Followers

Thursday, October 15, 2009

KONSERT TRIBUTE TO USTAZ ASRI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam 'Eid Mubarak


Alhamdulillah dengan izinNya, ana sempat menghadirkan diri ke Konsert Tribute To Ustaz Asri Ibrahim walaupun pada saat akhir hampir 100% tak jadi pergi. TakdirNya, ana telah berada di Dewan CAC, UIA Gombak pada jam 2030.

Sepanjang konsert berjalan, fikiran ana melayang pada allahyarham. Selepas 6 artis membuat persembahan, kini tiba giliran Rabbani. Saat air mata ana tumpah bila mereka mendendangkan lagu Pergi Tak Kembali dan Mana Milik Kita. Ana sangat suka lagu Mana Milik Kita. Sangat terpesona dengan bait-bait liriknya.
Sungguh menginsafkan!

Tiba-tiba teringat ketika ana dan sahabat KTI menziarahi pusara allahyarham.
Moga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah~

Pada malam kejadian, ana bawa kamera tapi sungguh menyedihkan, memory card ada pada kawan. Jadi, gambar-gambar dibawah merupakan sumber dari facebook (Ridhuan Husin).



Allahyarham dalam kenangan. Alfatihah


Rabbani


Raihan


Hijjaz



Inteam


Saujana


Far East



Isteri Allayarham Ustaz Asri bersama anak beliau


Irama nasyeed akan terus diperjuangkan


Pada malam ni selepas AGM PMIUPM, ana dan beberapa orang sahabat akan bertolak ke Perkampungan Orang Asli di Sungai Siput, Perak untuk misi dakwah kami. Doakan segalanya dipermudahkan Allah swt. Wassalam :)

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

2 comments:

  1. moga Allah memudahkan urusan Beliau di akhirat kelak..
    ayo terus berjuang, berdakwah melalui nasyid.

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails