Ni kes mengada, ada episod la konon, macam la ada orang baca ;p
Episod 1 (klik disini)
Episod 2 (klik disini)
Episod 3 (klik disini)
Alhamdulillah, الحمد لله, all praises to Allah, kini telah genap 2 purnama penuh saya menjadi sebahagian warga SMK SKI. Makin serasi <--- perasan nampaknya :)
Sewaktu mula melangkah ke sini, tahap kepercayaan kepada diri-sendiri adalah zero.
Mampukah aku mengajar sains?
Kena mengajar budak india sekali ker?
Kalau mengajar sekolah menengah, depa buli cikgu tak?
Aku cikgu baru, perempuan, kalau pelajar lelaki nak tunjuk samseng camne?
dan, banyak lagi persoalan yang menghantui diri -_-!
Tapi, itu dulu. Alhamdulillah, kini tahap kepercayaan diri sendiri naik kepada 30% (sikit nya ^^!). Saya masih merangkak. Perlukan bimbingan untuk bertatih, berjalan, berlari seterusnya terbang untuk menggapai misi saya. Impian saya disini kini untuk menjadi guru sains yang cemerlang. Insyaallah. Saya yakin, dimana ada kemahuan, disitu ada highway. Highway? Ni kes anak murid yang ajar kat "cikgu dia". Ish3
Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P), saya akan pastikan terlebih dahulu mereka membaca du'a. Saya mahu mereka biasa membasahi lidah dengan mengingati Allah. Kerana majlis ilmu dipenuhi dengan para malaikat, jadi saya mahu kelas saya diberkati, mudah-mudahan anak murid senang memahami apa yang dipelajari. Allahumma amen.
Sains. Subjek yang saya takuti dolu-dolu. Alhamdulillah, kini saya semakin yakin mengajarnya. Penggunaan LCD, OHP, microphone dan barang-barang eksperimen menjadi kekuatan pengajaran saya. Cuma perlu manthopkan ilmu, saya masih baru dalam bidang ini.
Bercerita tentang ujian 1 baru-baru ini, waktu ulangkaji iaitu lebih kurang satu jam sebelum ujian, saya mengingatkan anak murid untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Masa inilah kamu nak buat latihan dan ingat kembali apa yang yang telah dipelajari.
"Masa itu emas" sampuk seorang anak muridku.
"Bukan, masa itu pedang!" tegasku.
Anak muridku ternganga kehairanan.
"Masa itu pedang, jika kamu tidak memotongnya, pedang itu yang akan memotong kamu!" terangku memberi penjelasan.
"Wah, pandailah cikgu buat pantun" sambut anak muridku.
Kasihan mereka, mereka masih tidak mengerti maksud sebenar pepatah arab tersebut, MASA ITU PEDANG! kalau masa itu emas, kita masih boleh beli masa, tapi masa tidak boleh dibeli! fikir-fikirlah :)
What is the purpose of the saliva in the mouth?Macam-macam jawapan! Antara yang saya ingat, ada yang jawab:
Apakah kegunaan air liur didalam mulut?
1- Untuk pernafasan
2- Untuk memudahkan kita bercakap
3- Untuk merasa samada masam, masin dan manis
4- Untuk menghilangkan bau busuk mulut
5- Untuk keluarkan asid
6- Untuk membasuh mulut
7- Untuk mencuci lidah
8- Supaya tekak tak kering
7- Air liur adalah masin, manis, masam
8- yang jawab I DON'T KNOW pun ada!
Mak aiii, saya tak pernah ajar air liur ada rasa. Yang saya ajar, lidah mempunyai tunas rasa yang berlainan. Sejak bila pula air liur untuk bercakap dan bernafas? Kalau tiada air liur agak-agaknya mulut kita busuk ker?
Ha, saya bagi para pembaca blog untuk menjawab soalan ujian tersebut, senang bangat, ni soalan sains tingkatan 2, ingat lagi tak kita belajar zaman dolu-dolu? hohoho..
air liur ade enzim,so ia bertindakbalas makanan yang mengandungi kanji/karbohidrat....iye tak cikgu?hehe
ReplyDeletecuba lagi! hohoho, tq coz berani mencuba :)
ReplyDeletehuhu salah eh....ni ade beberape jawapan lagi...
ReplyDelete1)Meneutralkan kadar alkali yang terkandung dalam makanan dan minuman yang kita minum/makan.
2)Membuat lidah dapat merasakan makanan dan minuman, kerana air liur berfungsi memecah makanan.
3)Membuat makanan dapat lebih mudah dicerna.
4)Mempermudah proses menelan, kerana air liur berfungsi mengurai makanan.
5)Mencegah kekeringan pada lapisan mulut.
6)Membersihkan gigi dari makanan dan bakteria yang melekat.
7)Kandungan Fosforus dan Kalsium pada air liur membantu perbaikan dan pertumbuhan enamel gigi.
8)Membunuh dan menghancurkan pertumbuhan cendawan tertentu yang boleh menggangu kesihatan gigi dan mulut.
wah, banyaknya jawapan akak! bravo! bravo!
ReplyDeletejawapan sebenarnye adalah to dissolve chemical substances in the food (untuk melarutkan bahan kimia didalam makanan)
simple je kan? :)
Anak mak berpotensi jd guru yg cemerlang! Cuma kdg2 jgn trlau emotional..jd cikgu ni kena lebih rational..Sntiasa pamerkn kpd anak murid kita yakin apa yang kita buat...cgu tdk trgugat dgn karenah mereka..."We have nothing to lose but a lot to gain from them". Teruskan usaha... Smoga usahamu diberkati Allah..
ReplyDeletetq my beloved mother. You are my inspiration :)
ReplyDeleteyup, be rational although in a hard time, tq for remain me :) luv u!
semoga usaha anakmu ini diredhai n diberkati olehNya. amen :)