بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berita yang memeranjatkan diriku. Datuk sedaraku (Tok Ndak) iaitu Dato' Ibrahim Hussein yg juga merupakan seniman negara(pelukis) tlh kembali kerahmatullah pagi tadi kerana sakit jantung. Bondaku baru saja menelefon n beliau baru pulang dari rumah arwah di Bangsar. Moga roh nya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama para solihin. Ameen ya rabbal 'alamin. Alfatihah.
Sebut mengenai kematian, ia menginsafkan dan mengingatkan diri ini. Acapkali kita terlupa, bahawa dunia ini sementara n akhirat adalah selamanya. Perkataan itu hanya bermain dibibir kita tanpa kita memahami makna tersirat n tersurat nya.
"CINTA DUNIA & TAKUT MATI"
Itulah penyakit paling bahaya yang telah melanda umat Nabi Muhammad S.AW kini.
Moga diriku tidak tersenarai dalam golongan tersebut.
Ya ALLAH, maaf kan diriku.
Astagfirullah (T_T)
Tiltle: Detik Kematian
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
Munsyeed: Inteam
Lagu/Lirik: Fridzan
Title: Menanti Di Barzakh
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
Munsyeed: Fareast
Lagu/Lirik: Ito Lara
bingkisaNurani:
Detiknya pasti tiba..Adakah kita bersedia?
Followers
Wednesday, February 18, 2009
Pemergian Datuk Sedaraku -Dato' Ibrahim Hussein-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"cinta dunia, takut mati"..tak silap ana namenye penyakit wahan? penyakit ni la yg menyebabkan kejatuhan kerajaan turki uthmaniyah.
ReplyDeletena'am..penyakit wahan..(riwayat abu daud)
ReplyDeletemoga terhindar dari penyakit ni..
ALLAH AKBAR
anyway, ape2 pun takziah atas kehilangan.
ReplyDeleteSekalung takziah kepada keluarga Datuk Ib...
ReplyDeleteIra, for your information, ana secara peribadi mengenali Datuk Ib sejak awal tahun lps... seorg yg very2 humble, suka tersenyum... malah ana pernah sampai ke muzium milik Datuk Ib di Langkawi.. dan pernah bersamanya pada satu majlis di PWTC
Ana pernah melihat hasil karyanya dan ana agak mengangumi dia... siap tunjuk lagi camana teknik 'melukis nama' (bukan menulis) di atas kertas...fuhhh, mmg kagum
Agak terkilan tak dpt bersama rakan2 ke rumah Datuk Ib Khamis lps sbb xde org nak jaga opis... ramai yg kesana menziarahi
Al-Fatihah!
enta knal yer ngan Datuk Ib..
ReplyDeletetrase kehilangannya hingga kini..
Alfatihah