Followers

Sunday, November 30, 2008

ANDA TIDAK CANTIK?? Usah risau :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam wbt. Jom kite singkap erti kecantikan sebenar. Cantik itu memanglah penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.



Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.


Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.



Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??



Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Bersabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu'minah yang taat pada Ilahi



bingkisaNurani:
Cantek luaran jer tak guna cik jah, yg penting dalaman tu ;) INGAT! ALLAH x pandang sifat fizikal kite, tp hati nurani kite. Tapi lagi elok kite jaga 2-2 dgn mmberatkan lagi pada rohani kite :):):) Renung2 kan..


10 comments:

  1. Assalammualaikum wrt wbt...
    nice post..bkn senang nak cari cinta seorang lelaki kerana Allah, kebanyakkan dr mrk cintakan seorg wanita kerana nafsu..Andai kau ketemui lelaki yg mencintai anda kerana Allah, maka jagalah ia.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam ya ukhti fil islam..

    na'am..moge kite smua temui lelaki yg soleh wa musleh..

    perempun yg baik adalah untuk lelaki yg baik..

    itu adalah janji ALLAH swt :)

    syukran jiddan

    ReplyDelete
  3. aik...dh pandai panggil cek jah ye...makcik..

    ReplyDelete
  4. ha3.. ni akak nyer penangan la nik.. kan ira dah terikot..

    ape2 pun, moge topic ni mjadi pengajaran wat sume :)

    ReplyDelete
  5. iyelah...soba bbyk...sampai satu tahap Allah akan menguji kite sehingga serasa tak tertanggung...tak tertanggung...di sini baru kau kenal sejauh mane kekuatanmu..dan kesabaranmu...mohonlah kepadaNya...kekuatan itu...

    andai ujian sebegitu dtg kpdmu...ingatlah hanya dgn mengingati Allah hatimu akan tenang

    ps: taktau le kena mengena ke tak dgn artikel ni..tp..hanya luahan hati utk ingatan bersama adik yg kukasihi

    ReplyDelete
  6. ira faham kak..

    syukran ala kulli hal..

    ni smua untuk peringatan bersama..

    x kesah la kita cantik or sebaliknye..

    nafsu mgatakan prmpuan cantek dari sefi fizikal tp cantek yg sebenarnyer terletak pada budi pekerti :)

    barakallahufiq

    ReplyDelete
  7. betul tu..same cam kite tgk kereta..takat cantik je tp performance nyer teruk gile, dah tu petrol die tiap2 hari kena isi, takde gunanya..biar la muka cam bese2 je, yg penting agama die jaga.

    ReplyDelete
  8. syukran luqman 4 opinion..

    salam mujahadah wat sume..

    ReplyDelete
  9. Saya pikir terlalu sederhana jika hanya menilai kecantikan dari fisik belaka!

    ReplyDelete
  10. na'am..jangan menilai seseorang berdasarkan fizikal semata2..dunia hanya sementra..

    renung2kan wahai sahabat2 ku..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails