Followers

Sunday, August 30, 2009

MAJLIS IFTHAR KTI 09'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem


Alhamdulillah, harini merupakan hari ke-9 umat islam seantero dunia berpuasa. Ana mengucapkan selamat berpesta ibadah kepada semua pengunjung blog ana yang dhoif ni.

Malam ini genap 10 Ramadhan dan esok maghrib kita bakal melangkah ke fasa kedua Ramadhan iaitu maghfirah dariNya. Semoga amalan kita bertambah seiring dengan berlalunya hari-hari dibulan yang mulia ni insyaallah.

Disini ana ingin merwar-warkan satu program dari KOMUNITI TEMAN INTEAM (KTI) bersama INTEAM RECORDS SDN BHD (IRSB) bersempena kedatangan bulan yang penuh barakah ni :)

MAJLIS IFTHAR KTI 2009'

Tarikh: 12/9/2009 (22 Ramadhan, hari sabtu)
Tempat: Anjung Rahmat, Gombak
Pengangkutan: Naik Lrt Putra hingga ke Terminal Putra
Yuran: RM30 seorang (Makanan berbuka dan Moreh)

Cadangan Program:

4.00 :Kehadiran peserta dan pendaftaran
4.30 :Solat Asar jemaah
5.00 :Tahlil Arwah
6.00 :Tadarus Al-Quran
6.45 :Tazkirah Ramadhan
7.16 :Ifthar ringkas
7.25 :Solat Maghrib jemaah
7.40 :Ifthar (Makan Berat)
8.25 :Solat Isya' jemaah, Solat Tarawikh dan Witir
9.30 : Moreh
10.00 : Bersurai

Tempat terhad untuk 30 orang sahaja. Sekarang dah 21 orang. Jadi, kepada sahabat-sahabat diluar sana yang berminat, boleh hubungi ana :)

Maklumat lanjut > http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?forum=2&topic=5580&start=0 (Laman Rasmi Inteam)

*********************************************************************************************************************

Semalam ana balik rumah. Harini Khairin Madihah pulak balik..
terus ana ambil handset, SNAP..CLICK 3x..


My cute niece. Mama dia yang perasan..


pandang makcik la..irin ni..


ha..pandang makcik pun ;p


nampak tak laptop ana belakang tu? ^^ terus publish kat blog!


La, dah nangis..mama irin tolong!


bingkisaNurani:
-Batch 11 Hira' ajak ana join ifhtar kat Mid Valley 5hb ni. Insyaallah, kalo ada jodoh, kita jumpe di sana :). Jom semua batch 11.
-Jom melawat Blog Rasmi PMIUPM. http://pmiupmonline.blogspot.com/

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/


Read More :D

Thursday, August 27, 2009

[...Penulisan Kita...]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem


Salam Jumaat :)

Alhamdulillah, harini merupakan penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan ditambah lagi dengan kemuliaan Ramadhan Kareem. Semalam ana tidak lagi mengajar tuisyen. Memandangkan Final Year Project ditahap yang sedikit kritikal, keputusan telah dibuat. Selepas ini ana akan tumpu pada kerja sebenar yang patut dibuat. Moga dipermudahkan Allah swt.
Allahumma amen :)

Entri pada kali ini, ana akan menyentuh isu penulisan.

Blog dengan penulisan memang tidak boleh dipisahkan. Sejak akhir-akhir ini, ana minat sangat menulis. Seronok melihat sahabat-sahabat yang selalu mengupdated blog mereka. Lagi seronok kalau ana yang begitu. Kalau dulu ana memegang blog Ummah Aid, Amal Wafa' Collection dan menolong beberapa blog sahabat, kali ini amanah yang ditaklifkan lagi berat. Ana kena jaga blog rasmi yang menjadi tatapan umum ramai pihak. Blog apakah itu? Biarlah rahsia :) Rasa macam tidak layak untuk mengendalikan blog tersebut. Tapi, apa yang pasti, ana puas setiap kali dapat mengemaskinikan blog orang lain ataupun blog itu.

Satu persoalan, adakah perlu kita menggunakan 'perkataan yang sempurna' atau dengan kata lain 'bahasa baku' untuk mengupdate blog? Persoalan yang sering bermain-main difikiran ana. Bukan apa, kadang-kadang 'sakit mata' apabila melihat bahasa melayu kita yang disingkatkan sehingga kadang-kadang tak faham langsung. Ana sendiri mengakui dulu ana tergolong dalam 'golongan itu', tapi kini, ana pula yang 'skema'.

Ana mula mengambil endah soal ini apabila ditegur oleh sahabat ana yang mengambil jurusan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.

"Kenapa tulisan enti bercampur bahasa? Sakit mata ana tengok.."

Dia menegur sinis tetapi dalam nada gurauan.

Nampak macam remehkan? Pada mulanya ana tidak mengambil pusing apa yang dia kata. Lama kelamaan, timbul kesedaran. Ana sendiri 'sakit mata' melihat blog sendiri. Sebab itulah kini ana cuba sedaya upaya untuk 'mencantikkan' tulisan di blog ini. Yer, ana cintakan bahasa melayu. Bahasa kita :) Tetapi ia terpulang pada individu. Walaupun bahasa penulisan mereka agak sukar difahami, tapi isinya sangat mantap, ia berguna juga. Cuma lagi elok kalau isi yang mantap + bahasa yang sempurna = hasilnya pasti memuaskan.

Kini, ana agak cerewet setiap kali untuk publish new post. Nampaknya NADIRAH sudah 'skema' sekarang. Heee2 :) Ok, ana permisi dulu. Sampai ketemu. Allahu Akram :)

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. (Imam Muslim/1947) (Imam Bukhari/1763)

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/

***************************************************************************************************************

MAKLUMAN BERSAMA:

WACANA PEMIKIRAN SAYYID QUTUB

Sempena ulangtahun pemergian as-Syahid sayyid Qutub pada 29 Ogos 1966, Lajnah Dakwah DPPP dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) akan mengadakan Wacana Pemikiran Sayyid Qutub”. Wacana ini akan diadakan pada 29 Ogos 2009 (Sabtu), 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Surau An-Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor.



Maklumat lanjut boleh layari http://wacana- sq.blogspot. com

Sebar-sebarkan.

Wallahu'alam

Read More :D

Monday, August 24, 2009

= Bahtera Kemerdekaan =

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem

Salam Perjuangan untuk semua :)

Alhamdulillah, tanggal 31 Ogos 2009 yang lebih kurang seminggu sahaja lagi, genaplah usia 52 tahun negara kita merdeka. Tika dan saat ini kita dapat hidup dalam keadaan aman damai tanpa keganasan mahupun peperangan seperti yang melanda beberapa negara diseantero dunia. Suatu persoalan yang sering bermain dikotak fikiran , apakah yang difahami tentang erti kemerdekaan yang sebenar?

Merdeka memberi makna yang abstrak. Pelajar yang telah habis menjawab peperiksaan seringkali menyebut perkataan 'merdeka! :)'. Bebas dari penjara pun dikira merdeka. Hamba abdi yang tidak lagi bekerja untuk tuannya juga merdeka dan berbagai lagi makna 'kemerdekaan' yang dapat kita lihat.

Kita juga sering mengaitkan makna kemerdekaan dengan kebebasan. Kemerdekaan yang selalu kita laungkan untuk negara membawa maksud bebas dari penjajah atau kuasa asing yang menakluk sesebuah kawasan.

Memetik makna kemerdekaan dalam alquran dari kisah Nabi Ibrahim a.s

Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). (Surah al-An’am: 76-79)

Dari ayat tersebut, apa yang dapat kita fahami adalah pencarian spritual dan usaha Nabi Ibrahim a.s dalam membebaskan diri daripada kehidupan yang diyakininya keliru. Moga kita juga dapat membebaskan diri dari pelbagai ancaman yang bertulangkan pendustaan dan kehancuran seterusnya bangkit dari kelekaan tersebut.

Bersempena dibulan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita merdekakan diri dari sifat jahiliyah dan nafsu yang sentiasa membelenggu diri. Kemerdekaan tersebutlah yang sebenarnya hendak kita genggami. Berbekalkan keazaman yang jitu dengan niat yang ikhlas, insyaallah akan lahirkan kemerdekaan yang hakiki dari hati suci. Insyaallah. Allahumma amen~

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/

****************************************************************************************************************

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka

Putra putri sayang

Putra putri sayang

Sedang berjuang

Fajar telah tiba

Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung

Permata nilam


Jiwa dan raga

Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


Read More :D

Wednesday, August 19, 2009

Debar Kian Terasa.. ( ^^ ')

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas dibumi pinjaman Allah swt. Sedar tak sedar, harini sudah 29 Sya'aban 1430 Hijrah. Sebentar lagi kita akan melangkah ke fasa baru, yakni fasa PENTARBIYAHAN DIRI. Hati ini sangat tidak sabar untuk memasuki bulan itu. Bulan yang penuh barakah dengan rahmat yang melimpah ruah dari Yang Maha Esa.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Bukhari dan Muslim)

Jadi, sempena kedatangan bulan Ramadhan kareem ini, ana menyeru kepada sahabat-sahabat untuk memaksimumkan atau lebih hebat meng'infiniti'kan ibadah yang dilakukan. Sebelum mata terlena dan ditarik nyawa, selagi mampu, kejarlah pahala. Tetapi haruslah diingat, yang utama adalah KEREDHAANNYA, bukan pahala semata-mata.

Semalam kawan ana bertanya,

A: Berapa target ira untuk khatam Al-Quran kalini.
I: 30 juz insyaallah
A: Paling kurang sepatutnya 3 kali khatam :)
I: Tak mampu rasanya..
A: Ira mampu insyaallah. Target ana dalam 10 kali khatam.

Mendengar jawapannya, rasa diri ini kerdil sangat. Terlalu sikit amalan yang dilakukan. Moga dengan kedatangan bulan yang mempunyai malam yang lebih baik dari sebulan bulan ini menjadi "stepping stone" untuk menggadakan ibadah. Insyaallah :)


Jadikan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik.
Kullu 'amun wa antum bikhoir.
Marhaban Ya Ramadhan.

Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

*************************************************************************************************************

Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Read More :D

Sunday, August 16, 2009

TSUNAMI KONVO ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, UPM telah menyambut Majilis Konkokesyen yang ke-33 pada 8-11ogos 2009. Alfun mabruk ilaikuma K.Ecah dan K.Bazlin! Mereka berdua merupakan sahabat ana yang telah bergraduat. Ana sangat gembira! Pada hari konvokesyen tersebut, K.Rosma telah menghadiahkanku sekuntum mawar merah yang sangat cantik. Walaupun ana akan bergraduat tahun depan, 'hadiah konvo' dah dapat:p Syukran ilaiki.


10 OGOS 2009

Harini ada Test 1 Bahasa Arab II. Macam tak percaya, ana orang pertama keluar. Selepas ana keluar, yang lain pun berpusu-pusu keluar. Moga kami semua dapat 'A' untuk sebjek 'bahasa syurga' tesebut. Allahumma amen.

Seusai Test 1, tiba-tiba langit memuntahkan airnya. Kilat sabung menyabung. Taufan yang menakutkan menampakkan belangnya. Ana dan sahabat menaiki motor tika itu. Untuk keselamatan, kami berteduh digerai berdekatan tapak pesta konvo. Perut sudah berirama. Jadi, ana tempahlah char kuew teow digerai yang berdekatan.


Selepas beberapa minit menghabiskan makanan, dengan tidak semena angin berbentuk pusaran bermain-main dihadapan ana. Sungguh tidak diduga, khemah putih yang ana dan ratusan pengunjung pesta konvo duduki, berterbangan sehingga menghempap khemah lain! Astaghfirullah, macam tsunami! Ibu bapa sibuk menyelamatkan anak masing-masing. Para peniaga sempat mengambil saki baki harta yang ada. Sahabatku pula memeluk diri ini untuk melindungiku. Ya allah, apa yang terjadi sebenarnya? Bermacam perkara bermain dibenakku.

Mungkinkah ini satu peringatan buat diri ini yang kian lupa. Ya, manusia akan kembali padaNya saat ditimpa kesusahan. Bagaimana pula tika diulit kemewahan duniawi? Masih adakah sisa-sisa keimanan dalam dirinya? Ya Allah, sungguh hina diri ini, ampunilah dosa-dosa kami ya Allah T_T Allahumma amen.







15-16 OGOS 2009

Kami ada Finishing School. Kursus ini adalah untuk pelajar tahun akhir UPM. Sangat penat tapi sangat seronok. Pelbagai ilmu yang diperolehi terutama bagaimana menjadi seorang graduan universiti yang berjaya dalam apa jua lapangan. Sekarang ana berada di semester 5 dari 6. Tahun depan baru bergraduan yer. Sabar Nadirah. Yer, ana tengah sabar la ni :) saatnya pastikan tiba jua..

Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisaNurani.blogspot.com/

Read More :D

Wednesday, August 05, 2009

H1N1 & KAD 09'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Nisfu Sya'aban. Salam Ramadhan Kareem. Tinggal beberapa lagi sahaja sebelum melangkah ke bulan itu insyaallah. Beberapa hari yang lalu, ana telah menukar template blog ni kepada yang lebih bersahaja. Nampak macam gaya majalah :) Tapi, jika terkeluar 'gambar yang kurang sopan', maafkan ana. Mungkin itu virus dan sebagainya. Minta dijauhkan. Allahumma amen.

Alhamdulillah, diri ini masih berupaya untuk berblogging. Dikurniakan kesihatan tubuh badan dan kewarasan aQal fikiran. Ramai juga sahabat-sahabat diluar sana yang demam, batuk, selsema dan sebagainya. Di UPM sahaja, lebih 1000 mungkin. Bahkan lebih. Mereka yang pergi ke PK (Pusat Kesihatan) UPM tidak berpusu-pusu. Doktor dan jururawat masing-masing sibuk melayan pesakit.

Di kolej 12, edaran mask dan sabun pencuci tangan sebagai salah satu langkah keselamatan yang diambil. Dengar cerita, harini UPM mewajibkan pemaikan mask. Ohh, "adakah aku akan memakainya" ^^? Semalam kawanku digelakkan oleh beberapa lelaki kerana memakai 'alat tersebut'. Kenapa, teruk sangat ker? Dalam fikiranku, nak buruk ker, nak sakit? Baik buruk dari terus dijangkiti dan kemudian meninggal. Na'uzubillah min zalik.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Sedang melayari internet, ternampak satu isu menarik. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Beliau menambah, bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa. Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

Pagi tadi roomate ana kata, sudah 12 kematian dicatatkan di Malaysia. Semakin serius isu ini ^^' Mengikut laporan Malaysiakini.com, seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu. Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Hurm, nak pergi mana-mana, rasa takut menyelubungi. Jakgi nak keluar mengajar dan esok ada kerja disana sini. Moga Allah swt ,melindungi dan merahmati semua. Alalhumma amen.

Sebenarnya, nikmat kesihatan juga ujian dari tuhan. Samada kita bersyukur atau sebaliknya. Firman Allah swt, "Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu kufur maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

MOga segala yang berlaku ini dijadikan iktibar dan sebagai peringatan bersama. Allah swt tidak menurunkan bala pada kaum kuffar sahaja, tetapi kaum muslimin yang membiarkan kemungkaran dan maksiat berlaku. Renung-renungkan. Wallahu'alam

Nadirah Ahmad Azam
http://bingkisanurani.blogspot.com/

***************************************************************************************
Selesai sudah KAD 09'. Ada permintaan supaya diletakkan gambar.
Sumber gambar: firdausmahadi (firdausmahadi.com)

Presiden GAMIS, Saudara Dzulkhairi Mohd Noor


Ustaz Asri Rabbani


Perasmian dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nit Mat


Camera action..


Kumpulan Nibras dari Tanah Arab, Mesir


Kumpulan Rabbani


Kumpulan Hijjaz


Kumpulan Raihan


Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia (saya sangat33 suka!)


Pentomen yang menginsafkan..


Sangat terhibur..


bingkisaNurani:
tidak sabar menantikan Ramadhan Kareem ^_^

Read More :D
Related Posts with Thumbnails