Followers

Thursday, March 12, 2009

~ Karamah Mujahideen di Gaza ~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saudara,

Ghaza masih dalam kepungan
Hari ini hidup kita selesa
Kita lupa pada mereka
Kita lupa penderitaan mereka
Kita lupa anak-anak mereka
Kita lupa isteri-isteri mereka
Kita telah mengepung mereka
Sebelum musuh mengepung mereka
Mereka di jauhi oleh saudara yang dekat dan jauh
Seolah-olah mereka bukan sebahagian daripada kita
Seolah-olah mereka bukan saudara kita
Seolah-olah mereka bukan seagama dengan kita

Saudara,

Darah mereka adalah darah kita
Kehormatan mereka adalah kehormatan kita
Derita mereka adalah derita kita

Dimanakah ulama kita
Dimanakah aktivis kita
Dimanakah Dato’ menteri kita

Ayuh
Kita bangkit membantu mereka
Menghulurkan apa yang ada pada kita
Sama-sama kita munajat
Mendoakan kemenangan mereka
Sama ada menang atau syahid

Ya Allah
Bantulah kami mengalahkan golongan yang zalim dan munafik
Bantulah kami mengalahkan Yahudi yang celaka dan penyokong-penyokongnya
Ya Allah, Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Gagah
Ya Allah, Engkaulah pelindung orang-orang yang lemah

Amin.. Ya Rabba al-Alamin

غـــــــزة

في غزة إخوان لنا ما زالوا يعانون حصارا خانقا مرا،غفلنا عنهم وغفلتنا أكبر عن مرضاهم وأطفالهم ونسائهم . حاصرهم الصديق قبل العدو، خنقهم القريب والبعيد وكأنهم ليسوا منا أو من أبناء جلدتنا أو ينتمون لعقيدتنا وأعراضهم أعراضنا ومريضهم مريضنا. علماءنا شيوخنا الأفاضل نسألكم صحوة ودعوة لنصرة المستضعفين في غزة فحتى الحج منعوهم منه فرج الله عنهم الكربات وجعل فيها لهم تقربا لرب الأرض والسماوات...اللهم عليك بالمنافقين الظالمين واليهود الملاعين ومن عاونهم يا قاهر يا قوي يا متين يا ولي المستضعفين


Perang di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya:

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.


4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).

Sumber:
http://ismaweb.net/v2/index.php
http://inijalanku.wordpress.com/

bingkisaNurani:
PALESTINE tetap dihati :)


4 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails