Followers

Friday, January 16, 2009

~ PR Campus ~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memberi kekuatan kepada ana untuk membantu sahabat2 berkempen. Walaupun terdapat sedikit halangan, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang. Kami terserempak ngan TNC, Pegawai Keselamatan n pelajar yg kurang senang dengan kami. Sedar x sedaq juga, PRK UPM tinggal sehari jer lagi. Lusa, 19 January 2009, seluruh warga UPM akan turun mengundi calon pilihan mereka. Pesanan ana, undilah calon dengan bijak.
"Masanya telah tiba untuk mahasiswa berubah ".
Disini terdapat catatan sekitar PR Campus..Selamat Membaca ~


:: PRK UM ::
Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.


Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi megalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

bingkisaNurani:
astagfirullah'adzim..macam2 hal zaman skrang ni..


:: PRK UPM :::
Gabungan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada pihak universiti berhubung pengendalian pilihanraya kampus UPM yang dijadualkan 19 Januari depan.

Gabungan itu, yang diketuai oleh Lau Wai Seng, pergi ke pejbat Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun, Dr Nik Mustapha tiada di pejabat. Berikutan itu, Lau menyerahkan memorandum tersebut kepada ketua bahagian komunikasi korporat UPM, Abdullah Arshad pada jam 10.30 pagi tadi.

Dalam memorandum itu, mereka membantah tujuh perkara membabitkan peraturan tatacara pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi sessi 2008-2009.

Tujuh perkara tersebut ialah:

Kempen yang akan berlaku pada hujung minggu, bukan pada hari bekerja.

Penafian hak kepada pelajar kursus perubatan, fakulti perubatan untuk menjadi calon pada pemilihan kali ini.

Kaedah kempen yang sangata terhad (hanya melalui lisan).

Pihak Jawatankuasa pilihanraya (JKP) mengambil alih fungsi jentera calon pilihanraya untuk menjalankan kempen rasmi (JKP yang akan menyediakan bahan dan menggantung poster dan kain rentang calon).

Menutup ruang kepada calon untuk menyampaikan kempen yang baik disebabkan oleh birokrasi yang diwujudkan di peringkat kolej dan fakulti.

Menutup ruang kepada pengundi untuk memilih calon yang berkelayakan sebagai pimpinan pelajar.

Hanya pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan pihak universiti sahaja yang menguruskan pemilihan MPP, tanpa dipantau oleh mana-mana badan luar yang boleh dipercayai.

Penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPM akan berlangsung esok.

upm universiti campus polls pro mahasiswa protest on rules 150109 01Menurut Lau lagi, satu majlis taklimat telah diadakan oleh JKP untuk calon dan pencadang calon.

Dalam majlis itu juga, katanya, mereka meminta penjelasan JKP berhubung penyebaran risalah yang mendakwa pelajar pro-Mahasiswa memboikot pilihanraya kampus.

Risalah itu ditampal dan diedarkan di kolej dan bilik kediaman pelajar.

Bagaimanapun, katanya, calon-calon pro-Mahasiswa menuduh kakitangan UPM yang mengedarkan risalah tersebut.

Sebaliknya, kata Lau, pihak JKP mendakwa kakitangan UPM hanya ditugaskan mengutip risalah tersebut dan bukan mengedarnya.-malaysiakini

bingkisaNurani:
YANG BENAR TETAP BENAR..ALLAH AKBAR!


:: UIAM ::
Pagi ini, notis terbaru berkenaan Pilihan Raya Kampus 2009 UIAM dikeluarkan. Hari Penamaan Calon yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 dipinda ke hari Isnin, 19.Januari.2009. Manakala Hari Pembuangan Undi yang dijadualkan berlangsung pada Isnin, 19.Januari.2009 ditunda ke hari Khamis, 22.Januari.2009.

Notis terbaru ini dikeluarkan berikutan arahan Penundaan Segala Aktiviti Akademik Mahupun Bukan Akademik Pelajar UIAM oleh Pihak Rektor UIAM bermula hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 hingga Ahad, 18.Januari.2009. Penundaan ini adalah berikutan masalah krisis bekalan air yang melanda kawasan Gombak.

bingkisaNurani:
Selamat Mengundi :)


4 comments:

  1. alhamdulillah..

    keputusan diluar jangkaan..

    Pro-M mendominasi untuk calon bebas..

    Salam Takziyah wa Tahniah :)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    nak tanya..
    ukm jugak ker?

    ReplyDelete
  3. ade sahabat2 yg tanye ana..nape x jadi calon..ana pun guraw2 cakap kat depa, insyaallah sem 6 nanti..tapi sem 6 dah last sem! so, x leh jadi calon dah.. walau ape pun yg terjadi, ana sokmo sokong yang TERBAIK.. yang benar tetap benar :)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails