Followers

Wednesday, November 11, 2009

Pengalaman Mereka ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ana sedikit teruja dengan nukilan sahabat-sahabat yang pertama kali melakukan ekspedisi bersama kami di Kampung Orang Asli ^^ Kedua-dua mereka ni merupakan sahabat ana di Kampus Hijau ^^ Jom kita baca 'cerita pendek' mereka ni ^^ Baca sampai habis taw! :)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PENGALAMAN SAHABAT PERTAMA :

Kak Nur Ruqaiyah (http://ruqayya-xiaoyu.blogspot.com/)


Ekspedisi to the origin..Ootai

"Dan orang-orang kafir sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain, jika kamu ingkar dari laksanakan apa yang telah diperintah ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" al-anfal :73

Habis je kelas speech com, aku tersermpak dengan seorang sahabat orang asli, teruja dengan pengalaman menjelajah penempatan orang asli di hutan Felda Lasah, Sungai Siput, Perak, hujung minggu lalu, ingin sekali aku berkongsi kejayaan anak orang asli perak ini sehingga berjaya sampai ke kampus hijau ini. Namun amat menyedihkan, apabila aku bercerita tentang kemiskinan dan kesusahan orang asli ini, perkara pertama yang ditanya ''ada Islam' tak? Kalau ada Islam kami tak sama suku. Dorang keturunan T----r, kami, suku s---i tak da islam lansung, kalau ikut zaman dulu, dorang tu keturunan hamba-hamba'' aku ukir senyuman dalam marah, hina sangatkah Islam sampai Islam dianggap agama untuk suku hamba? Jika 3 tahun lalu, mungkin awal2 aku dh buka gelanggang debat, namun, rasioanal mengingatkan aku, bukankah Bilal, Zinnirah, dan keluarga Yasir juga golongan hamba, namun cukup mulia disisi tuhan? Sungguh, betapa lembutnya hati si hamba menerima Islam.

Satu persatu kenangan di Ootai menjengah fikiran, aku tersenyum sendiri. Walau di awalnya aku serba salah juga terpaksa meninggalkan program rehlah PMI yang diarahkan oleh sahabat baikku, namun selepas membuat timbang tara, samaada ukhuwah perlu dibentuk untuk mantapkan dakwah atau kefahaman dakwah yang akan membawa kefahaman ukhuwah (isu ni akan aku bahasakan dalam slot khas nanti) , maka aku lebih cenderung menggunakan 'teori topi merah' Edward De Bono, ikut kata hati. Bukan niat mengawlakan program jemaah lain, namun sebagai ahli gerakan Islam, aku cuba keluar dari pemikiran jemaah centric, dan ternyata urusanku dipermudahkan. Dalam rajuk diperli sahabat2 yang belum mengerti, Allah hantarkan pujukanNya dari mulut seorang sahabat, 'pergi la, bawa dakwah sejauh mungkin, InsyaALLAH, I'll do well here..' ….=)

Seawal 6.30 pagi, kami bergerak dari UPM. Team dari UPM, Fuad Hilmi Zakaria, selaku presiden KBM, aku sebagai duta Pro Mahasiswa UPM, dan Nadirah Azam, sebagai wakil PMI, serta akhie Waan Amir Amirzal, sebagai pemantau kami. Seterusnya kami bergerak mengambil Nurul, sahabat medic dari UiTM, melengkapkan kami sebagai team KL.

Cabaran pertama bermula, apabila tayar salah sebuah landrover kami pecah dalam perjalanan, memyebabkan kami tersadai hampir 3 jam di Felda Lasah. beberapa jam kemudian, team dari kedah yang diketuai Cikgu Hasyim, seorang pesara pensyarah yang sangat sempoi, bersama anak2 didiknya, Anis, Fiqah, dan Atiq. Team Perlis, akhie Azmarul dan Firdaus, dan hard2 core Ummah Aid, akhie Syahrizan Sazali dan akhie Salman Al-Siddiqie dari Penang. Syura bersetuju melantik Fuad sebagai amir, Nadirah sebagai Chief cook dan akhie Salman sebagai imam tetap.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 ke 5 jam meredah hutan dari Felda Lasah menuju ke Ootai padaku cukup bermakna. Jalan-jalan yang tak rata menyebabkan landrover yang kami naiki hampir terbalik 2 kali. Debu2 jalan dah jadi macam bedak asas dekat muka semua orang! Kata sahabat2, perjalanan kali ni lebih mudah jika dibandingkan dengan sebelum ini. Tapi sebagai new beginner seperti aku dan akhie Amirzal, kami lebih banyak mendengar dan belajar.

Semakin jauh ketengah hutan, perjalanan kami semakin meriah ditemani orang2 asli yang melambai2 dari luar tingkap, sesekali akhie Salman akan berhenti dan menghulurkan kismis kepada anak2 orang asli yang sedang bermain lumpur di tengah jalan sampai comot2 satu badan. Terhibur dengan telatah anak2 kecil yang tak berseluar baju melompat2 keseronokan dapat kismis. (err…muslimat pndang skali je tau..betol ne!!).

Sampai di Ootai kami disambut kak Jenon dan kakaknya,kak Kamalia. Hanya kak Jenon yang fasih berbahasa melayu. Dalam ekspedisi kali ni, kami dibahagikan kepada 2 team, team dakwah dan team 'Cak Raya'. Cak raya ni macam 'makan besar' la, biasanya orang2 luar yang datang perkampungan orang asli akan sediakan 'cak raya' dengan orang kampong.

Memandangkan aku tak de la tulen sangat nilai2 kewanitaan, so aku pilih untuk duk dalam team dakwah. Bimbang ada yang keracunan dengan masakan aku nanti (toilet tak ada tau, semua kene 'settle' dekat dalam semak atau terus pegi sungai..huhuhu) Selepas ta'aruf dan berehat beberapa minit, kami mula turun dan mula mendekati orang asli. Akhie Salman hulurkan beberapa buah buku cerita nabi. Aku tersenyum. Memang aku pakar bab ni, pengalaman praktikel di sekolah aku pergunakan sebaiknya. Namun ternyata bukan mudah, walaupun 3 tahun bergelar pelajar TESL, aku lansung tak mampu menarik perhatian mereka, aku macam alien kat sini, lansung tak dipedulikan!

Mungkin sedar dengan muka moyok ala2 chipmunk aku, akhie Salman suruh aku edarkan biskut yang dah pecah2 kat tangan die, mula2 cuak juga, takkan nak bagi habuk biskut kan? tapi ternyata, dalam sekelip mata, bukan budak2 aje,sampai mak budak pn dtg dekat. Rupa2 nya, orang2 asli ni sangat miskin, makanan ruji mereka cuma ubi kayu yang direbus dengan air tanpa garam, sebab nak beli garam pun tak mampu, so harga sekeping biskut yang dah pecah2 ni pn, sangat bermakna. Subhanallah, teringat sisa2 biskut tiger yang aku buang sebelum bertolak kesini. Rasa cam nak tampar je diri sendiri. Tuhan..membazirnya aku…

Sambil2 bdk2 tu makan, aku amik kesempatan buka crita Nabi Sulaiman, tatau la dorang paham ke tak, tapi aku takar Raja Sulaiman, jadi Tok Batin Sulaiman. Dorang gelak2 jer. Habis bercerita, Atiq ajak aku bwak budak2 pegi sungai. Dekat sini la aku mula mengenali anak2 kecil ni lebih dekat. Dengar pengalaman dorang jalan kaki 4 jam pegi skolah , tumpang tidur dekat tepi padang sekolah, dan cerita cikgu2 yang seolah tak peduli dorang betol2 blajar atau skadar pg skola supaya dapat baju percuma. Aku menilai bicara sebuah kemiskinan, penghinaan, ketidak adilan, dan bicara sebuah kesyukuran. Kesyukuran atas nikmat kesenangan yang tak pernah putus sejak aku kecil.

Sebelum nikmati cak raya, kami semua solat dulu sama2, rupa2 nya dorang ni tak pandai solat, jadi aku solat tanpa telekung supaya dorang boleh tengok kedudukan tangan, dan kaki aku ketika solat. Hari kedua, aku pakai kain batik dan tutup seluruh kaki sebab mejoriti asli perempuan berkain batik. Alhamdulillah, dah ada yang ikut. Nurul ajar mereka berwuduk, dan Atiq ajar dorang mengucap. Walaupun kami perlu upah mereka dengan makanan untuk solat dan mengucap, tapi rasanya berbaloi, bukankah islam taklid lebih baik dari kafir?

Malam kat cne, tersangat sejuk, dua helai stoking dan 2 pasang baju yang aku pakai masih tak dapat hilangkan kesejukan yang masuk sampai tulang. Dalam gelap malam, aku gagahkan juga untuk bangun qiam, tak sampai hati kejutkan sahabat2 yang lena dan kepenatan, aku kuar dan amik wuduk sorang2, takut juga, tapi rupanya dah ada mslimin yang bangun, lega sikit la (kalau bab ghaib2 ni, aku memang jadi perempuan sikit..hehehe). Kata akhie Syah, kawasan orang asli ni keras. Tapi, aku yakin, ayat ALLAH lebih 'keras'.

Tahajud aku malam tu akan jadi kenangan yang sangat2 indah, solat bawah atap langit yang dipenuhi bintang yang sangat2 terang. Beberapa kali air mata aku keluar masa sujud, Subhanallah, cantik sangat2 bumi ni rupanya. Dan masa ni juga aku sedar kepentingan hafalan Quran, dalam pekat malam mana boleh baca quran, tak nampak apa2 lansung, so aku cuba juga baca berdasarkan hafalan aku yang tak berapa lancar. Tapi kuasa Allah, waktu kat sana, macam senang je lidah aku nak sebut, tapi bila balik kolej, cuba baca semula, dah tak lancar balik. Subhanallah, walhamdulillah!

Hari2 terakhir kami terisi dengan misi bantuan, selesai sarapan dengan tok batin, kami keluar ke beberapa kampung lain untuk edarkan bekalan makanan dan baju. Sayu sangat bila tengok baju2 buruk pn mereka trima dengan gembira, senyum tak henti2. Berkali2 aku panjat syukur pada Allah, setiap kampung yang kami berhenti, aku akan buat sujud syukur, dan perbaharui wuduk aku dengan air2 bukit yang sejuk dan segar. Biar tanah dan air ni jadi saksi di hadapan tuhanku, yang aku dah bawa agamaNya sejauh ini. Maha suci ALLAH atas iman dan islam ini. Atas nyawa dan hela nafas ini.

Aku pandang jalan2 yang dah aku lalui sepanjang kat sini. Dalam hati, aku tertanya, bila lagi aku akan lalui jalan2 yang dah aku lepasi ni. Nekad aku untuk kembali lagi kesini. Jika disini, di tanah ni,akhie Amirzal menyimpan impian untuk menawan dunia, dan Fuad menyimpan impian untuk syahid, aku juga menyimpan 1 impian baru. Jika sebelum ni aku bercita2 untuk jadi sayap kiri perjuangan islam, hari ni aku bercita2 untuk tidak menjadi sayap, sebaliknya terus menjadi burung yang akan membawa benih islam ini terbang sejauh mungkin. Tiap kali bercerita pada sahabat2, soalan pertama pastilah..program jemaah apa? Dan aku pasti tersenyum..ya ukhti..di Ootai, aku tidak melihat mana2 jamaah, tapi aku melihat sebuah payung yang bernama dakwah islamiyah, ini yang akan aku pasakkan pada generasi2 baru ini,dan anak2 ku nanti akan aku ajarkan..erti ' rabithah dakwah'..My journey to an origin, brings me to my original destiny!

Komen bingkisaNurani :
Bukan Ootai yer sahabat-sahabat, nama kampung tu, Kampung Kotai a.k.a Kuntai :)
Tok Batin Sulaiman?? ha3, lawak la K.Nur ni.. ^^


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PENGALAMAN SAHABAT KEDUA :
S
audara Wan Amir Zal (http://waamirzal.blogspot.com/)

Ekspedisi ke kampung Orang Asli

17 Oktober 2009. Saya telah menyertai ekspedisi ke kampung Orang Asli Kuntai di Perak. Tujuan ekspedisi ialah mengurangkan masalah buta huruf serta menyampaikan keperluan asas yang tidak dinikmati oleh Orang Asli pedalaman di negeri ini. Ini kali pertama saya berkesempatan memasuki kampung Orang Asli di kawasan pedalaman yang mana sebelum ini saya hanya memfokuskan pada Orang Asli kawasan bandar dan pinggir bandar.


Dalam kesempatan ini, saya berpeluang untuk mengenal pasti beberapa masalah yang sering melanda masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman. Di antaranya ialah keciciran pendidikan, ketidaksampaian kemudahan asas seperti elektrik dan air serta manipulasi golongan tertentu golongan Orang Asli dalam mencari sumber hasil hutan. Dalam kesempatan yang singkat ini juga, saya berkesempatan mendalami adat Orang Asli Temiar (sebutan dari lidah suku ini ialah Temeyr) serta mempelajari bahasa mereka.


Kami memulakan ekspedisi ini pada jam 1430, dalam perjalanan ini saya sempat mencatatkan secara teliti berkenaan kampung-kampung Orang Asli yang kami temui sepanjang perjalanan ini. Dicatatkan bahawa lapan belas (18) keseluruhan kampung Orang Asli yang ditemui. Kesemua kampung ini didiami oleh Orang Asli suku Temiar. Jam 1455, ekspedisi mula memasuki jalan kecil untuk ke kampung Orang Asli, bermula dengan jalan merah dan berbatu-batu kasar.


Perjalanan ini berakhir pada 1718 yang memakan masa selama hampir tiga (3) jam melalui jalan tanah merah, berbatu kasar, berselut, berlubang dan sebagainya. Jaraknya dianggarkan sejauh 40 km dari jalan utama. Jarak 40 km dan tempoh masa tiga jam perjalanan dengan keadaan seperti ini tidak semudah berbanding dengan jalan-jalan yang di tar sempurna. Lebih-lebih lagi saya ‘menumpang’ sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tidak seselesa bas eksekutif. Dalam tentera kenderaan tersebut dikenali sebagai “trak anak ba*#” atau nama sebenarnya ialah Steyr Daimler Puch buatan Austria.


Akhirnya pada jam 1718 ekspedisi telah tiba di destinasi yang dituju iaitu kampung Orang Asli Kuntai Sungai Siput Perak. Ketibaan kami disambut baik oleh Orang Asli kampung tersebut, ketibaan ekspedisi seperti kami tidak asing bagi mereka malah kedatangan ekspedisi seperti ini sentiasa ditunggu-tunggu mereka.


Di antara aktiviti pertama yang kami jalankan ialah menyediakan makan malam untuk mereka. Menu kami pada malam tersebut ialah nasi, gulai ayam, ikan dan sayur. Pada mulanya, saya menjangkakan ia kurang dapat menarik minat dan penyertaan Orang Asli tempatan untuk menikmati makan malam bersama kami. Jangkaan tersebut saya buat berdasarkan pengalaman saya bersama dengan Orang Asli pinggir bandar dan bandar.


Namun ternyata jangkaan saya sama sekali silap. Semasa kami sedang menyediakan makan, kami dikerumuni oleh Orang Asli untuk melihat secara dekat apa yang kami lakukan. Sebaik sahaja makan sudah masak, kami mula memanggil mereka dan saya sempat mencatatkan ayat yang digunakan untuk memanggil mereka.... “Mado chak raya! (Mari makan besar!)” atau “Mado chak chanak! (Mari makan nasi)”.


Dalam masa tidak sampai lima minit, pondok yang dibina dalam ekspedisi sebelum ini telah dipenuhi oleh Orang Asli tempatan! Saya rasa agak terkejut dan teruja, ini kali pertama saya melihat sambutan yang memberangsangkan oleh Orang Asli. Dalam fikiran saya timbul beberapa persoalan, di antara persoalan tersebut ialah ‘kenapa mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan makan malam mereka?’.


Saya cuba mendapatkan jawapan tersebut melalui bertanyakan individu yang telah tiga tahun terlibat dengan ekspedisi seperti itu. Tidak lain dan tidak bukan disebabkan masalah kemiskinan serta kesukaran mereka untuk mendapatkan makanan yang lain dari rutin mereka iaitu nasi. Saya dimaklumkan bahawa makanan rutin mereka hanyalah ubi kayu, tebu dan beberapa makanan lain yang setaraf dengannya.


Nasi merupakan makan mewah bagi Orang Asli tempatan, sehinggakan saya dinyatakan bahawa mereka sanggup makan kerak nasi yang sudah pasti tidak selera orang seperti kita memakannya. Saya juga tidak sangka kanak-kanak kecil dapat menghabiskan nasi yang saya kira ia adalah sukatan untuk orang dewasa. Banyak perkara yang bermain-main dalam fikiran. Sekali-skala kedengaran mereka bersuara, ‘tabel chanak, chanak tabel’ (tambah nasi) atau ‘tabel ayam, ayam tabel’ (tambah ayam).


Peristiwa seperti ini telah menginsafkan saya, masih ramai golongan yang tidak bertuah sebagaimana kita, masih ada golongan yang tidak sesenang kita. Bagi kita, tidak salah kita membuang makanan yang tidak habis dimakan. Sedangkan terdapat golongan yang sangat berkira untuk membuang makanan jika tidak habis, malah tiada masalah pembaziran berlaku dalam kalangan mereka.


Oleh itu, patut kita bersyukur serta mengelakkan masalah pembaziran dalam hidup kita terutamanya pembaziran makanan. Kita juga patut berusaha untuk memastikan golongan yang tidak bernasib baik ini memperoleh makanan sebagaimana mana kita. Oleh itu, ringankanlah tangan kita untuk bersedekah. Dari sinilah keyakinan saya kepada Islam bertambah, Islam sangat serius menyeimbangkan kehidupan di antara manusia melalui pelbagai cara termasuklah memperbanyakkan sedekah. Oleh itu, marilah kita perbanyakan sedekah.


Pada waktu malamnya, saya berkesempatan untuk berbual-bual dengan tok batin atau penghulu di rumah beliau (saya memperoleh pengetahuan yang baru, tidak semua Orang Asli menggelarkan pemimpin mereka sebagai Tok Batin, terdapat juga Orang Asli menggelarkan pemimpin mereka sebagai penghulu).


Banyak isu yang saya bincangkan terutamanya masalah keciciran pendidikan dalam kalangan Orang Asli tempatan. Hanya lima orang anak Orang Asli yang mengikut sistem pendidikan formal negara, itupun mereka terpaksa tinggal di asrama yang disediakan di sekolah yang terletak di Pos Legap (hampir 20 km dari kampung Kuntai). Jarak 20 km dengan mengambil kira jalan merah, berbatu, berlubang dan berbukit, tidak sama dengan jarak 20 km jalan bertar. Masalah pengangkutan menjadi masalah utama, ia menjadi masalah Orang Asli untuk terlibat dengan pendidikan.


Namun, dari sudut yang lain, saya sempat berbual-bual dengan kanak-kanak Orang Asli dan bertanyakan masalah pendidikan. Memang masalah jarak dan pengangkutan menjadikan masalah utama. Namun, tidak dinafikan juga faktor dalaman juga mempengaruhi yang mana kanak-kanak kurang berminat untuk ke sekolah.


Pengajaran yang boleh saya ambil ialah, sebagai masyarakat arus perdana, kemudahan yang kita peroleh sepatutnya digunakan semaksimum yang mungkin bagi meningkatkan kemampuan kita dalam pendidikan, bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan semestinya kembali berbakti untuk masyarakat.


Dalam kesempatan yang lain, saya telah diajak oleh penghulu untuk melawat sekitar kampung Kuntai. Tempat yang pertama saya pergi ialah ladang padi bukit Orang Asli tempatan. Mereka perlu tunggu satu tahun sekali untuk menikmati hasil padi mereka iaitu di antara bulan Februari atau Mac. Saya dimaklumkan bahawa padi bukit berbeza rasanya dengan padi biasa iaitu lebih wangi baunya.


Saya kagum dengan kekuatan fizikal Batin atau Penghulu, beliau dengan senangnya memanjat bukit-bukit yang tinggi. Sebaliknya saya, tercungap-cungap memanjatnya. Jelas sekali stamina saya telah menurun setelah sekian lama meninggalkan dunia PALAPES dan silat serta karate do. Saya berazam untuk memperbaiki keadaan ini pada masa hadapan.


Saya sempat berkongsi maklumat dengan batin atau penghulu dalam banyak perkara termasuklah berkenaan budaya, adat, nilai dan sebagainya. Saya dapat simpulkan bahawa, adat budaya mereka telah banyak mengalami perubahan. Adat budaya mereka juga sudah semakin dilupakan oleh Orang Asli sendiri.


Kesimpulan yang boleh saya buat dari ekspedisi ini ialah, setiap masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan masyarakat lain turut mempunyai kesenangan, sebagaimana yang dinikmati kita. Dalam masa yang sama, ia mengajar saya agar kita sentiasa bersyukur dan tidak mengkufuri nikmat yang dianugerahkan ALLAH melalui pembaziran yang sering lakukan terutamanya dalam aspek makanan.


Saya juga menekankan bahawa kita mempunyai tanggungjawab bagi memastikan golongan lain mendapat peluang untuk meningkatkan pendidikan yang sempurna. Bayangkan kehidupan Orang Asli sepuluh tahun yang akan datang sekiranya mereka masih lagi buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Sebagai seorang Muslim, saya sedar tanggung jawab ini pasti akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT kelak.

Komen bingkisaNurani :
Na'am, tanggungjawab pada individu lain akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala pada kita semua T_T ~Moga usaha kita yang sedikit ini akan dipermudahkan Allah. Moga kita berISTIQAMAH! Insyaallah Ta'ala :)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini pula 'cerita pendek', adik seperjuangan ana yang yang boleh dikategorikan sebagai 'otai' aktivis dakwah ke Kampung Orang Asli di Kuala Mu, Kotai, Beswok dan lain-lain kampung. Kami kira macam 'geng' la :) Cuma berlainan kampus, dia di IPTB :)

PENGALAMAN SAHABAT KETIGA :
Adik Anis Zakaria (http://bintzakaria.blogspot.com/)

.. cahaya di Kotai a.k.a Raudhah...

suatu ketika di Masjidilharam, Makkah Al-Mukarramah....bahuku terlanggar seseorang.. aduh,,sakit juga... aku memandang nya tanpa dendam,,biasalah 2..ketika ramai2 begini,,pelanggaran itu satu perkara yg biasa..bersama-samanya ada 2 lagi wanita..sanak saudaranya mungkin.....

" maaf nak,,mak cik x sengaja..maaf2.."

"eh xpe2..biasalah 2,,tengah ramai2 mcm ni..mak cik dari Malaysia..?dari mana ye?"

"dari Kuala Mu..ni saudara mak cik..dari kotai..yg ini, dari beaswok...kami datang dengan rombongan..ketuanya Pak Hadu dan anaknya.."

" subhanALLAH..Alhamdulillah.."


ini imaginasi saya sejak mendengar ucapan khitam oleh amir kami, sdra Fuad..impian abg nuar juga kata beliau..ia seakan2 hidup dalam imaginasi saya sehingga kini...saya membayangkan suasana itu..Indahnya.. :)

tersirat indah impian itu dalam hati ini,,bukan impian,,tapi cita2 dan matlamat..
bukan milik saya seorang,,saya yakin saya berkongsi impian ini dengan ramai orang.....

alhamdulillah,,punya kesempatan juga saya untuk mengupdate blog kesayangan saya ini..rindu sungguh.. jutaan terima kasih saya ucapkan pada yang sudi menziarahi saya di sini..komentar anda buat saya bersemangat..saya sudah semakin jelas dengan tujuan saya menubuhkan blog ini..terngiang2 kata2 semangat dari seorang sahabat : JOM JADI TEKNO-DA'EI!!!! :)

saya baru pulang dari Trip Ziarah dan Dakwah Orang2 Asli di Sungai Siput, Perak..rindu sungguh pada tempat ini memandangkan sudah 7 bulan saya tidak berkesempatan menziarahinya..rezeki tidak menyebelahi saya,,dan kali ini,,Alhamdulillah,,Allah mengizinkan saya...walau trip kali ini bukan ke destinasi kegemaran, Kuala Mu,,namun ke mana2 sahaja,,saya rasakan ianya tidaklah terlalu banyak beza..dek kerana kami tahu matlamatnya yg satu yakni menyebar luaskan lagi Islam di kalangan2 org Asli ini..mereka sangat terpinggir..Alhamdulillah,,wujudnya ramai golongan2 sedar yg ingin masuk menemui mereka,,mengajarkan Islam buat mereka..ada yg menerima,,namun x kurang yang menolak kerana ianya bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka..hidayah itu milikNya..yg penting,,kita sudah berusaha melunaskan satu tanggungjawab dan menjadi bekal kita untuk menjawab persoalan tanggungjawab di hadapan Allah Taala nanti..InsyaAllah...

" maka berilah peringatan. kerana sesungguhnya engkau ( Muhammad ) hanyalah pemberi peringatan. Engkau bukanlah orang yg berkuasa ke atas mereka. kecuali (jika ada) orang yg berpaling dan kafir. maka Allah mengazabnya dengan azab yg besar. sungguh,kepada Kami lah mereka kembali. kemudian sesungguhnya ( kewajipan ) Kami lah membuat perhitungan ke atas mereka."
~ Al-Ghasyiah: 21-26 ~

perjalanan kali ini ke kampung Kotai..saya senang menggelarkannya sebagai Raudhah,,kerana cantiknya sungai kecil yg mengalir antara 2 jalan di kampung itu..cantik..:)

dengan pimpinan sdra Fuad sebagai amir,,kami memulakan perjalanan dari felda Lasah lebih kurang jam 2.30 petang..jalannya tidaklah seteruk dahulu..jambatannya yang 7 bulan dulu masih dalam pembinaan sudah siap sepenuhnya..memudahkan perjalanan mereka untuk keluar mencari keperluan di pekan..namun,,jalan kami masih lagi mencabar seperti dulu..saya masih merasainya tatkala pajero cg hasyim yg saya naiki terpaksa menempuh lubang2 yg agak dalam di sepanjang perjalanan..indah saat itu,,biarpun kadang kala agak mengecutkan perut saya..huhu

sesampainya di Kampung Kotai,,saya sempat menikmat pemandangan indahnya sebelum mesyuarat diadakan..pembahagian tugas dijalankan dengan tujuan agar segalanya berjalankan dengan sistematik dan terancang...saya??memasak...eish,,xpernah pula mendapat tugasan ini sepanjang beberapa kali mengikuti trip ini..aduh,,biasanya muslimin yg kena masak..kali ni muslimat ye..?setakat masak kecik2 utk 4 org makan 2 boleh le...nasib baik ada k.nadirah..chef de mission kita..saya sekadar membantu sahaja... :)

makan malam kami atau dipanggik "cak raya" dalam bhasa org asli kami meriah malam itu..tatkala bacaan doa makan yg diketuai oleh cikgu hasyim diikuti dengan penuh semangat oleh mereka,,saya sebak..dulu,,suasananya bukan seperti ini..mereka hanya tahu syahadah..tapi sekarang,,sedikit demi sedikit nilai2 islam itu wujud dalam diri mereka..mereka sudah ingin mengikut kami solat,,sudah ingin bertudung..cantik... :) cahaya islam itu sudah mula memancar sedikit demi sedikit...SubhanaLLAH...saya kagum dengan semangat dan usaha mereka2 yg istiqamah dan komited menyebarkan dakwah di kalangan orang asli ini..sungguh,,saya sangat kagum!!

mereka menikmati jamuan malam itu dengan sangat gembira..sangat menikmatinya...maklum sahaja,makanan harian mereka hanyalah ubi rebus dan makanan2 yg mudah diperoleh di hutan..sekali lagi saya sebak..tatkala kerak nasi yg tidak sanggup saya telan itu menjadi rebutan mereka..tidak sanggup menyaksikan semua itu rasanya namun itulah realiti..mereka sangat menikmatinya..astaghfirullah,,di saat ini,,saya terkenangkan pembaziran2 yg telah saya lakukan di luar sana...ampunkan saya Ya Allah.. :(

trip kali ini,,saya kurang terlibat untuk menziarahi rumah2 mereka seperti sebelum ini...kebanyakan masa saya dihabiskan dengan memasak..namun saya tak kesah..saya senang.. :) andai Asma' Abu Bakar membantu perjuangan Rasulullah dengan makanan,,saya juga ingin begitu..membantu perjuangan mereka dengan makanan..biarpun dalam serba kekurangan..melihat mereka makan dengan penuh selera buat saya senang..saya gembira mengagihkan makanan buat mereka...sungguh,,pengalaman ini tak akan saya lupa....

esoknya,,18 Oktober 2009,,kami bertolak pulang..izinkan saya membetulkan statement ini,,kami bukan bersiap untuk pulang..tapi kami bersiap untuk datang lagi!!

terima kasih buat seluruh aktivis islam yg bersama2 sepanjang trip ini..semoga Allah mengganjarkan usaha yg sedikit ini..Aminn........

Komen bingkisaNurani:
Kami bersiap untuk datang lagi! tunggu yer adik-adik Kuala Mu, Kotai, Beswok & lain2! 'makcik ira' n makcik anis akan terjah lagi v(^_^)v

Ha! mana pula laporan dari ana?
Kali ini, ana hanya membaca nukilan sahabat-sahabat.
Susah untuk menggambarkan perasaan selama mengikuti ekspedisi dakwah ini
(cakap la memang malas nak tulis, alasan
final exam konon ^^!).
Konklusi ringkas, sepanjang dua tahun bersama para aktivis, jangan pernah berputus asa dan teruskan gerak kerja islam! ^_^ ^_^ ^_^



K.A.N.G.E.N-B.A.N.G.A.T-S.A.M.A-D.E.P.A ^^
K.E.T.E.M.U - L.A.G.I - Y.A !!!!

5 comments:

  1. juling mata ana nak baca semua nih..makin tebal la spek ana nnti..panjang gle ulasan diorg.semangat betul bercerita..terharu pon ade.

    ReplyDelete
  2. Nampak sekali beza tulisan lelaki dan wanita :)
    Abg pernah juga sekali ke perkampungan orang asli. Tak ingat dah nama tempat tu, tapi di sempadan Selangor/Perak. Mungkin kategori pinggir bandar.

    ReplyDelete
  3. to luqman:
    best baca ulasan depa..x jemu2 ana membacanya..hu3

    to H:
    abg Hanief kan? laki prmpuan mmg berbeza tulisan :)
    oo, g kg org asli jugak..len kali ajak kakcik sekali :)

    ReplyDelete
  4. hmm..bukan ape, tulisannye kecik2 n rapat2.tu yg pening baca ulasan depa.

    ReplyDelete
  5. kecik2 n rapat2? hu3.. :)
    ana suka baca kecik2..he3..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails