بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Nisfu Sya'aban. Salam Ramadhan Kareem. Tinggal beberapa lagi sahaja sebelum melangkah ke bulan itu insyaallah. Beberapa hari yang lalu, ana telah menukar template blog ni kepada yang lebih bersahaja. Nampak macam gaya majalah :) Tapi, jika terkeluar 'gambar yang kurang sopan', maafkan ana. Mungkin itu virus dan sebagainya. Minta dijauhkan. Allahumma amen.
Alhamdulillah, diri ini masih berupaya untuk berblogging. Dikurniakan kesihatan tubuh badan dan kewarasan aQal fikiran. Ramai juga sahabat-sahabat diluar sana yang demam, batuk, selsema dan sebagainya. Di UPM sahaja, lebih 1000 mungkin. Bahkan lebih. Mereka yang pergi ke PK (Pusat Kesihatan) UPM tidak berpusu-pusu. Doktor dan jururawat masing-masing sibuk melayan pesakit.
Di kolej 12, edaran mask dan sabun pencuci tangan sebagai salah satu langkah keselamatan yang diambil. Dengar cerita, harini UPM mewajibkan pemaikan mask. Ohh, "adakah aku akan memakainya" ^^? Semalam kawanku digelakkan oleh beberapa lelaki kerana memakai 'alat tersebut'. Kenapa, teruk sangat ker? Dalam fikiranku, nak buruk ker, nak sakit? Baik buruk dari terus dijangkiti dan kemudian meninggal. Na'uzubillah min zalik.
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Sedang melayari internet, ternampak satu isu menarik. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.
Beliau menambah, bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa. Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.
Pagi tadi roomate ana kata, sudah 12 kematian dicatatkan di Malaysia. Semakin serius isu ini ^^' Mengikut laporan Malaysiakini.com, seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu. Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.
Hurm, nak pergi mana-mana, rasa takut menyelubungi. Jakgi nak keluar mengajar dan esok ada kerja disana sini. Moga Allah swt ,melindungi dan merahmati semua. Alalhumma amen.
Sebenarnya, nikmat kesihatan juga ujian dari tuhan. Samada kita bersyukur atau sebaliknya. Firman Allah swt, "Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu kufur maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
MOga segala yang berlaku ini dijadikan iktibar dan sebagai peringatan bersama. Allah swt tidak menurunkan bala pada kaum kuffar sahaja, tetapi kaum muslimin yang membiarkan kemungkaran dan maksiat berlaku. Renung-renungkan. Wallahu'alam
Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/
***************************************************************************************
Selesai sudah KAD 09'. Ada permintaan supaya diletakkan gambar.
Sumber gambar: firdausmahadi (firdausmahadi.com)
bingkisaNurani:
tidak sabar menantikan Ramadhan Kareem ^_^
betul tu apa yg tuan guru Nik Aziz kata. ana berpendapat macam tu lah. walaupun negara kita aman, tapi bala yg turun mungkin dalam bentuk wabak penyakit yg bermacam-macam, gejala sosial yg menyerabutkan kepala mak bapak dan juga ketidak-pekaan umat terhadap KEBERSIHAN.
ReplyDeleteBanyak skolah2 (termasuk smih jb) dan ipt yg terpaksa cuti, ni mungkin salah satu langkah berjaga2.tapi tak patut la tumpu pd skolah je, tempat lain pun ptut buat macam tu gak. Contohnya, cancelkan terus karnival yg dfatwakan haram spt jom heboh.
Salam ziarah...terima kasih sudi post gambar yg tak seberapa tu di blog saudari...student upm ye...kalau belajar bahasa arab mesti kenal dgn ustaz zainan...ye
ReplyDeleteto luqman:
ReplyDeletewabak yang merebak sekarang ni adalah peringatan dari Allah swt. Maksiat berleluasa sekarang ni.
Bila dah berlaku penyakit atau kematian, baru nak insaf dan bertaubat. Itulah manusia.
Peringatan buat diri juga..
Ana kenal Ustaz Zainan. Dia mengajar Bahasa Arab II kelas ana. Seronok belajar bahasa Quran ni. Lungotul Jannah :)
ReplyDelete