Followers

Thursday, September 24, 2009

.: Salam Lebaran :.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam 'Eid Mubarak



Alhamdulillah, harini merupakan hari kelima umat islam seantero dunia menyambut bulan kemenangan yakni Syawal yang penuh kegembiraan. Dalam kemeriahan meraikannya, berpada-padalahlah wahai sahabat-sahabatku. Sentiasa bersederhana dalam melakukan apa jua tindakan. Pesanan untuk diri juga :)

Sebenarnya baru balik raya dari Kedah. Adik-beradik bonda semua balik. Hampir 40 orang menghuni rumah nenda di Sg Limau Dalam, Yan. Tema kali ini adalah hijau. Tahun ni dapat banyak sangat kad raya. Dari merata tempat. Syukran semua! Ha, lebih kurang 10 kad dari sahabat Komuniti Teman Inteam (KTI). Video takbir kat atas tu, gabungan IRSB, artis, para jemputan dan yang istimewanya, sahabat-sahabat KTI ana :)

In the morning of syawal, we celebrate Wafa's birthday..

Lets go to the mosque, said Wafa'..

RM 1, RM 2, RM 10, RM 50 ......

Munief and Afiefah with their mom :)

Baby Irin in Tok Nek Bedah's house

Kenapa blog ana banyak gambar budak-budak? He3.. Sebenarnya nak letak satu dua sahaja gambar anak sedara dalam posting kali ni. Tapi memandangkan, miqdad 'ayyash (anak sedara yang ke-4) yang baru berusia 2 tahun lebih kata, kenapa gambar dia tiada? Jadi, kena adil la. Ana letak kelima-lima anak sedara. Adoi, macam-macam -_-

Erm, blog ana tukar lagi templatenya. Kali ini ana tampilkan tema coklat-ungu-oren. Sangatlah minat dengan warna ungu, dua warna yang lain itu hanyalah menemani blog ini sahaja :) Yang penting, isinya. Walaupun blog ana ni tidaklah manthop kupasannya, itulah yang terdaya ana beri. Dan, jika anda rasa blog ni perlukan perubahan disudut mana-mana, bagitahu yer :) Syukran buat semua bingkisan's friends yang tidak jemu-jemu menyokong ana. Taqaballahuminni waminkum~

Jom puasa 6! :) Boleh kurus balik :p

6 comments:

  1. selamat hari raya ...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. satu je yg ana tak faham masa takbir raya..kenapa takbir raya kat malaysia ni "sedih" je bunyinye? masa ana dduk kat uk dlu2 takbir raya dilaungkan dgn penuh semangat.

    satu lg, masa solat sunat eidulfitr, sunnah nabi baca surah qaf (rakaat pertama) dan surah al-qiamah (rakaat kedua)..tlg betulkan kalu silap..sebabnye utk mengingatkan manusia dalam kita bergembira, ingatlah Tuhan, jgn smpai melampaui batas.

    apa2 pun selamat hari raya eidulfitr. semoga tergolong dpd org2 yg bertakwa. puasa sunat dah cukup 6 hari ke blom?

    ReplyDelete
  3. ana x pasti nape kat malaysia bunyinye macam sayu sikit2..
    mungkin kerana adat kesopanan dan kesusilan timur kita?

    pasal surah tu, ana x pasti..na'am, manusia kadang2 melampaui batas masa sambutan eidul fitri

    ana baru pose 5 hari..lum cukup 1 hari..insyaallah, minggu ni complete

    ReplyDelete
  4. ana dpt sumber ni pun dpd ustaz Rifki..bekas guru kat skolah ana dlu2.
    Tp yg pastinye surah qaf mmg sunnah dibaca pd rakaat pertama..surah qaf mengandungi ancaman2 sakaratul maut dan neraka..antara yg ayat die "dan hari apabila kami bertanya kpd jahannam, sudah penuhkah kamu?maka neraka pun menjawab; masih ada lagi tambahan?"..kalu sape2 yg faham, msti akan menangis bila smpai ayat ni.

    br2 ni ada gempa bumi yg kuat kat Padang, indonesia..mgkin tu salah satu bala yg diturunkan sbg peringatan, jgn melampaui batas khususan masa raya.

    ReplyDelete
  5. syukran atas peingatan..

    Bala yg diturunkan allah, tidak mengira orang yang beriman mahupun sebalinya..

    renungan bersama

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails