Followers

Wednesday, September 16, 2009

= Laporan Ifthar KTI & TAG No. 7 =

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem



Lama sudah ana tidak berposting. Bukan tiada masa. Cuma tidak cukup bekalan internet. ha3 :p Harini genap 26 hari umat islam berpuasa. Sangat sedih untuk meninggalkan bulan yang mempunyai malam lebih baik dari 100 malam, yakni malam al-Qadr.

Alhamdulillah, ifthar KTI pun sudah selesai. Ana sangatlah gembira dan berpuas hati. Ukhwah antara kami sangat rapat. Bak kata musaza (presiden KTI yang pertama), saya sayang KTI ^^

Ni laporan dari ana :)

Pada 12/09/09 (22 Ramadhan 1430 Hijrah) bersamaan dengan hari sabtu, program tahunan KTI (Komuniti Teman Inteam) iaitu Ifthar KTI 09/10 dengan kerjasama IRSB (Inteam Records Sdn Bhd) telah berlangsung dengan jayanya. Bertempat di Anjung Rahmat, Gombak, Ifthar KTI kali ke-4 ini menemukan ahli seramai 20 orang muslimin dan 10 orang muslimat. Majlis tambah berseri dengan kehadiran Inteam beserta warga kerja IRSB, Caremore (ex-PR Inteam) dan beberapa jemputan yang lain. Kemunculan munsyeed terkenal tanahair, kumpulan UNIC yang telah melancarkan album terbaru mereka berjudul Langkah Tercipta, telah menggamatkan lagi ifthar pada kali ini.

Majlis bermula seawal jam 4.00 petang iaitu sesi pendaftaran yang diketuai oleh saudara Mazri. Peserta diberi tentatif majlis dan kad berwarna-warni iaitu kad cabutan bertuah. Pada jam 4.30 petang, kami semua menunaikan solat asar di surau yang disediakan. Seusai menunaikan solat, kami berta'aruf ringkas diikuti dengan bacaan Tahlil khusus untuk Allahyarham Ustaz Asri Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah. Ucapan presiden KTI merangkap AJK Teknikal Iftar, saudara Husaini (abuafham), menyusuli selepas itu. Tidak ketinggalan, kata-kata keramat Presiden pertama KTI, saudara Muhd Safuan (musaza) yang dibaca oleh presiden menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Akh Hazamin mengundang rasa sayu dihati kami semua. Kata-kata beliau akan sentiasa tersemat dijiwa kami insyaallah.

Tepat jam 6.30 petang, kami semua bersiap sedia untuk turun ke meja hidangan bagi persiapan ifthar. Kami telah menolong dan menyiapkan beberapa hidangan yang masih belum tersedia. Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli KTI ketika itu menunjukkan betapa kukuhnya ikatan ukhwah kami. Selang beberapa minit selepas itu, Akh Rahim telah sampai ke tempat majlis kerana sebelum itu beliau ada sedikit urusan di Johor.

Akh Hazamin mengalunkan azan sebaik sahaja waktu maghrib tiba. Kami memulakan ifthar dengan juadah ringan yang dibeli khas oleh Akh Syahril. Selepas itu, kami solat maghrib secara berjemaah dan meneruskan dengan makanan berat. Majlis cabutan bertuah menghiasi slot ketika itu. 5 cabutan bertuah berupa hadiah CD ekslusif dari pihak IRSB diberi kepada ahli KTI. Kami meneruskan majlis dengan terawikh 8 rakaat diikuti dengan witir 3 rakat. Seusai bersalaman dengan para jemaah, kami dihidangkan dengan bubur lambuk, puding karamel dan juga teh panas sebagai juadah moreh pada malam itu. 5 cabutan bertuah menghidangi kami lagi untuk sesi kedua. Tidak ketinggalan persembahan ringkas Inteam menyempurnakan lagi majlis ini. Majlis ditutup dengan sesi bergambar ahli KTI bersama Inteam dan UNIC. Hadirin yang datang pada majlis tersebut berkerjasama membersihkan kawasan majlis.

Dengan berakhirnya sesi tersebut, maka berakhirlah ifthar KTI 09/10. Moga ukhwah yang terjalin antara kita semua tidak pernah surut walau dilanda badai dan ombak sekalipun. Segala yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk dari kelemahan kita sebagai insan biasa. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Berjumpa lagi di Ifthar KTI kali ke-5!!! :)

Nadirah Ahmad Azam
Setiausaha Ifthar KTI 2009

*******************************************************************************************************************
Ok, ana telah di TAG oleh sahabat senaqibah ana, ukhtie Amirah Ahmad :)

1) Nama Timangan

bingkisaNurani :)
Kawan2 panggil ira, dirah, nad, nadirah
Dirumah 'kakchik' :)

2) Anda seorang yang...

Agak sensitif (T_T)

3) Insan Teristimewa

Al-Walidain

4) Lagu Kesukaan

Banyak. Semua nasyeed :)
Yang terbaru, Jalan Kupulang by UNIC

5) Makanan Kesukaan


Masakan sendiri..oppss..

6) Sikap yang membuatkan anda stress


Hipokrit

7) Warna kegemaran

Unggu + Biru

8) Benda yang ada dalam beg

Kalkulator (budak matematik, biasa la.. :p)

9) Bila kali terakhir menangis

Rahsia *_*

10 ) Tag untuk rakan anda.

Semua yang dah baca topik ni. Ha, jangan tak jawab yer. Siapa suruh baca topik ni :p

Sehingga berjumpa lagi.

Ramadhan Kareem :)


bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails