“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan“
Salam sya'aban kepada semua sahabat yang sudi berkunjung ke teratak ana ni :) Dikesempatan bulan yang mulia ini, marilah sama-sama melipatgandakan amalan kita semua. Dan yang paling didambakan untuk bersua dengan Ramadhan kareem yang akan kita jejaki beberapa hari lagi. Insyaallah :)
Sedikit bingkisanku..
* Bercadang ingin menukar 'TEMPLATE' blog ni..
* Minggu ni sibuk menguruskan karnival untuk Konsert Antara Dunia 09' (KAD 09'). Tiket boleh didapati dari ana :)
* Sangat malas untuk membuka Friendster. Tapi Facebook sedikit rajin. Yang lain, terus ana 'DELETE ACCOUNT' sebab rasa macam tak perlu dan membuang masa. Siapa setuju??
* Di UPM, sangat sedikit masa untuk berehat. Pernah hampir mesyuarat 2 minggu berturut-turut untuk agenda yang berbeza-beza. Dah jadi pelajar tahun akhir ana ni rupanya.
* UPM dilanda H1N1. Kuarantin!
* Ana sekarang mengajar Matematik Tambahan setiap hari khamis malam di Kuang
* Sejak kebelakangan ini, ana suka dengar lagu Amrullah munsyeed Muadz. Semangat perjuangan meruap-ruap. Allah Akbar! Juga lagu Hijrah :)
Sebanyak bingkisan..
Tika ini, ana berada di rumah. Berikutan, UPM Serdang telah dilanda Ifluenza H1N1! Jadi, kami diberi cuti seminggu, iaitu 2 minggu lebih awal dari cuti sebenar iaitu pada bulan ogos nanti. Selepas kami balik semula ke UPM nanti, ana takut H1N1 ni tak reda walau diberi cuti dan wabak ini akan merebak dengan lebih teruk. Apa yang ana dengar dari teman sebilik, ada sahabat yang telah meninggal disebabkan penularan ni. Tapi, ana tak pasti samada berita tersebut betul atau tidak. Tapi apa yang pasti, 4 orang warga UPM telah dijangkiti wabak ini. Hari isnin lepas, lebih kurang 800 mahasiswa demam dan pergi ke Pusat Kesihatan UPM (PKUPM). Itu belum termasuk dengan mereka yang tidak melaporkan pada PK. Apakah ini satu ujian yang diturukan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya? Ana yakin, pasti ada sebab musababnya kenapa semua ini berlaku.
Insafi, renungi, realiti diri T_T
***********************************************
Ok, dikesempatan ini juga, ana nak war-warkan satu konsert yang agak besar kerana melibatkan pelbagai artis. Konsert ini yang dinamakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 merupakan cetusan idea dari Ahli Jawatankuasa Konsert GAMIS dan Rabbani Productions Sdn Bhd. Julung - julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.
KONSERT ANTARA DUNIA
Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah
Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam
Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam
Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)&
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd
Dengan Kerjasama :
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan &
Majlis Bandaraya Shah Alam
Harga Tiket
Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100
* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.
* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.
Maklumat lanjut: http://gamisconcert.blogspot.com/
************************************************
Juga,
GERAI INTEAM DI PESTA BUKU SELANGOR
bingkisaNurani:
Dapatkan tiket KONSERT ANTARA DUNIA 09' dari ana :)
No comments:
Post a Comment