Followers

Thursday, December 04, 2008

::: SALAM 'EIDUL ADHA :::


Bismillahirrahmanirrahim. Salam wbt..Syukran wa jazakumullah khu khairan kathira cz visit my blog..Alhamdulillah, hari isnin ni 9 Zulhijjah 1429 bersamaan 8 Disember 2008, umat islam bakal menyambut satu lagi perayaan besar iaitu Hari Raya Aidildha.


Aidiladha juga diberi gelaran sebagai Hari Raya Haji kerana ianya diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadat yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima iaitu ibadat Haji. Di samping itu Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana di antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri didalam rangka beribadat kepada ALLAH S.W.T..

Ibadat korban ini adalah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat akan perintah ALLAH S.W.T... Namun begitu berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini kepada kehendak ALLAH S.W.T. maka ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya itu, ALLAH gantikannya dengan seekor kibas.

Jadi, sempena Hari Raya yang bakal menjelma ni, ana ingin menghulurkan sejuta kemaafan kepada antum semua. Afwan jiddan if slama ni ade sebarang kekhilafan either sengaja/x. Insyaallah esok (5 Disember) hingga 11 Disember ana akan pulang ke Yan, Kedah. Doakan perjalanan kami sekeluarga pergi n pulang dengan selamat. Syukran 'ala kulli hal wa barakallahufiQ. Minal 'Aidil Wal Faizin :)

Salam Perjuangan,
Nadirah Ahmad Azam

2 comments:

  1. Salam Eidul Adha buat smua.. afwan jiddan cz lama x on9.. syukran cz sudi jenguk teratak bingkisaNurani ni..

    barakallahufiQ

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails