Followers

Saturday, December 13, 2008

" Doktor & Mat Rempit "

Bismillahirrahmanirrahim. Slm wbt. Sudah sminggu ana x posting ape2.. Kali ni ana nak ajak antum melayari kisah DOKTOR & MAT REMPIT ni.. Sama2 mengutip segala pngajaran yg ada insyaallah. BarakallahufiQ :)



Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini.


Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya. Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya."Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`. Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.
Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar." Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu. Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..

BingkisaNurani:
Jangan kita memperlekehkan orang lain. Mungkin dia hina disisi manusia tapi mulia disisi ALLAH? Sama2 insafi kekurangan diri.. Setiap manusia ada kelebihan n KEKURANGAN masing2. Sebab tu kita diciptakan untuk saling lengkap melengkapi.. btui x? :)


4 comments:

  1. betul2x...
    setiap insan ada kekurangan n kelebihan masing2..
    tak semestinya yang hina itu jahat n sebaliknya kan....
    "smile is sadaqah"

    ReplyDelete
  2. na'am huda..
    begitulah aturan alam..
    setiap manusia yg diciptakan ad kkurangan n sebaliknyer..moge2 kite sntiasa menginsafi n muhasabah diri lek..slmt bermujahadah :D

    ReplyDelete
  3. ehm.. sgt post nih sgt sesuai., xsemesti bila dah dressing cam mat rempit, bawak mto laju tu trus kta ckp mat rempit... even mat rempit got heart wat??? i just want to share not to blame anybody,, sbnarnya ada something dlm diri lelaki ini yg wat dorg suka@teruja dgn machinary,motor/keter.. ak pun xtaw nk ckp smp kgkdg rasa terlalu obses pun ade., so far., as long the persons respect others right., berjasa dlm masyarakat., take care of people around him/her., no matter what he has been,. who he is., we should treat him like others., thanxs.. just want to share!!! peace!!

    ReplyDelete
  4. sama2 amek pengajaran k..
    ana x taw org laki die obses/x ngan motor..
    yang penting, pandu cermat, jiwa selamat..
    ingatlah org yg tersayang :)
    ingat ALLAH sokmo deh :)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails