Followers

Thursday, January 29, 2009

< Ismail Haniyeh - Obama >

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Surat Ismail Haniyeh HAMAS kpd Obama US
Sumber: http://inijalanku.wordpress.com/

Presiden Amerika, Barack Obama (kiri) dari Parti Democrat
dan PM Palestin, Ismail Haniyeh (kanan) dari HAMAS.


Setelah Israel dan Pentadbiran Bush gagal menawan Gaza, ke arah menghukum pemimpin HAMAS seperti Saddam Hussein dan menjajah kembali umat Gaza, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh (HAMAS) mengutus surat kepada Presiden Amerika, Barack Obama, orang kulit hitam pertama memimpin Amerika dan dunia, setelah berdekad umat kulit hitam berjuang menuntut keadilan di bumi Amerika.

“Sungguh kamu telah berjaya melangkah jauh, bermula dari hari dimana manusia memperhambakan manusia lain, hari-hari dimana rantai apartheid di Amerika membelenggu manusia, sedang fitrah manusia mendambakan kemuliaan dan kesejahteraan. Umat yang bangkit ialah umat yang tidak mahu menyerah kepada Syaitan. Perjuangan Kebebasan dan mencari Keadilan bermula di detik dimana Kejahatan mehu memaksa kemahuan jahat mereka …”.

“Martin Luther, Malcom X dll menolak kepercayaan bahawa bank Keadilan telah bengkrap. Masih ada di sana harapan. Selepas berdekad berlalunya perjalanan menuju Keadilan yang didamba semua pihak, sebelumnya hak mengundi adalah mimpi disiang hari bagi orang kulit hitam di Amerika, kini kita menyaksikan zaman dimana seorang rakyat Amerika dari asal usul Afrika, penuh dengan semangat dan cita-cita, dipilih rakyat menjawat jawatan tertinggi di muka bumi. Ini bukan sahaja mencetus ilham bagi masyarakat kulit hitam semata-mata, bahkan bagi kesemua masyarakat di dunia yang masih mengimpikan kenikmatan Kebebasan dari taasub membabi buta disuatu hari nanti”.


Didalam surat tersebut, Haniyeh mengucapkan tahniah atas jawatan baru yang dipegang Obama dan menyatakan bahawa Palestin adalah satu-satunya pintu masuk ke Dunia Islam dan kunci kepada pintu Palestin ialah Keadilan dan Kebebasan bagi umat Palestin. “Kami menunggu dan mengalu-alukan semua orang yang mahu melalui Pintu tersebut. Kami juga berharap ianya tidak mengambil masa yang lama dari sekarang”. “Kejayaan di Amerika ini bukan satu-satunya di dunia, bahkan di sana contoh-contoh lain yang banyak yang akhirnya mencapai apa yang kita sama-sama cita-citakan seperti halnya di Afrika Selatan (sistem Apartheid berjaya dibenteras). Dalam masa yang sama sebahagian umat lain masih bertarung seperti halnya di Palestin”.

Haniyeh juga menambah, “Tidak mungkin kami akan redha kepada kezaliman selagi mana kami terus menjadi mangsa kekejaman yang dilakukan oleh tentera Penjajah. Seramai 1330 yang terbunuh dan 5500 yang cedera di Gaza bukan disebabkan pegangan politik tertentu mereka, sebaliknya ia adalah disebabkan umat Palestin mencari Kebebasan”. Haniyeh berharap Obama berusaha membaiki kesilapan-kesilapan pentadbiran Bush, dimana masyarakat antarabangsa sedang memerhati dan meletakkan pengharapan kepada beliau, agar jangan menghampakan harapan mereka.


Di depan Barack Obama mengenai isu Palestin adalah seperti berikut :

1. Adakah Amerika akan mengadakan hubungan dengan HAMAS ? Ini pernah berlaku setelah 13 tahun Amerika memutus hubungan dengan PLO, akhirnya berhubung juga.
2. Adakah Obama akan meneruskan strategi memusnahkan atau melemahkan HAMAS, seperti yang dilakukan oleh presiden-presiden Amerika yang lalu ?
3. Adakah Obama, seorang berkulit hitam di Amerika yang Apartheid berjaya ditamatkan, akan berpegang dengan prinsip yang sama menghapuskan atau sekurang-kurangnya meredakan sokongan terhadap Apartheid yang diamalkan oleh Yahudi di Palestin ?
4. Adakah Amerika akan menaja atau mendokong perang Israel - Palestin lagi sekali selama 4 -5 tahun beliau memerintah ?
5. Adakah HAMAS boleh diubah Fikrahnya dari membebaskan Palestin dengan Jihad kepada mengiktiraf “Israel” dan melucutkan senjata mereka dengan rela, seperti yang akhirnya berjaya dilakukan terhadap FATAH/PLO dengan tawaran pakej ekonomi yang menarik ? Presiden Bush pernah membuat tawaran tersebut tetapi tidak disambut oleh HAMAS, wakil rakyat Palestin yang sah.



bingkisaNurani:
Israel, Amerika, Eropah, Kuasa-kuasa Besar dan sebahagian pemimpin umat Islam merancang jahat terhadap Palestin, tetapi Allah swt juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang. SAVE PALESTINE! ALLAH AKBAR !!!



Read More :D

Wednesday, January 21, 2009

Paprik Terbaik :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Posting kali ni kite cita pasal masak2 :) Ada sahabat ana suh posting pasal resipi, jadi ana terpikir PAPRIK :) Insyaallah nnti ble ana lek uma diz raye cina, ana akan masak. Actually paprik ni senang jer, die mcm tom yam..juz campak2 je..he3.. :)
k, b4 that, diz is the recipe:


Bahan-bahan

* ½ ekor ayam - dipotong kecil2
* 4 ulas bwg merah - ditumbuk
* 2 ulas bwg putih - ditumbuk
* 1 labu bwg besar - dimayang
* 2 btg serai - dititik
* 2 biji buah tomato - dipotong 4
* 5 biji cili padi - ditumbuk
* bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
* sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
* bahan2 perasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

bingkisaNurani:
just try it !



Read More :D

Friday, January 16, 2009

~ PR Campus ~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memberi kekuatan kepada ana untuk membantu sahabat2 berkempen. Walaupun terdapat sedikit halangan, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang. Kami terserempak ngan TNC, Pegawai Keselamatan n pelajar yg kurang senang dengan kami. Sedar x sedaq juga, PRK UPM tinggal sehari jer lagi. Lusa, 19 January 2009, seluruh warga UPM akan turun mengundi calon pilihan mereka. Pesanan ana, undilah calon dengan bijak.
"Masanya telah tiba untuk mahasiswa berubah ".
Disini terdapat catatan sekitar PR Campus..Selamat Membaca ~


:: PRK UM ::
Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.


Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi megalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

bingkisaNurani:
astagfirullah'adzim..macam2 hal zaman skrang ni..


:: PRK UPM :::
Gabungan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada pihak universiti berhubung pengendalian pilihanraya kampus UPM yang dijadualkan 19 Januari depan.

Gabungan itu, yang diketuai oleh Lau Wai Seng, pergi ke pejbat Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun, Dr Nik Mustapha tiada di pejabat. Berikutan itu, Lau menyerahkan memorandum tersebut kepada ketua bahagian komunikasi korporat UPM, Abdullah Arshad pada jam 10.30 pagi tadi.

Dalam memorandum itu, mereka membantah tujuh perkara membabitkan peraturan tatacara pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi sessi 2008-2009.

Tujuh perkara tersebut ialah:

Kempen yang akan berlaku pada hujung minggu, bukan pada hari bekerja.

Penafian hak kepada pelajar kursus perubatan, fakulti perubatan untuk menjadi calon pada pemilihan kali ini.

Kaedah kempen yang sangata terhad (hanya melalui lisan).

Pihak Jawatankuasa pilihanraya (JKP) mengambil alih fungsi jentera calon pilihanraya untuk menjalankan kempen rasmi (JKP yang akan menyediakan bahan dan menggantung poster dan kain rentang calon).

Menutup ruang kepada calon untuk menyampaikan kempen yang baik disebabkan oleh birokrasi yang diwujudkan di peringkat kolej dan fakulti.

Menutup ruang kepada pengundi untuk memilih calon yang berkelayakan sebagai pimpinan pelajar.

Hanya pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan pihak universiti sahaja yang menguruskan pemilihan MPP, tanpa dipantau oleh mana-mana badan luar yang boleh dipercayai.

Penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPM akan berlangsung esok.

upm universiti campus polls pro mahasiswa protest on rules 150109 01Menurut Lau lagi, satu majlis taklimat telah diadakan oleh JKP untuk calon dan pencadang calon.

Dalam majlis itu juga, katanya, mereka meminta penjelasan JKP berhubung penyebaran risalah yang mendakwa pelajar pro-Mahasiswa memboikot pilihanraya kampus.

Risalah itu ditampal dan diedarkan di kolej dan bilik kediaman pelajar.

Bagaimanapun, katanya, calon-calon pro-Mahasiswa menuduh kakitangan UPM yang mengedarkan risalah tersebut.

Sebaliknya, kata Lau, pihak JKP mendakwa kakitangan UPM hanya ditugaskan mengutip risalah tersebut dan bukan mengedarnya.-malaysiakini

bingkisaNurani:
YANG BENAR TETAP BENAR..ALLAH AKBAR!


:: UIAM ::
Pagi ini, notis terbaru berkenaan Pilihan Raya Kampus 2009 UIAM dikeluarkan. Hari Penamaan Calon yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 dipinda ke hari Isnin, 19.Januari.2009. Manakala Hari Pembuangan Undi yang dijadualkan berlangsung pada Isnin, 19.Januari.2009 ditunda ke hari Khamis, 22.Januari.2009.

Notis terbaru ini dikeluarkan berikutan arahan Penundaan Segala Aktiviti Akademik Mahupun Bukan Akademik Pelajar UIAM oleh Pihak Rektor UIAM bermula hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 hingga Ahad, 18.Januari.2009. Penundaan ini adalah berikutan masalah krisis bekalan air yang melanda kawasan Gombak.

bingkisaNurani:
Selamat Mengundi :)



Read More :D

Thursday, January 15, 2009

The Beuty Of Mathematics :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ok, untuk topic kali ni, saje ana nak sembang pasal 'MATHEMATICS'..nape ana amek kos ni yer? erm, b4 that, ana nak btaw subjek sem 4 yg ana amek..18 credit hours :)

BBA2401 BAHASA ARAB I

MTH3301 ANALISIS NYATA

MTH3103 ANALISIS VEKTOR

MTH3501 ANALISIS BERANGKA

MTH3202 PENGENALAN KEPADA ALJABAR MODEN

MTH3901 PROSES PENYELIDIKAN DALAM MATEMATIK & STATISTIK


wow! ade 5 subjek math yg ana amek + 1 arab! blh bawak ker cik jah ;) actually sahabat2 ana pun ngadu yg depa susah nak catch up sampai 5 subjek math untuk sem ni..mmg berat..lagi2 REAL ANALYSIS..mmg REALiti betul..realiti yg memeningkan..kui3..

k lah, berbalik pada topic asal.. MENARIK KER MATHEMATICS ni?? jom kite siasat tgk..

Here is an interesting and lovely way to look at the beauty of mathematics, and of God, the sum of all wonders.

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 987 65
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn’t it?

And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this…

101%

From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here’s a little mathematical formula that might help
Answer these questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
Get you there, It’s the Love of God that will put you over the top!

bingkisaNurani:
Subhanallah :) Sayang ALLAH sokmo deh :) :) :)



Read More :D

Wednesday, January 07, 2009

* Demostrasi Mahasiswa 9 Jan ini *

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengepalai Himpunan Raksasa Mahasiswa Membantah Kezaliman Israel ke atas Gaza, bersama front-front mahasiswa melayu, cina dan india serta parti-parti politik serta NGO pada hari Jumaat depan, 9 Jan 2009 di hadapan Masjid Tabung Haji.

Presiden GAMIS mengesahkan bahawa satu memorandum bantahan dari seluruh Mahasiswa Malaysia akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya selepas solat Jumaat. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan solidariti kepada GAMIS dalam membela nasib umat Islam di Gaza.


GAMIS dengan tegas meminta agar kerajaan berpendirian tegas dalam hal ini dan mempertingkatkan lagi gerak kerja mendedahkan kekejaman rejim Zionis melalui kerjasama secara besar-besaran semua media masa dan NGO yang ada. Kempen besar-besaran perlu diadakan untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia dan menyeru mereka agar memboikot barangan buatan Israel dan sekutu kuatnya Amerika.

Kerajaan juga hendaklah malunaskan tanggungjawab sesama saudara seIslam dengan menghulurkan bantuan perubatan dan mencontohi tindakan berani Libya menghantar kapal bantuan ke Palestin walaupun tahu bakal menghadapi kemungkinan di bom rejim Zionis.

Dalam pada itu, GAMIS juga mendesak agar Kementerian Luar Negara, Datuk Seri Rais Yatim mendesak secara berterusan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (yang akan menggantikan Bush pada 20 Januari) untuk bersuara dalam keganasan di Gaza ini dan bertindak segera bagi menamatkan kekejaman rejim Zionis

GAMIS juga mahukan sebagai sebuah Negara Islam yang disegani oleh kebanyakan Negara Islam lain, Malaysia perlu mendahului Negara lain dalam mengoptimumkan peranannya dalam OIC berkenaan hal ini. Negara-Negara Islam berhampiran dengan Palestin juga diseru untuk bertindak segera memberikan segala bantuan termasuk bantuan ketenteraan secepat mungkin.

apa-apa pun kita sebagai MAHASISWA khususnya, amnya rakyat Malaysia perlu mendesak OIC untuk bertindak sebagai badan yang menjaga kebajikan umat Islam di seluruh dunia. OIC perlu berperanan dengan lebih lantang dan bangkit dari tidur yang yang panjang untuk menyeru kearah kesatuan semua Negara-negara Islam dan mengarahkan semua anggota OIC menghulurkan bantuan perubatan dan kewangan ke Gaza.

bingkisaNurani:
jom join



Read More :D

Saturday, January 03, 2009

** PEDULI PALESTINE **

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya Allah, moga kami tidak cuai dalam menunaikan hak ukhuwwah terhadap saudara kami di Gaza.


Seruan ini ana petik dari laman web IkhwanOnline.com. Ianya berkenaan seruan HAMAS agar seluruh muslimin di seluruh dunia BERPUASA pada 9 dan 10 Muharram sebagai menyahut seruan Rasulullah s.a.w. dan memberikan sokongan kepada penduduk Gaza yang sedang berjuang dengan kelaparan dalam suasana ketakutan dan tekanan yang amat dahsyat.
(Ataupun berpuasa 10 n 11 Muharam)

** Klik Doa Qunut Untuk Gambaran Yang Lebih Besar **



Khaibar...Khaibar... Ya Yahud.

Jaisy Muhammad... Saufa Ya'ud

Hancur..Hancur Wahai Yahudi...

Tentera Muhammad.. Akan kembali...

Kepada Umat Islam,

Janganlah kamu diperolok & diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti brsama dlm barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yg tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu didalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mrk utk tunduk menyerah diri kpd ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Boikot Barangan Israel!


Bismillahirrahmanirrahim..
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)






bingkisaNurani:
Insyaallah, bermula dari saat ini, diriku berjanji untuk tidak lagi membeli barangan kafir zionis. ALLAH AKBAR!!!



Read More :D

Friday, January 02, 2009

Sepintas Lalu

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim. Salam wbt :)
Alhamdulillah, sedaq x sedar, kite dah masuk tahun baru iaitu 2.0.0.9! Adakah kita berpuas hati dengan segala amalan dan tindakan kita selama ini? tepuk dada, tanye 'IMAN'(T_T). Moge diri kite lebih manthop dari yg sebelumnye. Org yg bijak tidak akn masuk dalam lubang yg sama! Sama2 renungkan :)Ok, Kat sini ana nak cita la sket, perjalanan ana b4 masuk tahun baru ni..


27/12. B4 lek UPM, ana sempat g Johor ngan sahabat2 FEZ (Far East Zone) untuk meraikan walimah sahabat kami iaitu saudara Fuzaimi. Alfun mabruk! Moge bahagia hingga jannah wif k.jannah :)
Bile pk balik, mcm2 prasaan ade. Dari pegi hinggalah slamat sampai smula di KL. Ada penat, gembira, sedeh, ceria, tension n len2..sabar jer la yer :)

28/12. Ingat nak lek UPM haritu, tp dah lewat cz kami sampai malam kat Kajang. Ana tdoq kat uma k.rosma.

29/12 kami menyambut awal muharam di PICC. Alfun mabruk buat tokoh Maal Hijral tahun ni. Mmg manthop org nye.

Sblah tengahari tu, bru ana melangkah kaki ke Univ tercinta..ha3..tapi ana sendiri confius, knape hati ni berat sangat nak lek UPM, mungkin kerna diriku bakal meninggalkan bonda tercinta dirumah. Diriku masih punya kewajipan disini. Sekejap jer dh masuk sem 4! Tahun 2010 bulan 4, tamat lah pengajian ana kat Univ yg terkenal ngan gelaran Univ Pertanian suatu ketika dulu..erm, syukran jiddan ala kulli hal kepada sahabat2 FEZ cz hantaq ana lek UPM aritu..terharu bangat. Mereka bagaikan family ana :)

pastu, petang tu gak, depa cakap ustaz Nabil FE (kumpulan Far East) ajak g uma die. Kbetulan ana bru je abes kemas bilik. Walaupun penat x ilang ag, ana join la gak. Malam tu plak depa ajak makan satay. Ana makan 3 cucuk jer. Ikutkan hati nk makan 1 cucuk jerk! kui2..Nk wat camne, sejak akhir2 ni, den x slera nak makan. Nasi pun makan sekali shari. Macam2.. :)

30/12 pulak. Hu3..suatu hari yg baru buat diriku. Harini first class! start kol 10am. Subjek MTH 3501. Analisis Berangka kalo x silap. Masih dlm mood cuti ketika tu.

31/12. Hari terakhir b4 masuk New Year! after abes klas petang tu, ana bsiap2 utk g Masjid Syakirin, KLCC ngan shbt2 FEZ once again. Actually, dh 2 tahun brturut2 kami g sana. Best forum kat sana! serius, ana enjoy sangat. Penceramah nye x asing lagi iaitu Ustaz Fauzi (Al-Kuliyah) n Ustaz Syeikh Ismail Hasyim. Kumpulan Saffone n Ideal memeriahkan lagi pada ambang tahun baru tu. Keadaan disekeliling masjid cukup menyedihkan :( couple2 ajnabi bersepah.. sakit mata, hati n prasaan. Macam2 dunia skrang ni. Camni ker kite syukuri pertambahan umur yg diberi tuhan? Sekali lagi, TEPUK DADA TANYA IMAN.

1/1. Sudah bermulanye tahun baru. Umurku juga meninggkat. Tiada lagi angka 1 didepan dan jua 9 dibelakang. Juga bukan 2 didepan dan 0 dibelakang. ha3..mesti antum pening kan. abaikan jer la tu. Hari tu jugak ana de 2 meting. Petang tu, ana de majlil tahlil di umah m.long d PJ sempena mengingati pemergian p.ngah ana pd 22 nov lepas. Alfatihah.

2/1. Harini klas berjalan sntiasa biasa. Ana n sahabatku nana, seperti biase melangkah untuk meneruskan jihad kami di UPM ni. Sebut pasal nana ni, die ni bz sokmo. Kalah ana yg mmg terkenal ngan kebizian yg tersendiri. Kui3..


Esok plak ade program ngan PMI n lusa de meting krohanian kolej 12. Smoge ALLAH swt merahmati perjuangan ana di bumi yg fana ini. Ilal liqa'. TaQaballahu minni wa minkum. Ws wbt :)

bingkisaNurani:
camni la life ana as a student..bukannye bz sgt, org len 10x ganda bz! (afwan jiddan, byk sgt ayat2 SKEMA..ha3)



Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails