“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan“
Salam sya'aban kepada semua sahabat yang sudi berkunjung ke teratak ana ni :) Dikesempatan bulan yang mulia ini, marilah sama-sama melipatgandakan amalan kita semua. Dan yang paling didambakan untuk bersua dengan Ramadhan kareem yang akan kita jejaki beberapa hari lagi. Insyaallah :)
Sedikit bingkisanku..
* Bercadang ingin menukar 'TEMPLATE' blog ni..
* Minggu ni sibuk menguruskan karnival untuk Konsert Antara Dunia 09' (KAD 09'). Tiket boleh didapati dari ana :)
* Sangat malas untuk membuka Friendster. Tapi Facebook sedikit rajin. Yang lain, terus ana 'DELETE ACCOUNT' sebab rasa macam tak perlu dan membuang masa. Siapa setuju??
* Di UPM, sangat sedikit masa untuk berehat. Pernah hampir mesyuarat 2 minggu berturut-turut untuk agenda yang berbeza-beza. Dah jadi pelajar tahun akhir ana ni rupanya.
* UPM dilanda H1N1. Kuarantin!
* Ana sekarang mengajar Matematik Tambahan setiap hari khamis malam di Kuang
* Sejak kebelakangan ini, ana suka dengar lagu Amrullah munsyeed Muadz. Semangat perjuangan meruap-ruap. Allah Akbar! Juga lagu Hijrah :)
Sebanyak bingkisan..
Tika ini, ana berada di rumah. Berikutan, UPM Serdang telah dilanda Ifluenza H1N1! Jadi, kami diberi cuti seminggu, iaitu 2 minggu lebih awal dari cuti sebenar iaitu pada bulan ogos nanti. Selepas kami balik semula ke UPM nanti, ana takut H1N1 ni tak reda walau diberi cuti dan wabak ini akan merebak dengan lebih teruk. Apa yang ana dengar dari teman sebilik, ada sahabat yang telah meninggal disebabkan penularan ni. Tapi, ana tak pasti samada berita tersebut betul atau tidak. Tapi apa yang pasti, 4 orang warga UPM telah dijangkiti wabak ini. Hari isnin lepas, lebih kurang 800 mahasiswa demam dan pergi ke Pusat Kesihatan UPM (PKUPM). Itu belum termasuk dengan mereka yang tidak melaporkan pada PK. Apakah ini satu ujian yang diturukan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya? Ana yakin, pasti ada sebab musababnya kenapa semua ini berlaku.
Insafi, renungi, realiti diri T_T
***********************************************
Ok, dikesempatan ini juga, ana nak war-warkan satu konsert yang agak besar kerana melibatkan pelbagai artis. Konsert ini yang dinamakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 merupakan cetusan idea dari Ahli Jawatankuasa Konsert GAMIS dan Rabbani Productions Sdn Bhd. Julung - julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.
KONSERT ANTARA DUNIA
Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah
Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam
Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam
Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)&
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd
Dengan Kerjasama :
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan &
Majlis Bandaraya Shah Alam
Harga Tiket
Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100
* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.
* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.
Maklumat lanjut: http://gamisconcert.blogspot.com/
************************************************
Juga,
GERAI INTEAM DI PESTA BUKU SELANGOR
bingkisaNurani:
Dapatkan tiket KONSERT ANTARA DUNIA 09' dari ana :)
Read More :D
Followers
Wednesday, July 29, 2009
Wednesday, July 22, 2009
bingkisan hatiku ^_~
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, diri ini masih diberi ruang dan peluang untuk bermadah bicara di blog kesayangan ini :)
More than 2 weeks berada dimedan jihad. Na'am, kurang dari setahun je lagi ana disini, UPM. Mmg x terasa. Rasa bru smalam daftar masuk :p hurm..tenet kan sini very slow, I dont know why, maybe bcoz of wireless..so, it very hard for me to update the blog n etc..nak power, kne g fac or lib.. *_* YM plak, ana slalu I'M MOBILE jer :p itu maksudnyer ana x sempat nak on9 sokmo..
Diz sem
I only have 3 days class per week! yaumul isnain, sulasa' wa yaumu robi'. Ramai sungguh kawan2 ku yg jeles -_- tapi amanah bukan stakat tiga hari itu saja..sem ni, tanggungjawab ana lebih berat than previous sem. Tapi amanah yg ditaklifkan itu mnjadikan diri ini matang n lebih dekat pada Sang Pencinta :) Bukan senang mnjadi pejuang, hanya pejuang yg benar2 pejuang saja dapat menangkisnya! Think about it..
Diz sem too
BBA2402 :BAHASA ARAB II (pasni cakap arab la..best sket)
KOM3403 :PENGUCAPAN AWAM (pasni pandai la ber'cakap')
MTH3104 :KAEDAH MATEMATIK (ana suka subject ni!)
MTH3302 :ANALISIS KOMPLEKS (mmg kompleks..hu3)
MTH3602 :PENGATURCARAAN BERMATEMATIK (best33)
MTH4999A :PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
All above are list of all my subject :) *.*
I have final year project, MTH 4999 A. Wah3, kne buat ala2 tesis gitu..adoi, ana ni bukan nyer pandai sgt but u can do if u belief u can! figting33!!
Last 2 week
Kecoh di UPM, isu Kristianisasi..memang serius! golongan kristian berani saja utk menceroboh kolej 10, 11 n KTP. Mereka membuat soal selidik tentang agama depa..dalam masa yg sama meracuni penghuni kolej tersebut.. Lastly, golongan tersebut (warga Hong Kong + beberapa Malaysian) ditangkap polis..Pihak BHEP + SKK + PMIUPM sedang berkerja keras menangani isu ni..teringat Prof Madya Dr Mat Rofa. Ana g opis dia, then dia habaq kata haritu dia sakit di Hospital Serdang, tetiba ada satu golongan ni bagi buah epal n tulis 'may jesus save you'..hamboi2, suka ati depa je nak sebarkan kristian kat hospital plak..My prof tell me to make a report to BHEP..n I tell my friend (she is MPPUPM) to settle down the problem.
Dan aritu, ade sorang amoi ni datang my room.
"Bilik ni ada muslim x?"
"I'm Muslim"
"Oh, u muslim..xpe, u amek jer pamplet ni"
dia pun beredar n 'attack' bilik lain
ana n k.arah(my lovely roomate) mmg terkezut! brani2 sungguh mereka nak sampaikan 'dakwah' pd kami yg muslim ni..antara topic dalam pamplet tu pasal jesus n len.
Skrang kat UPM, pak polisi berlegar-legar dari am to pm..rasa selamat sket ^^ tp prof ana kata, golongan kristian tersebut akn attack balik..macam2 *.*
Last week
I'm in netball intercollege. Wah2, kol 730 dah kne bersedia untuk training..mcm tentera plak rasa..kui3..after 5 hari 5 malam training, sabtu n ahad match sebenar..ana punyer team kebanyakan budak2 PJ. Depa mmg handal..berbeda sungguh dgn diri ini -.- depa jd coach ana..walaupun ana ni biasa2 je, tapi nak try men gak.. Ana mmg dari kecik men netball, my mother dulu pemain Selangor. "Al-'aqlu salim fi jismi salim". Moga satu hari nnti ana plak dapat jadi coach..ha3..
Malam ni..
Ana mengajar di Kuang..wah2, cikgu addmath. Adoi, takot plak tetiba..b4 ni, ngajar bdk tadika, kali ni berbeda kerna ajar bdk secondary school..nadirah, caiyok2! ana mmg minat math sejak dilahirkan.apepun, I will try my best :) please pray for me ^_^ cuak la plak ~_~
Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/
Read More :D
Friday, July 17, 2009
Usah Risau Akhawatku..
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Usah Risau Jika Belum Berpunya
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Usah Risau Jika Belum Berpunya
Artikel ini KHAS untuk muslimah diluar sana. Moga ia menjadi penawar dihati antunna :)
Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.
Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
Akhawatku,
"Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah."
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itulah tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."
bingkisaNurani:
Janji ALLAH itu pasti. Yakinlah :)
Read More :D
Sunday, July 12, 2009
TAG 6 ^_^
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Sudah seminggu ana berada di medan jihad UPM. Macam2 perkara bermain di benak ana kini. Tapi apa yang diutamakan, semangat unuk terus berjuang menegakkan deenul islam :) Thummal hamdulillah, ana mmpunyai ramai sahabat yg memahami. Thanx amirah, humairah n all my frens! Antum merupakan sumber kekuatan ana untuk meneruskan JIHAD fisabilillah. Moga kita sama2 istiQamah n tidak futhur disepanjang jalan dakwah ini. Allahuma Amen 33
Smalam ana berjalan-jalan disekitar Masjid Jamek. Tujuan utamanya adalah untuk mencari sponsor. Dalam erti kata lain, ana menolong sahabat2 kos Bahasa Arab. Depa nak buat lawatan sambil blajaq ker Amman, Jordan pada hujung tahun ni. Dalam misi lawatan tu, ana ditugaskan sebagai ajk tugas2 khas. Walaupun ana student math, tapi sebab pengarah tu merupakan pengerusi kerohanian inteam kolej 12 (KI-K12), ana, k.arah n k.izan dijemput skali join depa..wah2, happy tul den..
Tapi nak cari sponsor, bukan nyer mcm cari batu. Tapi, if xde rezki n x cukup sponsor, ana redha. Ana n sahabat2 hanya berusaha. Hasilnya kami serahkan pada Allah ta'ala. B4 sampai ke UPM, k.arah (my lovely roomate) telah menghadiahkan ku sepasang baju kaler pink..he3..n dia beli juga utk dia..jadi kembar kami jap..ha3..syukran sis!
Esok till 19 july, ana ade training n mathch netball. My favourite sport ni! Doakan kejayaan kolej ana! Tarbiyah jasadi ni :)
Sedikit perkembangan, ana kini sudah menjadi agen HPA. Jadi pada sesiapa nk beli produk terbaik kluaran HPA, leh dapatkan dari ana. Ana juga tlg my sister jual tshirt Amal Wafa'. Berminat? sila hubungi ana segera. Berminat utk dapatkan khidmat fasilitator? Ana kini berkhidmat di Zafran Management. Juga nak promte, KTI (Komuniti Teman Inteam) sedang menganjurkan Kempen Membaca. Sila layari www.inteam.com.my segera!
Ha, satu lagi..ana skrang dah beli rice cooker n helmet :p senang nak masak n rempit g class..opsss..'ustazah rock'..x la,
ustazah manthop :)
Ok, trus pada TAG. Diz TAG from my friends, ukhti Jamilah (http://muslimahsejati09.blogspot.com/)
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
* KeredhaanNya
2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
* Air kelapa :p
3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
* Baiti Jannati
4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
* Hubungan with?
5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
* Mengharap kasih sejati
Mendamba Redha Illahi
6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
* Dalam bilik sendiri..masak sendiri lg sedap :p
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
* Sejarah Perkembangan Islam by Ust Riduan Mohd Nor (if x silap)
8. Nama penuh anda?
* Nadirah Ahmad Azam - cari maksud nyer dlm surah al-qiyamah :)
9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
* Alwalidain
10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
* Siapakah dia??
11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
* All my fren :)
12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
* Exactly! jakgi nak p cuci la.. :p
13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
* Firdausi
14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
* shbt maya ana
* nama dia Jamilah
* kami x penah bjumpa
* dia lagi muda dari ana
* dia dah TAG ana 2 kali..
15. 8 perkara yang saya gilai..
* Badminton! suka tgk skill player malaysia
* Playing netball
* All about nasyeed. Listening to nasyeed!
* Reading, reading n reading
* Surf internet
* Counting - pantang nampak number :p
* Cooking ?? insyaallah
* I love kids
16. 8 buah buku yang paling baru di baca?
* Kalamullah
* Fiqh Wanita
* Panduan Usrah
* Sejarah Perkembangan Islam Abad Moden
* Tokoh-Tokoh Islam Abad Moden
* Tips Cemerlang
* Buku Kuliyyah..ha3..
* & others
17. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
* Jalanku Pulang by UNIC (insaf den)
* Allahurabbi by Inteam (last jumpe inteam time b.fair)
* Cinta Pertama by FE (baru jumpe a.fazli smalam2)
* Pupus by Firdaus (feat ngn Faizal Tahir-x Mirwana)
* Semalam by Mirwana (sungguh sedap sore Naim ni)
* Rona Cinta by Suhaimi (lunak sungguh sore dia)
* Bicara Hatiku by NICE (ok la..)
* Aku Rela by Algebra (solo dia bdk skola ana..btull ker??)
18. mari main TAG 8 orang lain.
* http://princesslavender88.blogspot.com/
* http://redgirlswajihah.blogspot.com/
* http://qudwahasanah.blogspot.com/
* http://ismi-naz.blogspot.com/
* http://qayyumnasyid.blogspot.com/
* http://tajdid-dakwah.blogspot.com/
* http://aizax.blogspot.com/
* http://goresancinta.multiply.com/
19.adkh kamu bersalam,cium tgn serta bg slm kpd ibu bapa kamu pabila ingin keluar ke mana2 atau nk msk tdooo????
* Na'am
Wallahua'alam
bingkisaNurani:
teruskan berjuang menegakkan agama Allah!
Read More :D
Saturday, July 04, 2009
PMIUPM DITINDAS?
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Komen ana:
Sedang ana melayari blog PMIUPM n Pro-M UPM, mata ana terkaku sebentar. Astagfirullah, kerja sapa ni? Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) ditindas. Dalang disebalik aksi2 ni dalam pemerhatian YANG MAHA BERKUASA.
Terfikir ana sebentar. Untuk melakukan kerja2 islam, cabaran n dugaannya sangat hebat. Untuk capai yg terbaik, kita terpaksa hadapi kesukaran yang tidak terjangka.
Teringat seerah nabawiyah dulu, tribulasi yang dihadapi oleh Rasulullah saw dan para sahabat adalah ujian yang sangat hebat. Mereka dicaci, dihina, dimusuhi waima didendami untuk dibunuh oleh pihak kuffar. Tetapi itu bukanlah penghalang, malah semangat mereka lebih berkobar-kobar untuk menegakkan panji-panji Allah.
Moga kita semua dapat mencontohi Qudwah hasanah yang ditunjukkan oleh Al-amen Rasulullah saw. Insyaallah. Selamat berjuang sahabat2ku :) Allah Akbar!
Komen pihak Pro-M UPM:
Mahasiswa semua, di bumi ini kita diajarkan dengan nilai-nilai agama, akhlak dan moral hatta menjadi seorang manusia yang bijaksana. Apakah budaya ini yang cuba untuk kita gambarkan kepada warga masyarakat ? Pihak Persatuan Mahasiswa Islam UPM, memohon maaf andai ada mengguris perasaan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dan melakukan kerja-kerja tidak bertanggungjawab ini. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Menghakimi.
More info :
http://pmiupmonline.blogspot.com/
http://promahasiswaupm.wordpress.com/
bingkisaNurani:
ISLAM pasti kan menang jua. Allah Akbar!
Read More :D
Friday, July 03, 2009
UKhuW@H :)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bertemu kembali :) Salam rejab utk smua. Selamat berpuasa :)
Actually xde idea nak tulis, tapi sahabat ana kata, awk ni suka menulis kan. Utk long term, rasa cam nak wat buku lak..angan2 dlm sedar..he8..hasrat itu dipendam kerna ana x la pandai menulis sgt. Sket2 blh la. Sebab tu asah penulisan dlm blog jerk..
K, back 2 topic..
Ukhuwah. Ya! Satu perkataan yang membawa 1001 maksud. Dalam bahasa arab, ada kalimat "ukhuwah" (Persaudaraan), ada kalimat "ikhwah" (saudara seketurunan) dan "ikhwan" (saudara bukan seketurunan). Pendek kata, ukhuwwah ni 'persaudaraan' :)
Bagaimana ukhuwah berlangsung, tidak lepas dari faktor penunjang. Faktor penunjang signifikan membentuk persaudaraan adalah persamaan. Semakin banyak persamaan, baik persamaan rasa mahupun persamaan cita-cita maka semakin kukuh ukhuwahnya. Ukhuwah itu cukup indah bila smuanya kerana Allah.
Untuk posting kali ni, ana sentuh bab ukhuwah ana n sahabat2. Sahabat2 seakrab. Alhamdulillah, stakat ni ana dkurniakan dgn sahabat2 yg cukup memahami diri ini yg dhoif. Syukran jiddan! Sedikit picisan kembara..
Bermulalah cerita, recently, ana dok kat Kolej Canselor, UPM iaitu my fren's college. Cadang singgap jap je tp die ajak tdoq sana. Ia berlarutan until 3 days! Saat ukhuwah bersemi bila smua barang dia jadi barang ana. Bagai tiada jurang antara kami. Ketawa, susah senang dihadapi bersama walaupun seketika. Bila berpisah kejap, rasa rindu memuncak. Bila berjumpa, syahdunya. Paling gembira, bila mereka mengajak kearah keredhaan tuhan.
Solat subuh disurau. Walaupun terpaksa lalu blog muslimin, itu bukan alasan utk tidak menunaikan solat jemaah! nak seribu daya, x nak seribu dalih yer. Ajak qiam, puasa sunat, solat sunat, mathurat, tazkirah, dhuha, wat keje gerakan islam n mores. Nampak cam remeh kan? tapi kita buat hari2 ker?? Tepuk dada, tanya iman T_T teringat zaman skola, smua benda tu wajib dibuat. Tapi bile dah masuk Matrix, Univ..x istiQamah. Begitulah insan kini. Sedeh bila x apply kat diri sendiri..
“Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Actually dah knal depa lama dah. Cuma x bersama. Bila dah bersua, persaudaraannya terlalu indah. Moga ukhuwwah yg dibina although 3 DAYS!, kekal buat selamnya n sebagai mauidzoh dalam diri..insyaallah :) Ya allah, diriku terlalu sayangkan mereka T_T
Oleh kerana itu sebagaimana dikatakan oleh rasul SAW, agar seluruh manusia itu menjadi saudara antara satu dengan yang lainnya, "Wakunu 'ibadallahi ikhwana." (Hadis Riwayat Bukhari)
Akhir kalam, semaikan lah ukhuwwah dengan sahabat2 anda. Pandai2 lah cari sahabat yer kawan2. Org kata (tp x taw la sape yg kata), kalo nak nilai peribadi seseorang itu, lihat pada teman nya. Jika soleh, maka baik lah peribadi tu dan begitu juga sebaliknya. Kullu 'amun wa antum bikhoir insyaallah..
Ikhwanul Muslim,
Langkah kalian penggerak jihad
Seruan kalian penggema syari'at
Sikap kalian ciri pemimpin sejati
Yang meninggikan Islam
Di atas Qur'an dan Sunnah
Akhwatush Sholihah
Doa kalian penyangga hati
Izzah kalian penyemangat jiwa
Sikap kalian ciri bidadari
Pendamping para mujahid
Di bawah cinta sang Robbi
Allahu Akbar...Allahu Akbar
Bangunlah wahai aktivis dakwah
Bulatkan tekad, satukan ukhuwah
Pembela umat, eratkan persaudaraan
Allahu Akbar...Allahu Akbar
Bangkitlah wahai aktivis dakwah
Nyalakan semangat, jangan pernah gentar
Hadapi segala rintangan, enyahkan kebathilan
Allahu Akbar...Allahu Akbar
Berjuanglah wahai aktivis dakwah
Jauhi maksiat, tumpas kedzaliman
Penerus perjuangan para tentara Alloh
Allahu Akbar...Allahu Akbar
Bergeraklah wahai aktivis dakwah
Penegak syiar Islam, penggerak sunnah
Bukti cinta para perindu Jannah
“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabatan tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (H.R Abu Daud dari Barra’)
bingkisaNurani:
unhuwah abadan abada lilla hita'ala! amen..
Read More :D
Subscribe to:
Posts (Atom)