Followers

Thursday, August 27, 2009

[...Penulisan Kita...]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan Kareem


Salam Jumaat :)

Alhamdulillah, harini merupakan penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan ditambah lagi dengan kemuliaan Ramadhan Kareem. Semalam ana tidak lagi mengajar tuisyen. Memandangkan Final Year Project ditahap yang sedikit kritikal, keputusan telah dibuat. Selepas ini ana akan tumpu pada kerja sebenar yang patut dibuat. Moga dipermudahkan Allah swt.
Allahumma amen :)

Entri pada kali ini, ana akan menyentuh isu penulisan.

Blog dengan penulisan memang tidak boleh dipisahkan. Sejak akhir-akhir ini, ana minat sangat menulis. Seronok melihat sahabat-sahabat yang selalu mengupdated blog mereka. Lagi seronok kalau ana yang begitu. Kalau dulu ana memegang blog Ummah Aid, Amal Wafa' Collection dan menolong beberapa blog sahabat, kali ini amanah yang ditaklifkan lagi berat. Ana kena jaga blog rasmi yang menjadi tatapan umum ramai pihak. Blog apakah itu? Biarlah rahsia :) Rasa macam tidak layak untuk mengendalikan blog tersebut. Tapi, apa yang pasti, ana puas setiap kali dapat mengemaskinikan blog orang lain ataupun blog itu.

Satu persoalan, adakah perlu kita menggunakan 'perkataan yang sempurna' atau dengan kata lain 'bahasa baku' untuk mengupdate blog? Persoalan yang sering bermain-main difikiran ana. Bukan apa, kadang-kadang 'sakit mata' apabila melihat bahasa melayu kita yang disingkatkan sehingga kadang-kadang tak faham langsung. Ana sendiri mengakui dulu ana tergolong dalam 'golongan itu', tapi kini, ana pula yang 'skema'.

Ana mula mengambil endah soal ini apabila ditegur oleh sahabat ana yang mengambil jurusan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.

"Kenapa tulisan enti bercampur bahasa? Sakit mata ana tengok.."

Dia menegur sinis tetapi dalam nada gurauan.

Nampak macam remehkan? Pada mulanya ana tidak mengambil pusing apa yang dia kata. Lama kelamaan, timbul kesedaran. Ana sendiri 'sakit mata' melihat blog sendiri. Sebab itulah kini ana cuba sedaya upaya untuk 'mencantikkan' tulisan di blog ini. Yer, ana cintakan bahasa melayu. Bahasa kita :) Tetapi ia terpulang pada individu. Walaupun bahasa penulisan mereka agak sukar difahami, tapi isinya sangat mantap, ia berguna juga. Cuma lagi elok kalau isi yang mantap + bahasa yang sempurna = hasilnya pasti memuaskan.

Kini, ana agak cerewet setiap kali untuk publish new post. Nampaknya NADIRAH sudah 'skema' sekarang. Heee2 :) Ok, ana permisi dulu. Sampai ketemu. Allahu Akram :)

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. (Imam Muslim/1947) (Imam Bukhari/1763)

bingkisanku,
Nadirah Ahmad Azam

http://bingkisanurani.blogspot.com/

***************************************************************************************************************

MAKLUMAN BERSAMA:

WACANA PEMIKIRAN SAYYID QUTUB

Sempena ulangtahun pemergian as-Syahid sayyid Qutub pada 29 Ogos 1966, Lajnah Dakwah DPPP dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) akan mengadakan Wacana Pemikiran Sayyid Qutub”. Wacana ini akan diadakan pada 29 Ogos 2009 (Sabtu), 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Surau An-Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor.



Maklumat lanjut boleh layari http://wacana- sq.blogspot. com

Sebar-sebarkan.

Wallahu'alam

2 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails