Followers

Wednesday, September 05, 2012

Senarai Keperluan baby Al-Hafizah :)

Salam wbt.

Al-Hafizah (AH) kini dah masuk 33 minggu dengan kata lain 35minggu. Haha, macamana ada dua umur ni. Al-kisahnya, klinik kerajaan kata 35minggu, maksudnya dijangka bersalin 10/10. Klinik pakar pula kata 33 minggu dan dijangka 24/10.

Hati kuat mengatakan Klinik pakar yang betul sebab diskrin ultrasound dia canggih, berwarna-warni siap keluar tarikh dijangka bersalin. Mungkin saya tersilap bagi tarikh yang penting pada klinik kerajaan kot?

Apepun, 'ummi' tak kisah. Yang penting, Al-Hafizah selamat, sihat dan normal apabila bersalin nanti. Yang kedua penting, Al-Hafizah cute (uwekkks) macam ummi dia & bijak macam abi dia ;p

Persiapan setakat ni alhamdulillah. Kami suami isteri ambil yang wajib dulu, sunat2 muakad insyaallah bila Al-Hafizah dah melihat dunia nanti k :)



Senarai barang Al-Hafizah:

1- Baju berlengan panjang
2- Baju berlengan pendek
3- Stokin/sarung tangan/topi
4- Lampin biasa/kain
5- Lampin pakai buang/drypers
6- Selimut/bedung
7- Barut
8- Tuala besar
9- Tuala kecil
10- Sapu tangan
11- Baby bip (alas baju)
12- Tisu lembap/wipes
13- Pelapik getah (untuk tukar lampin)
14- Mosquito net
15- Set tilam+bantal
16- Bakul baju kotor
17- Bakul sampah kecil
18- Besen mandi
19- Set mandi (syampu, sabun badan, losyen, bedak)
20- Pam susu, bekas simpanan susu, beg pendingin, pek ais, botol susu & berus botol
21- Kebersihan & kesihatan (minyak telon, krim ruam lampin, putik kapas, tisu, sikat, pemotong kuku, termometer)

Kebanyakkan barang kat atas ni, saya dan Encik R beli di AEON Bukit Raja. Yerla, kedai depan mata (waktu berniaga masa ramadhan) ditambah promosi yang dibuat, masakan kami tak nak ambil peluang kan :)

Ni nak cerita sket pasal persiapan keseluruhan:

1- Persiapan barang Al-Hafizah yang nak bawa ke hospital dah siap 100%. Sebab kita tak bawa semua senarai kat atas, bawa yang penting untuk 2/3 hari je.

2- Persiapan ummi dia ni leceh sikit, hampir siap 70%, sebab lagi 30% tu banyak yang kita tengah guna, jadi tak boleh nak simpan siap2 dalam beg.

3- Set bersalin alhamdulillah dah tempah.

Guna produk shaklee. Dalam set bersalin tu ada Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin & Zink. Kiranya pil ni untuk penyembuhan luka, pengecutan rahim & sewaktu dengannya.

Untuk tungku, saya juga tempah diinternet. Saya pilih bantal panas dari Kedai bestari.

Untuk bengkung, mandian herba dan minyak urut pula, insyaallah sepupu saya sangat bermurah hati nak bagi yang dia punya.

Kepada para ibu sekalian, ada lagi tak barang-barang wajib yang saya tertinggal??? PLEASE HELP ME, saya budak baru belajar, sangat memerlukan bantuan pakar dari puan-puan sekelian. Sekian :)

**Insyaallah, gambar-gambar persiapan keseluruhan saya akan upload bila barang online semua dah sampai, wink-wink ;)**

-------------------------------

komen dari fb&blog setakat jam 8:54pm, 5/9/12

1)Kak raja - buah tamar & air zam-zam
2)Asma' - breast pump & milk storage
3)K.Syidah - baby bip, bakul sampah kecil, tisu, termometer, botol susu & berus botol.

7 comments:

  1. ni atr brg yg agk penting juga utk baby : baby bip, bakul baju kotor, bakul sampah kecil, tisu, sikat, termometer (senang nk cek baby demam-ada jual kt farmasi), botol susu (just incase klu nk pam susu & bg melalui botol) & berus botol.

    besen mandi blh pinjam irin punya.

    utk beg ummi ke hospital, atr yg penting : buku merah, i/c, henfon, baju, kain batik, stokin tebal, selipar, maternity pad, sweater, beg plastik, minyak angin, makanan (roti, susu, air zam-zam, kismis, kurma - juga utk tahnik baby slps lahir) & kamera!

    keperluan lain - breast pad sbb kdg2 susu akn sntiasa keluar smpai basah baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, tq sis..

      baby bip tu camne?
      beg ummi tu semua dah siap kecuali makanan tu...
      minyak angin tu apa2 jenama ker?

      Delete
  2. ala, bip yg ltk kt dada baby tu, alas klu susu tumpah, muntah, xla baju cpt kotor.. makanan tu just standby sbb sblm bersalin mkn dulu bg ada tenaga, then lps brsalin plak mmg sgt lapar & haus, so sng klu ada roti & milo..minyak angin tu x kisah la, ibu mngandung kn salu sengal2, sakit pinggang etc, kot2 la brguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, tq.. minyak angin tu ko selalu guna jenama apa yg berkesan?

      Delete
  3. bagus nad...wat preparation awal2...nak order shaklee...bole order dr sy yer..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak bila awk jadi pengedar shaklee? dpt diskaun x? hehe

      Delete
  4. bkn sy pengedar..kakak sy pengedar...da lame dah...die pn gune shaklee jgk...kalu awk nk...bole order dr die...hehe

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails