Followers

Friday, June 13, 2008

Cantiknya Wanita :)







Anda

seorang

wanita

?

Ingin

Cantik

??

Senang

jerk..


Miliki

'7M'








Musyarakah
seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri

Murakabah
mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri

Muhasabah
sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetul kan kekurangan tersebut


Muakobah
sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna

Muqarrabah
sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t

Mujahadah
berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri

Muarabah
cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri

renung2kan & selamat beramal!

***************************************

Puisi Khas buatmu WANITA SOLEHAH :)

WANITA
Renunglah dengan mata hati
Bukanlah dengan emosi
Adakah hadirmu menguntungkan
Atau ianya sekadar mengisi kekosongan

Oh,WANITA
Sering kali engkau berduka
Kononnya engkau sering dipesenda
Oleh kerana hakmu diperguna
Engkau seolah-olah insan yang hina
Hanya berada di belakang pemuda
Sehingga timbulnya pelbagai suara
Yang menuntut hak sama rata

Wahai WANITA
Adakah engkau sudah lupa?
Engkau sebenarnya sangat ISTIMEWA
Ayuh bukalah mata dan minda
Untuk merenung seketika
Agar engkau tidak lagi alpa
Bahawasanya engkau terlalu MULIA

Duhai WANITA
Engkau bukanlah dijadikan daripada kepala
Untuk menjadi ketua segala ketua
Dan engkau juga bukan dijadikan daripada kaki
Untuk dihina dan dikeji ataupun dicaci
Tetapi engkau dijadikan daripada tulan rusuk
Yang terletak dengan hati
Untuk dikasihi dan disayangi

Ingatlah WANITA
Dari rahimmu yang sempit itulah
Lahirnya seorang perdana menteri
Lahirnya seorang ulama sejati
Lahirnya seorang mujahid berani
Lahirnya seorang rasul dan nabi
Tidak dari rahim lelaki
Tidakkah engkau mengerti?
Kedudukanmu terlalu tinggi

WANITA
Sebagai IBU ratu sanubari hati
Mentaatimu adalah tiket ke syurga
Berbakti kepadamu petunjuk sifat taqwa
Mengasihimu lambang akhlak yang mulia
Mengabaikanmu membawa celaka
Mengetepikanmu seolah-olah tiada makna di dunia

Wahai WANITA
Andainya pena dijadikan perantaraan
Untuk membuat segala penilaian catatan
Untuk membuktikan segala KEISTIMEWAAN
Nescaya tiada kemampuan
Kerana engkau terlalu diagungkan
Cukuplah jika engkau telah membuat persediaan
Berlandaskan ilmu dan keimanan
Bukannya berdasrkan emosi dan perasaan
Pastinya engkau dapat menerima kenyataan
Bahawa engkau sebenarnya terlalu dimuliakan
Mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan


2 comments:

  1. salam....
    subahanallah....
    bgitu tinggi darjat wanita...
    ingin skali daku kembali kpd DIA sbgai wanita yg solehah yg punya darjat tinggi di sisi DIA Yang Maha Esa....
    moga cita2 daku kan trcapai...
    ameeen...

    akk,you have very nice blog....
    truskan usaha akk....=]
    thanz 4 da info....

    ReplyDelete
  2. syukran adik..

    same2 kite amik manfaat k..

    moge kite mnjadi mawar berduri..

    seindah hiasan, WANITA SOLEHAH..

    jazakillah..

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails