Followers

Monday, January 25, 2010

- KOBANNA 2010-


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Objektif Konvensyen

* Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
* Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
* Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
* Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

Agenda

8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran peserta

8.30 – 8.45 pagi Ucapan Alu-Aluan

9:00 – 10.00 pagi Perasmian

10.00 – 10.30 pagi Minum pagi

10.30 – 11.30 pagi Ucaptama

11.30 – 12.40 pagi Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Ustaz Mohd Rusdi bin Haji Alias

12.40 – 2.30 ptg Solat & makan tengahari

2.30 – 3.40 ptg Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Ustaz Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman

3.40 – 3.50 ptg Selingan video

3.50 – 5.00 ptg Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni

5.00 – 5.30 ptg Pembentangan Resolusi & Penutupan Majlis

Maklumat Lanjut: http://kobanna.ismaweb.net/


bingkisaNurani:
pakat2 pegi deh ^^,
Read More :D

Saturday, January 23, 2010

_PRK UPM_

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk PRK UPM sesi ini, ana diamanahkan menjadi pencadang kepada sahabat seperjuangan ^^, ada juga yang bertanya, tak jadi calon ker? hu3, kurang 4 bulan ana dikampus hijau ini. Sem akhir mana boleh jadi calon ^^!

Sempat ana pergi proses penamaan, pengumam calon yang bertanding dan proses bantahan. Konklusinya, terlebih 'duka' dari suka. Ana sangat333 hairan. Bagaimana orang islam menentang orang islam sendiri. Sangat menyedihkan. Sungguh, nak tegakkan islam, memang memerlukan 1001 pengorbanan. Doakan kemenangan islam. Allahumma amen.

Kepada sahabat-sahabat UPM, jom turun mengundi 26 januari ini. Undi dengan bijak. Kalau dok tahu nak undi siapa, insyaallah ana akan membantu.

((Ana ada buat tinjaun, warga UPM tidak mengenali calon yang akan bertanding. Macam mana nak kenal, "pihak itu" tidak memperkenalkan calon kepada umum. Kempen hanya sehari. Sistem pula e-voting. Agaknya releven tak?))


Pagi sebelum proses penamaan calon...


Petikan dari blog PRO-M UPM(click here):
"Main Kasar. Itu sifat yang sesuai ditujukan kepada pihak yang membuat onar di awal pagi hari penamaan calon. Seawal jam 6.25 pagi, team UPM-today menerima satu email daripada seorang bakal calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UPM yang mendakwa pintu pagar rumah sewanya dililit dan di mangga dengan rantai besi seberat lebih 2 kilogram..."

Sangat kecewa. Dari sesi lepas pun mereka buat macam ni. Ana pun tak tahu nak komen apa. Anda bagaimana?

Doakan kemenangan islam. Takbir!
Read More :D

Friday, January 22, 2010

:: Al Tahfiz Bayu Syahadah ::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sabtu lepas, ana berkesempatan menjejakkan kaki ke KUIS, yang kurang 20 minit dari UPM ^^, sempena konsert 'Tour de Tahfiz' yakni jelajah ke seluruh IPT, untuk mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks Tahfiz. Konsert yang sungguh murni!

UIA, KUIS & UDM sudah.. UPM bila nak buat ni. Adoi33..

Jom baca bicara hati Ustaz Nazrey kita ^^,


***********************************************************



TAHFIZ BAYU SYAHADAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya Nazrey Johani, selaku pengerusi projek pembinaan KOMPLEKS PENGAJIAN TAHFIZ BAYU SYAHADAH ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt, Rabbul 'alamin, kerana dengan keizinan-NYA, projek pembinaan sekolah tahfiz di Sabah ini telah mula mengorak langkah sedikit demi sedikit berkat kesungguhan kumpulan kami yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan projek ini dapat dijalankan dengan baik.

Seperti yang ramai dari kalangan masyarakat kita sedia maklum, di Sabah, pembelajaran ilmu-ilmu agama agak kurang dan tarbiyyah keagamaan dari segi rohaninya, zahirnya, mahupun batinnya agak menyedihkan jika dibangdingkan denan negeri-negeri lain di semenanjung. Masalah sebegini tidak boleh dipandang ringan, bukan sahaja di Sabah, bahkan di seluruh dunia sekalipun.

Dengan demikian, saya bercadang untuk mendirikan sebuah sekolah tahfiz di negeri kelahiran saya sendiri bagi melahirkan lebih ramai generasi yang beriman, beramal dan bertaqwa yang akan menjadikan perjuangan agama Allah sebagai matlamat hidup. Namun semua ini tidak akan tercapai tanpa sokongan ikhlas daripada tuan-tuan. Ayuh marilah kita bersama-sama menyumbang untuk saham akhirat yang akan menjadi bekalan untuk kita di sana kelak, insyaAllah.

Akhir kata, saya dahulukan sokongan tuan puan dengan lafaz jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa tuan puan di akhirat kelak. Memang benarlah janji Allah, selangkah kita pada-NYa, SERIBU LANGKAH-NYA pada kita.


Nazrey Johani


layari blog beliau sekarang!! ^^,


Read More :D

Tuesday, January 12, 2010

Pos Simpor (Siri 3)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

'Mengada' sungguh buat banyak siri. Sedang ana berjalan-jalan melihat blog teman seperjuangan, mata terpaku. S.A.L.I.B? Macam mana ana tak perasan.

Kata sahabat ana, saudara azhar,
Semasa perjalanan ke Pos Simpor, kami melihat satu kawasan penuh dengan replika salib di situ.. Apakah maksudnya? Adakah di situ mereka mahu menunjukkan itu kawasan mereka?

Baru ana perasan, perjalanan sebelum sampai ke Pos Simpor, kami melalui suatu kawasan yang 'menyakitkan hati'.. tapi kenapa ana tak perasan? (tengah tidur dalam land rover kot masa tu ^^!)

Dari jauh memang tak perasan..


Bila datang dekat...


Replika manusia digantung ditiang salib!


Berbagai persoalan bermain difikiran ana. Apa yang penting kini, usaha dakwah ini tiada penghujungnya. Kita kena terus menyampaikan, menyampaikan dan menyampaikan ajaran islam fi ayyi makan wa ayyi zaman. Peringatan untuk diri T_T

Takbir!
Read More :D

Saturday, January 09, 2010

Pos Simpor (Siri 2)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saja buat 2 siri, sebab entri kali ini khas untuk gambar. Bagi sahabat seperjuangan yang tak berkesempatan nak sertai, tataplah gambar-gambar ni sebagai pengubat rindu :D

Sebelum itu, pastikan anda membaca laporannya..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

bermula disini....

Trak Kuning Abang Azmarul


Land Rover Encik Syamsul


Kiri sekali, opel Ustaz Abu


Sebelum bertolak, kami singgah di Kuala Betis


Lori balak menemani perjalanan kami. ngeh3 ^^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KAMPUNG SIMPOR

Kami menginap disini ^^


Tok batin mereka masih kristian..


Salah satu alat permainan mereka, macam sumpit kecil..


Mulakan dengan bismillah ^^,)


Licin! ^^,)


Ason, anak kepada K.rokiah (kena jangkitan mata, kesian sangat tengok dia..)


Mereka sangat berdikari. Orang asli memang hebat!


Anak anjing yang berkeliaran. Sini banyak sangat anjing..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KAMPUNG DANGDUT
(nama kampung tak boleh blah ^^,)

Sah bergelar suami isteri, bahagia melihat mereka ^^)


Kami bersama keluarga pengantin~


Saat meng'syahadah'kan Billa


Sah bergelar seorang muslimah. Alhamdulillah


Sangat indah permandangan disini. Subhanallah

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KAMPUNG SEDAL

Hanya 3 orang sahaja yang muslim, banyak binatang buas sini..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Insyaallah, cuti raya cina nanti, kami akan turun ke Pos Balar di Gua Musang, Kelantan. Haritu Ustaz Wahab ajak ana sertai pengembaraan ke Batam, Indonesia tapi den ada kuliah. Insyaallah, suatu hari nanti ^^,

"sampaikanlah walaupun satu ayat"


Read More :D

Wednesday, January 06, 2010

.: Keputusan PRU KTI 09/10 :.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Usai PRU KTI (Komuniti Teman Inteam), keputusannya:



A. Presiden: Abuafham

B. Timbalan Presiden 1: Yeopmi

C. Timbalan Presiden 2: Ainur87

D. Setiausaha: Bingkisanurani

E. Bendahari: Abadaa

F. 5 orang AJK terpilih:

1. Shahrael
2. Aliff
3. Mazri
4. Rosma
5. Hudafatinah
6. Silantra
7. Anosasasdira
8. mmsafa
9. Sutera
10. Hynarazak

Kepada teman seperjuangan, tahniah dan takziah ana ucapkan. Jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Pesanan untuk diriku juga =)

Doa kami, Sof Kepimpinan KTI 2010:-

"Ya Allah bantu kami semua, insan yang masih terus mengharap belai kasih Mu, permudahkan urusan kami dalam memimpin KTI ini ya Allah. sesungguhnya kami lemah tanpa petunjuk dan pimpinan rahmat Mu ya Allah. Ikhlas kan hati kami ya Allah, jernihkan fikiran kami ya Allah, luruskan liku-liku perjalan kami ini ya Alllah, dan tetap teguhkan iman kami ya Allah. Bantu kami semua untuk mjalankan tugas dan tanggungjawab yg di amanahkan ini dengan sebaik mungkin..perkenankan doa kami ini ya Allah..amin"
Read More :D

Monday, January 04, 2010

Pos Simpor (Siri 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Tidak bertemu dua debu; debu api neraka dan debu perjuangan…”


31 Disember 2009 menyaksikan 15 aktivis yang terdiri dari 10 muslimin dan 5 muslimat memilih jalan dakwah dari menyambut tahun baru dirumah ataupun diluar. Bertempat di Gua Musang, Kelantan, NGO yang terlibat dalam pengembaraan kali ialah Muhammadiyah International, PERIHATIN MALAYSIA dan IOA.

Sasaran kami pada kali ini adalah orang asli disekitar Pos Simpor. Sebelum meneruskan perjuangan, kami singgah sebentar di Kampung Raja, Cameron Highland untuk mengumpul kekuatan dan melakukan ibadah fardie. Selepas 3 jam berehat, kami terus menunaikan solat subuh dan bersarapan sebelum ke Kuala Betis untuk menyiapkan beberapa kelengkapan terakhir sebelum meneruskan misi dakwah.

Trak kuning Abang Azmarul , Opel Ustaz Abu dan Land Rover Ecik Syamsul telah bersedia untuk melakukan khidmat yang terbaik buat kami. Usai solat jumaat, kami mula bergerak ke kawasan tanah merah. Cuaca pada permulaan perjalanan kami sangat baik. Muslimat diberi sedikit cabaran apabila dikehendaki menaiki trak kuning yang merupakan satu-satunya Land Rover yang ‘terbuka’. Tiada belas kasihan, tidak mengenal jantina, kami para mujahidah dicium oleh debu-debu yang berterbangan dengan rakusnya. Walaupun terdapat antara kami yang terbatuk-batuk, ia tidak menghancurkan semangat kami untuk terus berjuang. Allah Akbar!

Beberapa minit selepas matahari menyembunyikan dirinya, kami semua selamat tiba di salah sebuah kampung orang asli di Pos Simpor. Ana sangat teruja dengan sambutan yang diterima dikampung ini. Berbanding dengan kampung orang asli yang ana sertai dibeberapa tempat sebelum ini, keadaan disini sedikit luar biasa. Ana mula tertarik dengan keramahan mereka. Apa yang ana dengar, mereka sanggup berjalan kaki sejauh 50km semata-mata untuk bersama kami! Kalau ana, 5km pun dah nak pengsan ^^! Ana sempat berkenalan dengan K.Rokiah, Rohani, Pandak dan beberapa warga orang asli disitu.

Malam pertama disitu, kami mengadakan makan besar ataupun ‘Cak Raya’ dalam bahasa orang aslinya. Sebelum itu, kami bersama orang asli mendirikan solat secara berjemaah dan dihidangkan dengan tazkirah oleh Ustaz Hasyim. Aktiviti diteruskan dengan sesi perkenalan dengan mereka. Sedikit hiburan malam ditayangkan kepada mereka untuk mengisi masa lapang disamping mengeratkan lagi ukhwah kami bersama penduduk disitu. Malam pun melabuhkan tirainya dan kami terlelap dengan nikmatnya.

Azan subuh terngiang-ngiang ditelinga. Kami semua pantas bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan. Sedikit syahdu, orang asli disekitar tempat teduhan kami, masing-masing berpusu-pusu memenuhi ruangan tempat solat. Tiba-tiba ana teringat sesuatu. Berbanding dirumah atau tepatnya ditempat yang selesa, ana sangat mudah terjaga dari buaian mimpi. Betullah kata seorang kawan ana iaitu K.Ruqaiyah, kalau semua selesa, kita agak malas untuk melakukannya dan sering menangguhkannya walhal benda itu perkara kebaikan apatah lagi jika ia wajib. Aku termangu seketika memikirkan hal itu. Astagfirullahal’adzim.

Selepas santapan dan sedikit perkongsian agama, kami menziarahi kawasan disekitar itu termasuk rumah Tok Batin. Apa yang Ustaz Wahab katakan pada ana, Tok Batin disini menganut agama kristian. Aku melihat gereja buluh dari kejauhan. “Umat islam leka sehinggakan pendakwah agama lain menceroboh tempat ini dulu!” Aku bermonolog sendiri. Sedikit keluhan. Sakit hatiku bila terpandang salib yang terlekat megah didinding dewan itu. Bendera Malaysia pula berdiri tegak disisinya. Jadi, itulah tujuan kami disini. Menjernihkan yang sudah hitam. Ustaz Wahab menyambung madahnya, KITAlah yang harus menyedarkan mereka. Umat islam yang leka itu adalah KITA. KITA! Ya, ana mengulangi perkataan itu, KITA! (T_T)

Matahari sudah menampakkan garangnya. Kami bersiap-siap untuk meninggalkan kampung tersebut. Sedikit agihan diberikan kepada penduduk kampung tersebut. Sedikit sayu ketika itu. Masing-masing seolah-olah sedih dengan pemergian kami. Begitu juga kami. Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Dandut. Sedikit lucu mendengarkan nama kampung tersebut ^^,

Saat yang paling ana tidak boleh lupa dalam hidup apabila diamanahkan untuk mengislamkan seorang perempuan di kampung itu. Billa Binti Sami. Itulah nama dia. Dengan debar didada, ana menyebut satu persatu syahadah agar dia dapat mengikutinya. Rasa ingin menitiskan air mata apabila Billa dapat menyebut kalimah suci itu dengan lancar sekali. Kami semua mengucapkan syukur atas segalanya yang telah dipermudahkanNya. Satu lagi acara yang dinanti-nantikan adalah majlis akad nikah. Siapa yang akan disatukan ketika itu? Yang pasti, bukan ana ;p

Setelah dua upacara hebat itu berlangsung, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Sedal. Perjuangan kami diuji disini. Hanya 3 orang sahaja yang merupakan muslim berbanding dengan ratusan penduduk yang lain. Kami meneruskan aktiviti disini dengan menyiapkan makanan petang. Kami memanggil penduduk kampung untuk menjamu selera sekali. Usai solat asar, kami mengagihkan sedikit ole-ole untuk mereka. Dikampung tersebut terdapat pelbagai binatang liar seperti gajah, harimau, ular dan lain-lain. Tetapi semasa kedatangan kami, makhluk Allah tersebut tidak menampakkan diri melainkan ular putih yang tidak pasti datang dari ceruk mana. Sebelum bulan menampakkan mukanya, kami mengambil keputusan utuk menyambung lagi perjalanan.

Tidak sampai 1 minit perjalanan, kami diuji lagi. Hampir 2 jam kami tersekat didalam lumpur. Pelbagai pengalaman emas yang ana dan sahabat lain dapat ketika itu. Apa yang penting ketika itu adalah kerjasama. Syukur kepada tuhan kerana mengurniakan kami ukhwah yang sangat mantap ^_^

Disepanjang perjalanan pulang ke jalan yang bertar, kami tidak dapat melelapkan mata memikirkan pelbagai kenangan indah yang diperoleh. Tiba-tiba kaki ana disentuh. Ana membuka kelopak mata. Sudah sampai Kuala Betis. Allah Akbar. Walaupun dalam keadaan 1001 ketidakselesaan, kami tertidur juga akhirnya. Kelihatan semua keletihan yang amat sangat. Bagi ana, keletihan kami adalah kegembiraan kami. Gembira kerana dapat menyampaikan kalimah tuhan. Sangat gembira. Alhamdulillah :)


Sesungguhnya pengalaman dakwah kali ini, adalah antara yang terbaik pernah ana ikuti. Moga ana dapat istiqomah dengan perjuangan ini. Takbir!!!

Sampaikanlah walaupun satu ayat.

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam
04 Januari 10’, 20:11, UPM Serdang
http://bingkisaNurani.blogspot.com

Read More :D
Related Posts with Thumbnails