Followers

Tuesday, January 12, 2010

Pos Simpor (Siri 3)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

'Mengada' sungguh buat banyak siri. Sedang ana berjalan-jalan melihat blog teman seperjuangan, mata terpaku. S.A.L.I.B? Macam mana ana tak perasan.

Kata sahabat ana, saudara azhar,
Semasa perjalanan ke Pos Simpor, kami melihat satu kawasan penuh dengan replika salib di situ.. Apakah maksudnya? Adakah di situ mereka mahu menunjukkan itu kawasan mereka?

Baru ana perasan, perjalanan sebelum sampai ke Pos Simpor, kami melalui suatu kawasan yang 'menyakitkan hati'.. tapi kenapa ana tak perasan? (tengah tidur dalam land rover kot masa tu ^^!)

Dari jauh memang tak perasan..


Bila datang dekat...


Replika manusia digantung ditiang salib!


Berbagai persoalan bermain difikiran ana. Apa yang penting kini, usaha dakwah ini tiada penghujungnya. Kita kena terus menyampaikan, menyampaikan dan menyampaikan ajaran islam fi ayyi makan wa ayyi zaman. Peringatan untuk diri T_T

Takbir!

6 comments:

  1. ni mgkin satu tindak balas mereka terhadap gereja-gereja mereka yg dibakar? (takde kaitan kot)

    kalau lah yg bakar gereja tu terdiri dpd melayu islam, malu dibuatnya..sebab dalam islam (peraturan jihad), umat islam dilarang sama sekali memusnahkan biara-biara agama lain.
    Khalifah Umar al-Khattab, sahabat paling otai pun tak kacau gereja di baitulmaqdis.

    ReplyDelete
  2. xde kaitan la, replika salib tu dah lama.. gereja dibakar ni baru sangat..

    tu la, ana mmg terkejut, pasai pe nak p bakaq gereja tu..

    x habis isu nama allah, bangkit pula isu gereja..

    ReplyDelete
  3. agaknye (andaian ana semata-mata,jgn diterima bulat2), ni angkara org2 yg tak puas hati dgn isu nama Allah ni.

    wallahualam

    ReplyDelete
  4. gereja tu xpatut dibakar...kerana bertentangan dengan dakwah Islam...

    ReplyDelete
  5. untuk pengetahuan,kawasan pos simpor adalah kawasan kuat kristian hingga ke pos Gob..dulu majoriti adalah kristian..cuma dalam setahun dua ni baru ada yg memeluk Islam ..itu pun yg islam kat kg simpor yg byk..tempat2 lain masih majoriti kristian lagi...

    dan ana rasa diorang buat replika itu untuk meraikan perayaan krismas sebelum ini...

    ReplyDelete
  6. to luqman: apepun isu nyer, islam wajib dipertahankan dimana sahaja. takbir!

    to abu: na'am..method salah..

    to jaa: tugas kita sebagai pendakwah utk mengislamkan mereka. siapa lagi kalo bukan org islam sendiri..

    islam itu indah..tapi penganutnya yang menyebabkan non-muslim ragu2 dgn agama suci ini..

    tepuk dada tanya iman..

    peringatan utk diri sendiri~

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails