Followers

Wednesday, January 07, 2009

* Demostrasi Mahasiswa 9 Jan ini *

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengepalai Himpunan Raksasa Mahasiswa Membantah Kezaliman Israel ke atas Gaza, bersama front-front mahasiswa melayu, cina dan india serta parti-parti politik serta NGO pada hari Jumaat depan, 9 Jan 2009 di hadapan Masjid Tabung Haji.

Presiden GAMIS mengesahkan bahawa satu memorandum bantahan dari seluruh Mahasiswa Malaysia akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya selepas solat Jumaat. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan solidariti kepada GAMIS dalam membela nasib umat Islam di Gaza.


GAMIS dengan tegas meminta agar kerajaan berpendirian tegas dalam hal ini dan mempertingkatkan lagi gerak kerja mendedahkan kekejaman rejim Zionis melalui kerjasama secara besar-besaran semua media masa dan NGO yang ada. Kempen besar-besaran perlu diadakan untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia dan menyeru mereka agar memboikot barangan buatan Israel dan sekutu kuatnya Amerika.

Kerajaan juga hendaklah malunaskan tanggungjawab sesama saudara seIslam dengan menghulurkan bantuan perubatan dan mencontohi tindakan berani Libya menghantar kapal bantuan ke Palestin walaupun tahu bakal menghadapi kemungkinan di bom rejim Zionis.

Dalam pada itu, GAMIS juga mendesak agar Kementerian Luar Negara, Datuk Seri Rais Yatim mendesak secara berterusan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (yang akan menggantikan Bush pada 20 Januari) untuk bersuara dalam keganasan di Gaza ini dan bertindak segera bagi menamatkan kekejaman rejim Zionis

GAMIS juga mahukan sebagai sebuah Negara Islam yang disegani oleh kebanyakan Negara Islam lain, Malaysia perlu mendahului Negara lain dalam mengoptimumkan peranannya dalam OIC berkenaan hal ini. Negara-Negara Islam berhampiran dengan Palestin juga diseru untuk bertindak segera memberikan segala bantuan termasuk bantuan ketenteraan secepat mungkin.

apa-apa pun kita sebagai MAHASISWA khususnya, amnya rakyat Malaysia perlu mendesak OIC untuk bertindak sebagai badan yang menjaga kebajikan umat Islam di seluruh dunia. OIC perlu berperanan dengan lebih lantang dan bangkit dari tidur yang yang panjang untuk menyeru kearah kesatuan semua Negara-negara Islam dan mengarahkan semua anggota OIC menghulurkan bantuan perubatan dan kewangan ke Gaza.

bingkisaNurani:
jom join


6 comments:

  1. subhanalallah...apapun yang berhubung dengan palestina, membuat hatiku bergejolak... save Palestina... galang solidaritas dan dana.. di Indonesia ada lembaga emergency yang sekarang sudah berada di perbatasan mesir-Gaza...silahkan kunjungi www.mer-c.org..Allahu Akbar...Tak sekedar kata, buktikan pedulimu...

    ReplyDelete
  2. Salam kang..

    insyaallah ira akan berkunjung ke sana..

    syukran 4 the information.. :)

    SAVE PALESTINE !!

    ALLAH AKBAR !!!

    ReplyDelete
  3. iya Ira...saya tertarik dengan gambar budak di atas... saya sedang cari gambar budak yang syahid itu secara utuh...kalau awak ada berita gambar budak di atas secara utuh tolong saya di beri tahu linknya....sukron

    ReplyDelete
  4. oo..insyaallah nanti kalo ira jumpe gamba tu, ira btaw kang..afwan..

    ReplyDelete
  5. adakah kite hanya tau mengutuk mereka? sedangkan dlm al-Quran dah byk sgt cerita psl bani israil dan perangai diorg. kutuk lah diorg, bakar la bendera diorg, takde kesan pun kat diorg. d least thing we can do, boikot brg2 diorg n rajin2 la kita berdoa supaya diberi kemenangan kpd umat islam..

    ReplyDelete
  6. na'am luqman..ape yg ana mampu buat skrang ialah BOIKOT barangan depa..stakat ni ana masih berjaya BOIKOT. Moga kite smua istiQamah lilla hita'ala :)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails