Followers

Sunday, August 16, 2009

TSUNAMI KONVO ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, UPM telah menyambut Majilis Konkokesyen yang ke-33 pada 8-11ogos 2009. Alfun mabruk ilaikuma K.Ecah dan K.Bazlin! Mereka berdua merupakan sahabat ana yang telah bergraduat. Ana sangat gembira! Pada hari konvokesyen tersebut, K.Rosma telah menghadiahkanku sekuntum mawar merah yang sangat cantik. Walaupun ana akan bergraduat tahun depan, 'hadiah konvo' dah dapat:p Syukran ilaiki.


10 OGOS 2009

Harini ada Test 1 Bahasa Arab II. Macam tak percaya, ana orang pertama keluar. Selepas ana keluar, yang lain pun berpusu-pusu keluar. Moga kami semua dapat 'A' untuk sebjek 'bahasa syurga' tesebut. Allahumma amen.

Seusai Test 1, tiba-tiba langit memuntahkan airnya. Kilat sabung menyabung. Taufan yang menakutkan menampakkan belangnya. Ana dan sahabat menaiki motor tika itu. Untuk keselamatan, kami berteduh digerai berdekatan tapak pesta konvo. Perut sudah berirama. Jadi, ana tempahlah char kuew teow digerai yang berdekatan.


Selepas beberapa minit menghabiskan makanan, dengan tidak semena angin berbentuk pusaran bermain-main dihadapan ana. Sungguh tidak diduga, khemah putih yang ana dan ratusan pengunjung pesta konvo duduki, berterbangan sehingga menghempap khemah lain! Astaghfirullah, macam tsunami! Ibu bapa sibuk menyelamatkan anak masing-masing. Para peniaga sempat mengambil saki baki harta yang ada. Sahabatku pula memeluk diri ini untuk melindungiku. Ya allah, apa yang terjadi sebenarnya? Bermacam perkara bermain dibenakku.

Mungkinkah ini satu peringatan buat diri ini yang kian lupa. Ya, manusia akan kembali padaNya saat ditimpa kesusahan. Bagaimana pula tika diulit kemewahan duniawi? Masih adakah sisa-sisa keimanan dalam dirinya? Ya Allah, sungguh hina diri ini, ampunilah dosa-dosa kami ya Allah T_T Allahumma amen.







15-16 OGOS 2009

Kami ada Finishing School. Kursus ini adalah untuk pelajar tahun akhir UPM. Sangat penat tapi sangat seronok. Pelbagai ilmu yang diperolehi terutama bagaimana menjadi seorang graduan universiti yang berjaya dalam apa jua lapangan. Sekarang ana berada di semester 5 dari 6. Tahun depan baru bergraduan yer. Sabar Nadirah. Yer, ana tengah sabar la ni :) saatnya pastikan tiba jua..

Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisaNurani.blogspot.com/

8 comments:

  1. Assalammualaikum wrh wbt...

    Syukran jazilan sudi publishkan gambar konvo (akak amik yea)..ekceli kan, kalau kamera akak tak hilang dan kalian sume belum makan kan, akak ngan zouji nak ajak makan same2 kat kedai makan lepas abis waktu bergambar masa konvo..nampaknya rezqi belum kesampaian..sedih punya pasal, lupa nak bagitau..

    jazakumullah buat teman2 akak ni yang sudi hadir masa konvo walaupon ade yang tak kesempatan hadirkan diri..apapun kehadiran kalian & hadiah2 kailan amat dihargai & diingati..^_^..(afwan, ayatku ini tetibe jadi skema..musim skema kot?!(^_^)'')

    bab tsunami konvo tu, masya allah...sampai begitu sekali tatkala masa konvo..plus lagi masa tu lame dah tak hujan kan..mudahan Allah swt sentiasa memberkati & melindungi kita sume..Allhumma ammin..

    ReplyDelete
  2. Salam kak ecahku sayang..

    Patutlah ira cam lapaq semacam jer pas abes konvo tu. Rupa2 nya ade nak belanja makan tapi x kesampaian..

    Pasal camera tu, moga ia mnjadi pengajaran utk kita semua :)

    Jaga diri leklok k.ecah..any happy news habaq kami cepat2 ^_^

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    "sahabatku memeluk diri ku.."
    sapakah dia itu..
    hehe...
    ira,dayah copy gambo ye..
    lalala...
    ^_^

    ReplyDelete
  4. siapakah insan yang sangat 'penyayang' itu..

    ha3, x tdo malam die nnti..

    copy jer la..teh puh blh :p

    pahe dok? ('_')

    ReplyDelete
  5. pehe2...

    meme dok tido puh smale..

    kih kih kih... ^_^

    ReplyDelete
  6. oh ada angin pusar masa 2009 tu.. tak tahu pun

    ReplyDelete
  7. angin pusar tu berlaku sepantas kilat.. mmg x perasan..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails