Followers

Wednesday, September 09, 2009

Khas Untuk Para Penulis/Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem

:: TIPS MENULIS: Khas Untuk Para Penulis & Bloggers ::



Tulisan yang berwarna merah : English Version
(penulis sebenarnya cuba mengelakkan percampuran bahasa ^^!)

Harini genap 20 hari umat islam seantero dunia berpuasa. Moga hati dan nafsu kita juga 'turut berlapar' dari sebarang sifat jahiliyah yang sentiasa mengintai untuk 'mencucuk jarum' tidak kira masa dan ketika. Pada malam ini, kita bakal melangkah ke fasa ketiga Ramadhan iaitu pelepasan dari api neraka. Syukur alhamdulillah atas kurniaNya yang tidak terkira. Mari perbanyakkan amal di 10 malam terakhir. Allah Akbar!

Sebenarnya ana tidak bercadang untuk publish new post. Tapi memandangan wireless Uspot harini 'sedikit baik', ana pun ambil peluang. [Boleh lah tengok Nur Kasih :p]

Ana baru balik dari Bengkel Media Nasional. Jadi, topik pada kali ini, ana nak berkongsi sedikit tips untuk penulisan esei, karangan, berita ataupun yang seangkatan dengannya. Sebenarnya tersangatlah banyak tips tapi ana ambil mana yang sempat dicoretkan saja.
[Para blogger kena ambil perhatian ni ^^]

1- Sebelum menulis sesuatu berita, kita mestilah mempunyai Tajuk, Tema, Designer dan Tarikan.

2- Kembangkan sesuatu isu dengan sistematik.

3- Gunakan simbol, gambar, perilaku dan sebagainya.

4- Gunakan 4W1H.

5- Penulisan yang baik ialah gaya penulisan mengikut bahasa rakyat.
Contoh: Kalau kita admin untuk sesuatu blog yang melibatkan mahasiswa, kita mestilah menggunakan ayat yang mengikut minda mahasiswa. Jangan mencampurkan bahasa, sekejap bahasa kampung, kemudian tahap budak-budak sekolah rendah, kemudian minda profesional dan lain-lain.

6- Untuk menulis jawatan dan nama, dahulukan jawatan dulu disusuli dengan nama. Contoh: Penulis blog terkenal, saudari Nadirah berkata.... bukan, Nadirah yang juga merupakan penulis blog terkenal.... (perasan sungguh pemilik blog ni. ish2 -_-)
Contoh lain: Presiden PSSG, Saudara Ahmad.... bukan, Ahmad yang merupakan Presiden PSSG....

7- Background. Cuba sedaya untuk menghubungkan kaitkan sesuatu isu dengan latar belakangnya.

8- Name Calling. Gunakan 'panggilan nama' yang sesuai dengan seseorang itu.
Contoh: 'Mawi Raja SMS, Abdullah Fahmi AQ, Faizal AF dan sebagainya.

9- Transfer. Kaitkan dengan orang yang berwibawa.
Contoh: Ahmad yang juga merupakan cucu kepada Raja Kedah...

10- Cut. Pilih isu-isu yang penting sahaja. Isu yang remeh hendaklah dielakkan.

11- Straight Forward. Sampaikan sesuatu berita dengan betul tanpa berselindung kekanan kiri yang akan memeningkan pembaca.
Contoh: Harga minyak kini sudah melampau!

12- Selitkan testimonial :)

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/


**********************************************************************************************************************************

Ok, disini juga ana ingin berkongsi suasana rai Ramadhan 700 tahun dahulu..

Pada 10 malam ganjil (witir) yang terakhir Ramadan, penduduk Makkah akan mengkhatamkan bacaan al-Quran. Kadi, fuqaha dan pembesar turut menghadiri majlis berkhatam ini. Orang yang membaca bahagian yang terakhir al-Quran ialah anak kepada seorang pembesar Makkah. Apabila ia selesai mengkhatamkan bacaan al-Quran, sebuah mimbar yang dihiasi sutera dibawa untuknya dan lilin pun dinyalakan. Kemudian ia menyampaikan khutbah. Apabila selesai khutbah, bapanya akan menjemput orang ramai datang ke rumah dan menjamu mereka dengan makanan yang banyak serta pelbagai kuih-muih.

Begitulah amalan penduduk Makkah pada setiap malam witir. Bagaimanapun, malam yang paling mulia di sisi mereka ialah malam ke-27. Sambutan mereka untuk malam ini adalah lebih hebat daripada sambutan yang dibuat terhadap malam yang lain. Pada malam ini, al-Quran dikhatamkan di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Bertentang dengan Hatim Mazhab Syafie, sebuah pentas didirikan. Pentas ini diperbuat daripada alang kayu yang bersambung dengan Hatim itu. Di antara kedua-duanya pula dilintang papan yang panjang. Pentas ini dibina sebanyak tiga tingkat dan di puncaknya diletakkan lilin serta lentera kaca. Sinaran cahaya menyilaukan mata memandang. Kemudian imam datang dan menunaikan solat Isyak. Kemudian beliau mula membaca surah al-Qadr. Imam pada malam sebelumnya akan menghentikan bacaan sebelum Surah al-Qadr.

Semua imam berhenti menunaikan solat Tarawih untuk memberikan penghormatan kepada majlis berkhatam al-Quran di Maqam Nabi Ibrahim dan mereka sendiri datang menghadiri majlis berkhatam al-Quran ini untuk mengambil berkat. Imam menamatkan bacaan dengan membaca surah terakhir dalam dua salam iaitu empat rakaat. Kemudian beliau akan bangun berkhutbah dengan menghadap Maqam. Selesai berkhutbah, imam akan mendirikan solat semula dan orang ramai pun bersurai. Majlis berkhatam al-Quran pada malam yang ke-29 pula diadakan di Maqam Mazhab Maliki. Sepanjang malam itu, khutbah akan disampaikan dan tiada upacara kemegahan lain yang diadakan selainnya."

Dipetik daripada buku Pengembaraan Ibn Batttutah, karya terjemahan IKIM, terbitan MPH Group Printing (M) Sdn Bhd

2 comments:

  1. kalau tak silap ana, imam besar Masjid al-Haram Abdul Rahman As-Sudais kan? Bacaan die penuh drama..kalau dgr ayat2 berupa ancaman, kita boleh tau sebab die akan tukar nada bacaan die mengikut ayat..

    ReplyDelete
  2. mmg syahdu kalo kita faham sekali maksud ayat quran tersebut..

    ramadhan kareem~

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails