Followers

Monday, January 04, 2010

Pos Simpor (Siri 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Tidak bertemu dua debu; debu api neraka dan debu perjuangan…”


31 Disember 2009 menyaksikan 15 aktivis yang terdiri dari 10 muslimin dan 5 muslimat memilih jalan dakwah dari menyambut tahun baru dirumah ataupun diluar. Bertempat di Gua Musang, Kelantan, NGO yang terlibat dalam pengembaraan kali ialah Muhammadiyah International, PERIHATIN MALAYSIA dan IOA.

Sasaran kami pada kali ini adalah orang asli disekitar Pos Simpor. Sebelum meneruskan perjuangan, kami singgah sebentar di Kampung Raja, Cameron Highland untuk mengumpul kekuatan dan melakukan ibadah fardie. Selepas 3 jam berehat, kami terus menunaikan solat subuh dan bersarapan sebelum ke Kuala Betis untuk menyiapkan beberapa kelengkapan terakhir sebelum meneruskan misi dakwah.

Trak kuning Abang Azmarul , Opel Ustaz Abu dan Land Rover Ecik Syamsul telah bersedia untuk melakukan khidmat yang terbaik buat kami. Usai solat jumaat, kami mula bergerak ke kawasan tanah merah. Cuaca pada permulaan perjalanan kami sangat baik. Muslimat diberi sedikit cabaran apabila dikehendaki menaiki trak kuning yang merupakan satu-satunya Land Rover yang ‘terbuka’. Tiada belas kasihan, tidak mengenal jantina, kami para mujahidah dicium oleh debu-debu yang berterbangan dengan rakusnya. Walaupun terdapat antara kami yang terbatuk-batuk, ia tidak menghancurkan semangat kami untuk terus berjuang. Allah Akbar!

Beberapa minit selepas matahari menyembunyikan dirinya, kami semua selamat tiba di salah sebuah kampung orang asli di Pos Simpor. Ana sangat teruja dengan sambutan yang diterima dikampung ini. Berbanding dengan kampung orang asli yang ana sertai dibeberapa tempat sebelum ini, keadaan disini sedikit luar biasa. Ana mula tertarik dengan keramahan mereka. Apa yang ana dengar, mereka sanggup berjalan kaki sejauh 50km semata-mata untuk bersama kami! Kalau ana, 5km pun dah nak pengsan ^^! Ana sempat berkenalan dengan K.Rokiah, Rohani, Pandak dan beberapa warga orang asli disitu.

Malam pertama disitu, kami mengadakan makan besar ataupun ‘Cak Raya’ dalam bahasa orang aslinya. Sebelum itu, kami bersama orang asli mendirikan solat secara berjemaah dan dihidangkan dengan tazkirah oleh Ustaz Hasyim. Aktiviti diteruskan dengan sesi perkenalan dengan mereka. Sedikit hiburan malam ditayangkan kepada mereka untuk mengisi masa lapang disamping mengeratkan lagi ukhwah kami bersama penduduk disitu. Malam pun melabuhkan tirainya dan kami terlelap dengan nikmatnya.

Azan subuh terngiang-ngiang ditelinga. Kami semua pantas bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan. Sedikit syahdu, orang asli disekitar tempat teduhan kami, masing-masing berpusu-pusu memenuhi ruangan tempat solat. Tiba-tiba ana teringat sesuatu. Berbanding dirumah atau tepatnya ditempat yang selesa, ana sangat mudah terjaga dari buaian mimpi. Betullah kata seorang kawan ana iaitu K.Ruqaiyah, kalau semua selesa, kita agak malas untuk melakukannya dan sering menangguhkannya walhal benda itu perkara kebaikan apatah lagi jika ia wajib. Aku termangu seketika memikirkan hal itu. Astagfirullahal’adzim.

Selepas santapan dan sedikit perkongsian agama, kami menziarahi kawasan disekitar itu termasuk rumah Tok Batin. Apa yang Ustaz Wahab katakan pada ana, Tok Batin disini menganut agama kristian. Aku melihat gereja buluh dari kejauhan. “Umat islam leka sehinggakan pendakwah agama lain menceroboh tempat ini dulu!” Aku bermonolog sendiri. Sedikit keluhan. Sakit hatiku bila terpandang salib yang terlekat megah didinding dewan itu. Bendera Malaysia pula berdiri tegak disisinya. Jadi, itulah tujuan kami disini. Menjernihkan yang sudah hitam. Ustaz Wahab menyambung madahnya, KITAlah yang harus menyedarkan mereka. Umat islam yang leka itu adalah KITA. KITA! Ya, ana mengulangi perkataan itu, KITA! (T_T)

Matahari sudah menampakkan garangnya. Kami bersiap-siap untuk meninggalkan kampung tersebut. Sedikit agihan diberikan kepada penduduk kampung tersebut. Sedikit sayu ketika itu. Masing-masing seolah-olah sedih dengan pemergian kami. Begitu juga kami. Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Dandut. Sedikit lucu mendengarkan nama kampung tersebut ^^,

Saat yang paling ana tidak boleh lupa dalam hidup apabila diamanahkan untuk mengislamkan seorang perempuan di kampung itu. Billa Binti Sami. Itulah nama dia. Dengan debar didada, ana menyebut satu persatu syahadah agar dia dapat mengikutinya. Rasa ingin menitiskan air mata apabila Billa dapat menyebut kalimah suci itu dengan lancar sekali. Kami semua mengucapkan syukur atas segalanya yang telah dipermudahkanNya. Satu lagi acara yang dinanti-nantikan adalah majlis akad nikah. Siapa yang akan disatukan ketika itu? Yang pasti, bukan ana ;p

Setelah dua upacara hebat itu berlangsung, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Sedal. Perjuangan kami diuji disini. Hanya 3 orang sahaja yang merupakan muslim berbanding dengan ratusan penduduk yang lain. Kami meneruskan aktiviti disini dengan menyiapkan makanan petang. Kami memanggil penduduk kampung untuk menjamu selera sekali. Usai solat asar, kami mengagihkan sedikit ole-ole untuk mereka. Dikampung tersebut terdapat pelbagai binatang liar seperti gajah, harimau, ular dan lain-lain. Tetapi semasa kedatangan kami, makhluk Allah tersebut tidak menampakkan diri melainkan ular putih yang tidak pasti datang dari ceruk mana. Sebelum bulan menampakkan mukanya, kami mengambil keputusan utuk menyambung lagi perjalanan.

Tidak sampai 1 minit perjalanan, kami diuji lagi. Hampir 2 jam kami tersekat didalam lumpur. Pelbagai pengalaman emas yang ana dan sahabat lain dapat ketika itu. Apa yang penting ketika itu adalah kerjasama. Syukur kepada tuhan kerana mengurniakan kami ukhwah yang sangat mantap ^_^

Disepanjang perjalanan pulang ke jalan yang bertar, kami tidak dapat melelapkan mata memikirkan pelbagai kenangan indah yang diperoleh. Tiba-tiba kaki ana disentuh. Ana membuka kelopak mata. Sudah sampai Kuala Betis. Allah Akbar. Walaupun dalam keadaan 1001 ketidakselesaan, kami tertidur juga akhirnya. Kelihatan semua keletihan yang amat sangat. Bagi ana, keletihan kami adalah kegembiraan kami. Gembira kerana dapat menyampaikan kalimah tuhan. Sangat gembira. Alhamdulillah :)


Sesungguhnya pengalaman dakwah kali ini, adalah antara yang terbaik pernah ana ikuti. Moga ana dapat istiqomah dengan perjuangan ini. Takbir!!!

Sampaikanlah walaupun satu ayat.

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam
04 Januari 10’, 20:11, UPM Serdang
http://bingkisaNurani.blogspot.com

7 comments:

  1. Allahuakbar!!
    Moga terus tsabat ya ukhti...
    yup...

    “Tidak bertemu dua debu; debu api neraka dan debu perjuangan…”

    semoga kita jumpa di'sana' nanti diatas jalan yg sama...
    doakan ana kat sini...
    mampu mengirim doa je....
    jasad masih disini namun hati selalu hendak ke sana...
    subhanallah rase sebak sangat....
    insyaAllah....

    Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
    ( Surah An-Nisaa' : Ayat 32 )

    maaf ye salah silap ana...
    sayang enti kerana Allah....
    sayang sangat....

    ReplyDelete
  2. to nana:

    insyaallah nana, tuhan tu Maha Adil. DIA tahu apa yang terbaek buat kita. Ana percaya, enti ada banyak kelebihan dan peluang tersendiri. Cuma lambat dan cepat saja aturanNya, segalanya kita serah pada Allah setelah berusaha..

    bersama kita dijalan dakwah..

    uhibbuki fillah aidon ya ukhti..

    ukhwah abadan abada lilla hita'ala ^^

    ReplyDelete
  3. salam ziarah,naper ade siri satu..ade sambungan lg ke uhti?huuhuu..:)

    ReplyDelete
  4. hmm pada 31 disember, ada aktiviti task force anjuran Jim kat jb..
    berderau gak,bukan pd org2 yg berpeleseran kat teluk danga, tapi geram kat peserta yg kononnya bergelar ikhwah terutamanya mantan pelajar hidayah sendiri.
    ada antara mereka buat kerja tak serius, ada yg komplen lapar sebab tak makan malam.
    malu rasernye, ni ke generasi yg akan menyambung perjuangan ibubapa nanti?

    ReplyDelete
  5. to al-azhar: na'am, nantikan siri seterusnya :D

    to luqman: enta nasihatkan mereka. tegur slow2.. manusia x lari dari kesilapan..sama2, muhasabah diri.

    ReplyDelete
  6. wallahu'alam..ana termasuk dlm golongan yg komplen tu jugak..(ngantuk la katakan).

    ReplyDelete
  7. x pe..

    all da best!

    jadikan harini lebih baik dari smalam~

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails