Followers

Friday, June 20, 2008

IKAN GORENG ??


Kali ini nak ajak kawan-kawan merenung proses menggoreng ikan..Haa..ada apa dengan ikan goreng ek? Ok, mula-mula sekali nak tanya..pada awal mula kita masukkan ikan ke dalam kuali untuk menggorengnya, kita sepatutnya besarkan api atau kecilkan api nya? kalau soalan ini ditanya pada ibu2 yg berpengalaman menggoreng ikan, sudah tentu jawapannya kecilkan api bukan?

Kenapa ye? kenapa tak besarkan saja api? boleh cepat sikit ‘hijrah’ kan ikan tu dari ikan mentah (negatif) kepada ikan goreng (positif). Ya, memang betul kalau terus besarkan api, ikan mentah tadi jadi ikan goreng dalam masa yg lebih singkat. Tapi..cuba kalau dimakannya, cuba cubit sikit isinya, ikan yg dilihat sudah ‘positif’ dari luaran tadi rupa-rupa nya belum ‘positif ‘ lagi isi dalam nya..yg cuma nampak masak (positif) cuma kulit luarnya, berpuas hati kah kita?

Lain hal nya kalau kita kecilkan dulu api pada awal mula menggoreng...ikan itu akan perlahan-lahan ‘berubah’ dari ikan mentah (yang tiada guna) kepada ikan goreng (yang berguna pada kita).

http://www.hoax-slayer.com/images/fish-with-hands1.jpg


Kalau difikir-fikir, mungkin boleh disimbolik pada kehidupan kita, kalau kita nak berubah..kalau perubahan mendadak, adakah berkekalan? seorang ayah yang nak merubah anak nya dengan mendadak (maka guna kekerasan) agar menjadi insan berguna..adakah berhasil cara nya itu? berbanding kalau seorang ayah itu menggunakan pendekatan yang lebih mesra yang mampu menyentuh hati anak nya..insyaALLAH hatinya akan berubah dahulu disusuli anggota badan lain (tingkah laku dan akhlak) kan?

Sama juga halnya, kita ingin berdakwah kepada orang lain. Rasanya jika kita terus utarakan ‘point-point’ kita, adakah mudah diterimanya, berbanding kalau kita berkawan dahulu dengan dia, barulah perlahan-lahan kita masukkan unsur dakwah itu pada masa yang ‘kena’ dan cara yang ‘kena’.

Perumpamaan ini jugak boleh diaplikasikan untuk menggoreng cucur tepung adabi ker, goreng jemput2 ker dan sebagainya. Perumpamaan ini juga selari dengan hadis nabi berkaitan hati di mana nabi tekankan jika baik hati, baiklah seluruh jasadnya, juga perumpamaan ini memberitahu bahawa proses yang penting, bukan capai matlamat yang segera yang dicari dalam erti kata lain istiqamah, beramallah sedikit janji istiqamah.

Teruskan mujahadah, bukan jayakan mujahadah sebab kejayaan adalah ‘bonus’ dari ALLAH. Sampaikan dakwah dan hidayah adalah urusan ALLAH, yang penting kita sampaikan dakwah.


SALAM MUJAHADAH !! :)

2 comments:

  1. erm kalu api rendah kang ikannye kembang. bukan ke mula2 tu api guna api besar, lepas dah garing (sirip ikan tu naik) baru slow kan api..

    ReplyDelete
  2. mungkin banyak pendapat..

    artikel kat atas ni ana amek dari satu laman web islam..

    artikel ni pendapat org lain yg nak simbolik kan dengan kehidupan kita..

    moga bermanfaat

    wallahu'alam

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails