Followers

Tuesday, February 22, 2011

.: PRK 2011 :.

Senyap tidak beerti menyepi, sudah seminggu tanpa coretan :)



Alhamdulillah, sempat juga saya 'conteng menconteng' disini ;p

Diseluruh Malaysia kini gempar dengan Pilihan Raya Kampus. Kendatipun saya sudah bergelar alumni universiti, hati saya masih semangat bersama roh perjuangan di bumi UPM terchinta~ Ya, terus tetap segar bersemangat insyaallah :)

Rindu perjuangan itu. Rindu mereka. Sangat rindu. Rindu sangat-sangat ~~~

Saya pernah menjadi pencadang bagi sahabat yang bertanding pada tahun lepas. Saat itu dikenang. Sahabat-sahabat saya juga mencadangkan saya menjadi calon, tetapi sudah terlambat, kerana pada waktu itu saya merupakan mahasiswa tahun akhir :)

.: Pilihan Raya Kampus 2011 :.
Keputusan Pro Mahasiswa :
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]

Pro-M MENANG majoriti 6 dari 8 IPTA



Read More :D

Saturday, February 12, 2011

Pertandingan Puteri Solehah :)

Kehadapan semua pembaca dan followers blog saya :)



Sila CLICK disini dan disini, seterusnya LIKE gambar tersebut.

Cuba bayangkan, followers blog saya hampir 500 orang, jika semua LIKE gambar tersebut, maka menanglah anak saudara saya yang solehah lagi bijak, Nafeesah Al-Wafa' & Khairin Madihah~ hihihi :)

Read More :D

Thursday, February 10, 2011

MAS vs HONG KONG


"Fakri cuba membantu.

Takpe dia kata..

aku nak cuba sendiri.

Dan akhirnyaaa..!!"


Tahniah MALAYSIA!

Walaupun saya tak tengok perlawanan ni, saya yakin MALAYSIA menang! Kalau perasan, cara Safiq menggelecek macam Norshahrul Idlan Talaha semasa dipiala suzuki AFF :)
Read More :D

Friday, February 04, 2011

= SMK SKI: episod tiga =

Bagi yang tertinggal keretapi, bolehlah terus ke:

Episod 1 (klik disini)

Episod 2 (klik disini)

Bersambung lagi ke episod 3. Alhamdulillah, sudah sebulan lebih saya menjadi warga SMK SKI, segalanya berjalan lancar (walaupun tak lancar, lancar kan aje :p), banyak pengalaman baru yang mematangkan diri ini. Insyaallah.

Disini, kebanyakkan sahabat saya terdiri dari mereka yang telah bergelar 'ibu', itu yang saya nampak matang kot ;p (uwekks, perasan!) topik perbualan kami pun kadang-kadang tidak lari jauh dari menyentuh isu anak, mataku terkebil-kebil taktala mereka berbual, saya 'iya' kan sahaja =)

Menyentuh isu rumah tangga, saya kerap berfikir. Seusai tugasan seharian di medan ilmu, diriku 'kurang gagah' untuk menyambung tugasan di rumah. Memang tidak larat. Mana taknya, bekerja 12.30 tengahari - 6.40 petang. Itu tidak termasuk kalau saya memulakan kerja seawal 8 pagi - 7 petang. Saya kurang enak kalau datang lambat, selalunya saya menjadi top 10 bagi guru sesi petang dari segi kedatangan. Like mother, like daugter (bonda saya selalu menjadi orang pertama bagi guru sesi pagi! ;)

"akak kalau balik kerja, akak akan buat apa selalunya?"
suatu petang saya menanyakan kepada Cikgu Faizah yang merupakan teman seperjuangan merangkap sahabat paling baik saya disini.

"akak kalau balik kerja, layan anak-anak, masak dan buat kerja rumah..."
mataku terpaku, waduh2, ku kagum seketika...

"saya balik rumah lepas isya' terus tidur, kadang-kadang kalau letih sangat lepas maghrib dah pengsan..."
selorohku bersahaja..

"insyaAllah, lepas kita dah kahwin, ada anak-anak, tanggungjawab tu kita akan galas dengan sebaiknya"
dia tersenyum.

Saya pun tersenyum. Tak dapat bayangkan kalau diriku dah berkeluarga, dengan suami, anak-anak, kerja sekolah yang bertimbun, kerja rumah lagi..

Dahulu sewaktu diriku bergelar mahasiswa, selaluku membayangkan seronoknya kalau sudah bekerja, tak payah susah payah nak fikir ujian, periksa, assignment waima final year project. Rupanya jangkaanku meleset 101%, bila dah bekerja lain pula masalahnya. Kendatipun begitu, hidup mesti diteruskan, gambate2, aja2 finghting!

Kini, amanahku lebih berat berat. Secara rasminya, diriku telah dilantik sebagai Setiausaha Hal Ehwal Murid 2 (SU HEM 2), Guru Kelas Tingkatan 2C (40 orang) & Guru Kelab Bola Jaring. Sewaktu di al-alfarabi dulu, diriku diamanahkan sebagai Guru Kelab Nasyeed & Guru Kelas Tahun 4 Pandai (hanya 20 orang murid).

Menjadi guru matapelajaran sains juga merupakan cabaran yang agak besar bagiku. Bukan setakat mengajar dikelas dengan menggunakan bahasa kedua, tetapi memerlukan ilmu tentang segala mak nenek eksperimen, peralatan makmal dan sebagainya.

Moga langkahku selepas ini diatur kemas dan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa! Terbaik insyaAllah =)

-----------------------------------------------------------------

sila klik gambar untuk tumbesaran





Guru muda itu
Langkahnya ia teguh
Bukan kerna wang ia berdiri
...Bukan kerna kata puji ia kembali
Tetapi Kerana ALLAH ia berbakti
Hirau segala kebatasan diri
Fikirnya murid harus berdiri
Dengan kaki sendiri
Dengan ilmu yang di pelajari

Guru muda itu
Sesekali air mata mengalir laju
Di depan Esa ia mengadu rayu
Moga ilmu yang sedikit diberkatiNYA
Moga langkahnya di redhaiNYA
Moga sentuhannya memberi seribu makna..

Wahai guru muda
Kau jutawan akhirat
Di sanjung mulia timur dan barat
Kerna jasamu yang berkat

InsyaALLAH ..amin ya rabbal alaminn .

anafyruz 22 Januari 2011 8.29 PM

Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails