Followers

Sunday, December 13, 2009

MENCARI MARWAN SYAHEED


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ana sedikit 'teruja' dengan cerpen ni. Sungguh tak sangka, pandai juga kakak 'saya' merekanya (sudah 6 cerpen dihasilkan). Wataknya memang cukup dikenali tapi hanya rekaan semata-mata. Baca sampai habis! Kemudian, tengok pula video selingan.
Moga menjadi panduan buat kita semua insyaallah ^^

*********************************************************************************

MENCARI MARWAN SYAHEED
(rindu pada dia..moga dia menjadi saham ummi dan abi ke syurga)

hasil nukilan,
Hidayah Ahmad Azam (http://istisyhad.blogspot.com/)

Langkahnya diatur satu persatu, lemah dan tidak berdaya sambil mata menerjah ruang cafe, mencari kerusi untuk melepaskan lelah. Mushaf peneman setia masih belum disentuh.entah kenapa, fikirannya jauh melayang akan peristiwa semalam.

'Enti setuju? Sudah bersediakah?' lembut Wafa' bertanya. Wajah Syifa yang tersipu malu ditatapnya sungguh-sungguh.

'Betul ni?', tanya Wafa' lagi, sekadar mendapat kepastian.

'Kenapa ukhti? Kan enti juga yang sampaikan lamarannya?', Syifa sedikit kaget melihat wajah Wafa' yang sedikit berkerut.

'ya benar, cuma ana sampaikan amanah akh miqdad. Katanya dia sudah bersedia untuk mendirikan baitul muslim...dan dia memang menginginkan enti sebagai suri hidup...cuma...

'Cuma apa, ukhti Wafa'?'

'Tak mengapalah kalo enti sudah mantap keputusan setelah istikharah. Terserahlah pada ukhti...', kata Wafa' sedikit mengeluh. Dia pasrah.

.....................


Paaap!

'Aduh!', sakit bahunya ditepuk.

'Mengelamun ye kakak kita!'

Balqis tiba-tiba muncul di sebelahnya. Tersengih macam kerang busuk.

'Eh, ni kenapa tak minum lagi jus epal ni...fikir apa?', tanya Balqis kehairanan.
Wafa' melepaskan satu keluhan berat. Entah mengapa berat hatinya untuk menerima keputusan Syifa dan Miqdad. Sungguh, bukan dia cemburu. Cuma, sedikit kecewa.

'Kakak mengeluh ni kenapa...tak baik tau mengeluh...ceritalah pada Balqis, mana tahu Balqis boleh tolong', Balqis menasihatinya.

'takdalah..akh miqdad.....' Wafa' mematikan kalamnya, tidak berniat memanjangkan cerita.

'Kenapa akh miqdad?' perasaan ingin tahu Balqis memuncak

'erm...tak pelah..jom balik!'

'alaaaaa..kakak ni cakap tak habis...jus pon tak minum lagi' balas Balqis, agak kecewa dengan jawapan Wafa'.

'Dah minum sikit tadi...'

'Ala ceritalah…' pinta Balqis, benar-benar ingin tahu apa yang bermain di hati rafiq akrabnya..

'Ok lah..jom pergi kat sana..privacy sikit' Wafa' mengalah, terus menghabiskan minumannya. Sedikit gelojoh.

'Eh ..bayar dulu cik akak!' pesan Balqis
'Alamak..lupa! Terima kasih tolong ingatkan, 'jawab Wafa' sambil tersenyum


Mereka berpimpin jalan menuju sebuah gazebo di tepi café. Telah lama mereka bersahabat sejak hari pertama Wafa' mengajar di situ, Sekolah Bukit Serindit.
Disinilah dia mula mengenali Balqis, mula mengenali tarbiyyah, mula bersama dalam program-program peningkatan diri. Dengan izin-Nya jua, Wafa’ bertemu jodoh dengan akh Fateh dan mula terlibat dalam usaha mencari jodoh untuk adik-adik didalam tarbiyahnya... dan akhirnya membawanya ke dalam masalah yang acapkali bermain di fikirannya akhir-akhir ini.


Pada Balqis, Wafa' sering berkongsi cerita dan perihal adik-adik ini. Balqis dan Wafa' sama-sama di dalam Lujnah Bait Muslim dan Wafa' sedar, masalah Baitul Muslim merupakan soal yang cukup berat dan boleh menjadi fitnah sekiranya tidak kena waktunya.


'Ok, boleh mula cerita', pinta Balqis bersungguh. Tidak sabar kawannya nan seorang itu.

'Erm akh Miqdad melamar ukht syifa...' perlahan Wafa' memulakan cerita..

'Ok, jadi.....kenapa dengan mereka?' pintas Balqis, masih tidak faham akan isu sebenar yg memberatkan kepala sahabatnya.


'Bukankah lebih baik akh miqdad memilih ukt yg lebih membutuhkan pernikahan dan sudah sabar menanti begitu lama..'

'Seperti?'

'Fidaa' misalnya...usia Fidaa' kan sebaya dengan kita , 27 tahun atau Kak Widad misalnya, telah memcecah 30-an Januari lepas. Cuba lah enti bayangkan, kalau lah semua ikhwah kita berkira soal umur, inginkan ukht yang 'nasyat' tetapi 5 tahun lebih muda, siapakah yang akan meminang ukht yang telah berumur, kurang dari segi fiziknya tetapi sangat mantap akhlak dan agamanya....Siapakah nanti yang akan menyelamatkan mereka?' Wafa' mula mengeraskan suaranya tanda kurang berpuas hati.

Balqis mengangguk, tanda mengiyakan temannya itu


'eh, Syifa' umur berapa ye?' soal Balqis lagi.

'baru 19....' nada Wafa' berbaur kecewa

'Owh, mudanya!' Balqis sedikit terperanjat. 'Sudah bersediakah? Parents Syifa' tidak ada halangan ke dengan keputusan dia?'

'Syifa' baru nak masuk second year ambil qiraat..semester 3..ada lagi 5 semester... tapi katanya dah bersedia untuk menerima akh Miqdad.

'Bila akh miqdad bagitahu dia mahu melamar ukt syifa?'

'Semalam..'

Serta merta Wafa' teringat perbualan akh Miqdad bersama zaujnya semalam. cukup menjengkelkan...

Astaghfirullah... moga dia tidak terus tenggelam dalam emosinya.
Setahunya akh Miqdad berkunjung ke teratak mereka semalam hanya untuk menyampaikan hasratnya yang satu itu. Menurut zaujnya, akh Miqdad yang berusia 25 tahun baru tamat pengajiannya di Universiti Multimedia.


'Enta biar benar syeikh..muda sangat lagi dia..baru sahaja berjinak-jinak dengan tarbiyah. Masa enta nampak dia tue lah program pertama dia hadir..sebelum ni tak pernah lagi..enta kena ingat menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan kita sebagai seorang lelaki...', bersungguh akh Fateh mengingatkan.


'Afwan syeikh..ana ingat prinsip tu...Perkahwinan merupakan perkara cukup besar dalam rangka ibadah kita kepada Allah dan perhitungan kekuatan dakwah..insyaAllah dengan memilih Syifa' ..ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah..daripada nikah dgn org lain..tp asyik teringatkan dia, nanti susah pula...' akh Miqdad mempertahankankan keputusannya. Nekad.

'Dia juga cerdas..memenuhi kriteria yg ana inginkan...' tambah akh Miqdad lagi.

'Bukan ke kerana dia cantik?' akh Fateh cuba menduga.

'Ala..itu normallah... kita kan lelaki... rasionallah sikit syeikh'

Ingatan Wafa' pada peristiwa semalam terlerai apabila Balqis menyiku lengannya. Wafa' melepaskan keluhan berat.

'Tidaklah''mengecewakan betul, ikhwah seperti Miqdad ternyata masih mengutamakan fizik...Miqdad kan dah lama dalam tarbiyyah.'

Sejujurnya, Wafa' benar-benar kecewa. Bukankah seharusnya ikhwah seperti miqdad adalah mereka yg memilih isteri berdasarkan kualiti agama, bukan fizik semata- mata... mengapa?

'Syifa' kan baik juga' Balqis cuba meredakan kemarahan ukhtinya.

'Tapi kan ada yang lebih baik, lebih perlu, lebih beragama, lebih mantap dakwahnya, takkan di tolak hanya kerana dia berusia dan kurang dari segi rupa dan lanjut usia..2 tahun saja? 'Tegas Wafa' masih tidak bersetuju.

'Soal hati Wafa', manakan boleh dipaksa...' ujar Balqis lambat – lambat.

'Alasan. Huh!' Wafa' masih dengan pendiriannya

'alamak dah dekat pukul 3..janji pukul 2.30 depan gate sekolah. Ya Allah!', Wafa' bingkas bangun terburu – buru sambil mengucap salam pada Balqis dan terus berlari – lari anak menuju ke pagar sekolah. Dia sempat mengerling pada skirn handphonenya. 5 miss calls. Sering telefon tersebut di vibrate hanya kerana tidak mahu kedua orang anaknya terkejut di tengah malam akibat deringan telefon. Ternyata kadang-kadang ia memakan dirinya. Akibatnya, Wafa' selalu terlepas panggilan-panggilan penting.



Dari jauh kelibat kereta zaujnya jelas kelihatan, mana tidaknya kereta hijau zaujnya cukup dikenali. Kereta itulah yang membawa mereka kehulu kehilir mengemudi dan menyertai pelbagai program sejak 8 tahun lalu. Sikit waktu lagi, mungkin tak mampu lagi untuk berjalan jauh. Manakan tidak, sejak 3 bulan kebelakangan ini sudah berapa kali mereka terpaksa berjimat cermat akibat mebayar kos untuk membaiki kereta kesayangan mereka.


'Ah, buruk pon banyak berjasa!' ujar Wafa' dalam hati. Bangga.


Wafa' memperlahankan langkah apabila ternampak kelibat seorang ikhwah berhampiran dengan suaminya. Agak rancak mereka berbual. Wafa' membatu kira-kira 3 meter dari mereka. Sama sekali tidak mahu mengganggu mereka.

'Bila enta nak nikah syeikh..dah habis study dah..sudah punya 'ma'isyah'..kasihan akhawat menunggu...'

sering Wafa' terdengar zaujnya mencucuk ikhwah agar lekas menikah. Bukankah menikah itu jalan terbaik untuk mengelakkan maksiat malah memudahkan perjalanan dakwah.


'Biar dululah, kemampuannya belum ada. Takda puluhan ribu..jangan berangan lah! selamba sahaja akh Zaid membalas.

'uish banyak tu! Enta nak akhawat macam mana?' duga zaujnya

'Iyalah..kalau boleh nak kriteria yg macam aisyah...cantik dan cerdas', jawab akh Zaid

'Tambah macam Khadijah, ada bisnes... bolehlah sara ana sambung belajar lagi... haha! Canda akh Umar

'Iyalah tu. Dua-dua terus lah akh...'tambah akh Fateh menghangatkan suasana.
Mereka tertawa.

'jgn terlalu bnyk kriteria akh...' serius nada akh tariq. Mengingatkan

'Ala syeikh, tenang saja...akhawat kan banyak..mereka tentu tak tolak punya! Haha...'



Bibir Wafa' mencebik. Geram rasanya namun dia simpankan dalam hati. Wafa' segera mengajak suaminya pulang.

Dalam perjalanan pulang, Wafa' mendiamkan diri. Dia agak tertekan dengan perbualan zaujnya bersama ikhwah.


Entah bagaimana dia teringat akh Marwan...subhanallah..ikhwahnya bagus sekali; nasyat, kerja bagus, dan tentunya 'good looking'. Merupakan 'Head Boy' Sekolah dan strait H1 hampir keseluruhan semester sekaligus pelajar terbaik Melbourne Univervisity semasa tempoh pengajiannya. Akh Marwan juga merupakan mas'ul tarbiyyah di kalangan mereka yang mengikuti tarbiyyah di Down Under, belum dikira jawatan-jawatannya di Malaysia sekarang. Pendek kata..akh Marwan memang hebat orangnya dan Wafa' cukup mengaguminya


Ketika akh marwan menikah, Wafa' terdengar banyak akhawat yg patah hati. Wafa' tertanya-tanya seperti apakah zaujah pilihan akh Marwan sampaikan kereta yang dipandu Wafa' hampir terbabas ketika menuju majlis walimah akh Marwan. Semuanya kerana Wafa' terlalu ingin mengetahui, siapakah yang menjadi pilihan akh Marwan.


Sungguh memeranjatkan! Ukht aisyah, zaujah akh marwan tidaklah seperti yang Wafa' bayangkan. Ukht Aisyah tidaklah secantik dan semuda syifa., usianya bahkan 5 tahun lebih tua dari akh marwan. Ukht Aisyah bekerja sebagai guru tadika di depan rumahnya, serta menjadi mas'ulah dalam kalangan belia di kawasan kejiranan mereka.

Aduh..itu yg membuatkan dia menjadi lebih kagum dengan Akh Marwan. Dia memilih ukht Aisyah lebih kerana urusan agama dan dakwah.



'Senyap je isteri abang ni'. teguran zaujnya mematikan sebentar lamunannya

'Fikir apa,' sambung zaujnya lagi..

'Takda apalah. Cuma Wafa' nak tanya..dulu abang pilih Wafa' sebab apa ya?' Wafa' menduga suaminya

'Aik..apasal pulak nak tanya. Kalau jawab, bukan boleh berundur balik pun...' canda zaujnya. Ketawanya memenuhi ruang kereta.

'Ish...Kita tanya elok-elok, dia jawab main-main. Selalu macam ni!', Wafa' mencebik. Mukanya masam mencuka

'Gurau je...kan bagus bergurau..boleh merapatkan kasih sayang', zaujnya mencuit sedikit hidung Wafa'. Wafa' tersenyum.

'Mestilah kerana kesolehan Wafa', kualiti dalaman Wafa'....'

'Bukan ke kerana cantik, atau 'strait 4 flat' atau kerana jawatan-jawatan yang Wafa' sandang?' pintas Wafa'

'Ada la juga..hehe..tapi yang utama tentulah akhlaknya' jawab suaminya tersenyum.

'Kenapa ikhwah memilih sgt?? Wafa' mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
zaujnya melempar senyuman...

'akhawat pun sama...apa kurangnya..ternyata masih ramai yg menilai kerana hitungan manusiawi..gaji tetap misalnya...bukan begitu?' zaujnya pula bermain kata.

'logik la kan...mestilah..nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yg lebih baik butuh dana sekian sekian..urusan sekolah lagi..makanan berzat..keperluan di rumah,permainan anak-anak, tadika yang soleh, apa lagi kalau anaknya banyak.' Wafa'' cuba pertahankan kaumnya..

'ok..iye..faham. Janganlah emo sangat. Dengar dulu ye, Wafa'. Memanglah...cuma sekarang ni kan ramai akhawat qana'ahnya kurang. Cuba Wafa' bezakan antara keinginan dan keperluan? Soal makan contohnya...yang berzat tak semestinya mahal kan?' suaminya menerangkan penuh sabar.
Tekun Wafa' mendengar.

'Dengar-dengar sekarang ramai akhawat dah tak pandai masak ye...jadi bagaimana? Tambah biaya lagila jawabnya...hehe, 'zaujnya terus mengusik, menambahkan masam di wajah Wafa'.

Malam itu. Wafa' termenung lagi. Matanya tak mampu ditutup. Yang pasti, jiwa masih boleh dibentuk, persepsi masih boleh diubah. Wafa' mengharapkan ikhwah yang masih memegang neraca bumi akan menyedari betapa nilai sementara dunia tidak bermakna. Ini semua merupakan persoalan tarbiyah, mungkin jawatannya sahaja 'ikhwah', tetapi mungkin dia belum mengunyah dan menghadam prinsip-prinsip dakwah.

Wafa' terlalu khuatir jika terlalu banyak 'muhajjir Ummu Qais' dalam pasukan daie. Wafa'' mengenangkan jalan dakwah....orang seperti apakah yang akan membentuknya?

Kepada akhawat pula, Wafa' terlalu berharap agar mereka tidak alpa apabila apabila datangnya pinangan ikhwah, kerana pinangan itu merupakan tanggungjawab, bukannya kayu ukur laku atau tidak dirinya.

Dan kepada akhawat yang masih menunggu, dan saban hari kebutuhannya semakin bertambah, dan masih tetap terus thabat dalam iman dan taqwa, pasti Allah sediakan hikmah yang besar untuk mereka!

Wafa' pasti, tarbiyah Allah itu berterusan. Barangsiapa yang senget dalam keputusan awalnya, pasti tidak dapat berjalan dengan lurus selepas itu. Pasti ada sahaja cara yang lembut atau keras teguran Allah.

Entah lah..Wafa' sudah tidak punya jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalanya..yang pasti dia amat meyakini..sukarnya dizaman ini mencari ikhwah seperti akh marwan!!

+++++++++++++++ GLOSARI (glosari la sangat.. ^^ ) +++++++++++++++

Mas'ul: Ketua

Qana'ah: Merasa cukup

Qiraat: Pembacaan

Lujnah: Kumpulan

Nasyat: Aktif (dalam bergerak kerja)

Ma'isyah: Keperluan Hidup

Muhajjir Ummu Qais: Lelaki yang berhijrah untuk melamar Ummu Qais. Ada dalam Hadis pertama. Niat. Boleh rujuk seerah :)

***********************************************************************************

Ni pula sedikit video yang saya dapat dari kawan saya, anis (http://anishayati.blogspot.com/). Moga bermanfaat ^^

.: PERKAHWINAN TANPA CINTA :.
1- Sangat tersekat-sekat, lebih elok download terus
2- Ataupun, biar video ni habis, kemudian replay






Ana yakin, kita semua mengimpikan kebahagiaan seperti pasangan yang baru berkahwin tu. Semoga terpelihara. Insyaallah deh ^^

bingkisaNurani:
bila pula 'saya' nak buat cerpen? *thinking*

9 comments:

  1. akak tgk video tu x? hu3, tersekat2 plak kan, tp rugi kalo x tgk, best333 ;p

    ReplyDelete
  2. hmm..ana sarankan kalau nak tulis cerita dlm blog, tak perlu tulis sampai habis..tapi pecah2kan kpd beberapa part..baru la menarik.ana tak larat nak baca skali gus.hehe..

    cubalah baca kisah yg ana tuliskan dlm BI tuh..tp jalan nye agak membosankan la..maklum la kali pertama tulis criter.

    ReplyDelete
  3. kalo x larat, baca stengah dlu, esok sambung lek bc. bukan pe, kalau cite skerat2, cam x best plak. ana suke bc habes trus.. ^^

    insyaallah nnti ana bc enta nye crita..

    ReplyDelete
  4. segan plak.
    jalan citer nye mendatar.

    ReplyDelete
  5. ok je..

    bagus la, blh manthop kan english..

    ReplyDelete
  6. Cerite nye menArik..
    nak tumpang 'copy' ek.
    tp mcm lebih mencerdaskan kalo wat glosari skit utk mereka yg x bru2 dalam dunia ni...
    (den la tu)
    hehe..

    zah, 'muhajjir Ummu Qais' tu ape?

    ReplyDelete
  7. Cerite nye menArik..
    nak tumpang 'copy' ek.
    tp mcm lebih mencerdaskan kalo wat glosari skit utk mereka yg x bru2 dalam dunia ni...
    (den la tu)
    hehe..

    zah, 'muhajjir Ummu Qais' tu ape?

    ReplyDelete
  8. to cahaya:

    dok pe zah, kite blaja slow2 deh. Kite kan 'bekas plajar arab'. ngeh3..

    glosari tu kite dah letak. syukran

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails