Cikgu, waduh, sangat terharu apabila diberikan kepercayaan untuk memasak. Mak lang sangat pandai masak, jadi macam terasa sangat segan, takut-takut tak 'kaw-kaw'. Alhamdulillah, semuanya ok. Ok yer cikgu! manthop :)

20/11 - Sabtu
Ini adalah tarikh penting sepupu ku, tahniah diucapkan, kerana mereka telah selamat semuanya, selamat pengantin baru :)


Tapi, mintak maaf sangat-sangat, tak dapat pula merealisasikan impian untuk bersama keluarga, maaf yer pengantin.

Sebenarnya, hari ini ada Kursus Pergurunan yakni perkongsian ilmu anjuran Majlis Permuafakatan PIBG (MPPIBG) & Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi, sebagai guru yang sangat mentah, saya mengambil peluang untuk ke sana selama 2 hari malam bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. Untuk menimba pengalaman, saya harus mengutip sebanyak mungkin mutiara yang jarang-jarang ada ni.

Cerita yang tak berapa nak menarik ni, kami terlepas sampai ke airport,waduh-waduh.. siap lalu dekat laluan nak masuk..ha3


akhirnya, sampai jua ke destinasi, alhamdulillah :)








21/11 - Ahad
Kursus guru ni selama 2 hari dan hari ini hari terakhir.

Sangat manthop kursus ni, susah nak gambarkan, perfect! :)

Buat pertama kali diriku memandu sejauh 200km dalam masa 2 hari, biasa la, saya budak baru belajar bawa kereta ;p (padahal lepas SPM terus ambil lesen, dah 5 tahun kot ^^!)

Malam tu baru nak 'terhegeh-hegeh' hafal itu dan ini, sebab esok nak temuduga.

22/11 - Isnin
Hari yang sangat penting bagi saya.

Temuduga bagi posisi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Saya dah bercoleteh panjang, sila lihat topik Soalan GSTT 2010 (klik disini).

23/11 - Selasa
Kembali menjadi suri rumah yang tak berapa nak berjaya ;p

-T.A.M.A.T-

Tadi, Ustaz Wahab ajak pergi Kg Sg Siput, Perak khamis dan jumaat ni untuk ziarah dan pengislaman orang asli, wah.. berjalan tanpa henti lagi saya nampaknya. Tak duduk diam sungguh cikgu ni..




Read More :D

Monday, November 22, 2010

Soalan GSTT 2010

SOALAN GSTT 2010
(sila jangan bosan untuk membaca sampai habis :p)

Wah, tajuk macam gempak tapi sedikit skema ^^,

Sebenarnya, ada niat tertentu kenapa letak tajuk macam tu, senang untuk mereka dimasa hadapan untuk mencari soalan-soalan lazim bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi menghadapi soalan nanti :)

Alhamdulillah, ditakdirkan Allah, dapat surat dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), untuk menghadirkan diri untuk temuduga GSTT pagi tadi. Sebenarnya, saya baru balik dari Kursus Guru di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang anjuran Majlis Permuafakatan PIBG (MPPIBG) & Kerajaan Negeri Selangor. Jadi kelam kabut juga la.

Malam tu juga saya baru 'terhegeh-hegeh' nak hafal:


- Nama-nama Menteri
- Falsafah Pendidikan Negara
- Falsafah Guru
- Akta Pendidikan
- NKRA
- dan pelbagai akta yang lain

Alhamdulillah, dikurniakan ibu yang merupakan guru senior, banyak juga pesanan dari beliau, sokongan dan dorongan yang begitu padu sekali. Alhamdulillah.

Dengan keletihan baru balik kursus, pertama kali memandu lebih 200km dalam masa dua hari, tapi kuatkan diri juga nak hafal semuanya. Bila bosan, sambil-sambil tu buka tv.

Sangat terkejut! Lee Chong Wei VS Lin Dan untuk peringkat akhir badminton sukan Asia, kenapa diriku tak tahu!

Waduh-waduh, terus terpaku depan tv, tapi nota-nota tu masih ditangan la, setia menemani ;p apabila Chong Wei macam dapat mata, terus semangat hafal semua akta-akta pendidikan tu, bila Lin Dan dapat mata, terus lemah longlai.

Tahniah kepada Lin Dan :)

Ok, berbalik pada tajuk asal, pagi-pagi pada hari ini 22/11/10, ibuku menghantar ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) di Sekolah Jalan Meru untuk sesi temuduga. Saya orang ke-22. Dalam 3 jam juga la berdiri duduk berdiri duduk, sambil-sambil tu belek-belek nota, berborak dengan orang lain, soalan-soalan yang bakal ditanya, punyalah semangat hafal NKRA, pendidikan, itu-ini, bla-bla....

Sangat berdebar, apabila saya 'godek-godek' mereka yang telah ditemuduga, antara soalan yang mereka tanya:

- Pertubuhan Malaysia (Oh ^^!)
- Labour Laws (Undang-undang buruh!)
- Rukun Negara (kalau tak hafal, tak tau nak kata)
- Rukun Iman (istimewa betul orang yang dapat soalan ni)
- Kaitan antara bidang yang diambil di Universiti dengan perguruan


dan banyak juga la yang mereka hanya suruh terangkan diri sendiri, yang menarik tu, kena cakap dalam bahasa inggeris :) tapi tiada paksaan, boleh pilih samada bahasa melayu atau sebaliknya.

ha, untuk saya pula, adoi....

soalan yang mereka tanya, sama juga dengan yang lain, 'explain yourself '

saya memang dah praktis awal-awal bab-bab perkenalkan diri sendiri ;)

bila saya cakap,

"my hobbies are reading, listening to music and surfing internet"

terus dia tanya,

" you like listening to music, so, what is your favourite artist? Maher Zain?"

"yes"

"can u sing it one of the Maher Zain's song?"

"......................"

saya terus tergelak, ya allah, kena nyanyi???

saya pun nyayi la for the rest of my life, oh sangat hampeh rasanya, saya nyanyi dalam satu rangkap sahaja.

Kemudian dia suruh sambung, dalam hati ni, 'mak ai, kena nyayi lagi..adoi la'

saya kata,

"lagu barakallah boleh?"

dia kata

"ok, teruskan"

sekali, tak terkeluar suara pun, sangatlah segan, allah yang tahu macam mana tebal sangat muka ni.

dia kata,

"nak jadi cikgu tak boleh segan, cikgu mesti yakin, awak kan guru nasyid, mesti boleh"

oh, sangat malu ketika itu..

jadi, apa pengajaran yang kita dapat dari kisah yang tak berapa nak menarik ni? ...ting tong..

cikgu nadirah, cikgu nadirah...

punyalah hafal AKTA-AKTA semua bagai nak rak, sekali suruh nyayi jer??? kalau tahu, dah praktis awal-awal lagu for the rest of my life, sekarang tengah hafal ni lagu-lagu Maher Zain, kot-kot nanti temuduga lain, kena tanya lagi..ha3
cuma apa yang boleh saya kata, rezeki masing-masing la, kalau dapat soalan susah-susah, redha la, kalau dapat rukun iman, alhamdulillah, tapi kalau suruh nyayi? oh....

Nak bagi kata-kata akhir ni, bagi mereka yang nak memohon GSTT, bolehlah muat turun borang di internet. Tapi, sekarang lagi canggih, terus sahaja isi di http://ekgsk.com/gstt/v2/index.php , tapi sekarang permohonan dah tutup, boleh cuba tahun depa insyaallah :)



Read More :D

Thursday, November 18, 2010

4 Pandai

Alhamdulillah, telah genap lebih kurang 6 bulan diri ini bergelar pendidik di Sekolah Islam Al-Farabi.

14/11/10 - telah berlangsung Hari Kecemerlangan Murid bagi sesi 2010. Diamanahkan sebagai pengerusi majlis, memberi impak yang sangat besar kepada saya. Sedikit gugup, namun alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Saat ini, kangen bangat sama anak murid tahun 4 pandai. Kendatipun terlebih aktif, menjadi guru kelas mereka, kadang-kadang menggembirakan saya. Walaupun jumlahnya hanya 20 orang, ia memberi sedikit sebanyak memberi pengalaman yang cukup indah. Oh, 4 pandai :)


Hari-hari terakhir bersama anak-anak murid kesayangku :)


Read More :D

Tuesday, November 16, 2010

Salam 'Eidul Adha

Salam 'Eidul Adha

Maaf Zahir Batin

Terima kasih kerana terus menyokong bingkisaNurani.blogspot :)
Jemput datang rumah yer :)

video kat atas ni sangat istimewa, khas dari,
Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)



Read More :D

Sunday, November 07, 2010

Lelaki Sejati

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang-orang disekelilingnya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat sari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya menyatakan kebenaran...

Lelaki sejati bukanlah dari jumlah sahabat disekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya kepada generasi muda dan agama...



Lelaki sejati bukanlah dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibaca...

ADAKAH ADA LAGI LELAKI SEJATI ITU? renung-renungkan~




Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails