Followers

Monday, August 08, 2011

coretan 9 Ramadhan 1432 :D

Salam Ramadhan Kareem.



9 Ramadhan 1432Hijrah, genap 8 hari berpuasa & 9 hari berterawikh.


Sebut pasal terawikh, Meru (tempatku) sekarang dah maju, surau pun ada air-cond. Dari luar terasa kedinginannya. Masjid pun baru nak pasang. Alhamdulillah semakin selesa. Tambahan, penampilan istimewa dimasjid As-Syariff Meru, pelbagai tokoh ilmuan antaranya Ustaz Riduan Mohd Nor, Imam Muda Asyraf, Imam Muda Hizbur, Ustaz Zahazan dan ramai lagi ilmuan hebat!

Alhamdulillah, saya berkesempatan mendengar tazkirah Ustaz Riduan, beliau diantara tokoh yang saya kagumi, bicaranya selalu berintikan seerah nabawiyah, memang terbaik. Seingat saya saya pernah mendengar ceramah beliau semasa di universiti dulu. Manthop :D

Berbicara mengenai tugasan harian sebagai warga pendidik dibulan ramadhan, kerjanya sedikit mencabar. Keletihan kalini sedikit berbeda. Jadual hari isnin paling mencabar, saya diberi tugasan mengajar 4 kelas dalam satu hari, setiap kelas satu jam mengajar. Kerja bermula 12.30tengahari-5.30petang.

Berbanding bulan lain, 3 jam satu hari (6 masa) mengajar pun adakalanya cukup penat. Inikan pula 8 masa (Jadual anjal). Tetapi itu bukan penghalang. Ini adalah satu jihad. Guru yang menyampaikan ilmunya adalah jihad dan murid yang menuntut ilmu juga jihad.

Seringkali anak murid saya mengeluh..

"cikgu, penat la.."
"cikgu..haus.."
"cikgu, kalau kita tak belajar harini boleh tak?"

Saya membawakan kisah seerah nabi. Bagaimana umat islam boleh menang dalam Perang Badar waima mereka berpuasa? Kita hanya membawa pensel dan buku untuk berjihad, mereka dengan panas terik mengangkat senjata yang sangat berat tetapi boleh menang?

Terkesima anak2 muridku sebentar :D (baru depa sedaq sket cheqqq oiii... ;p)

Bercakap mengenai P & P, pendapat saya [yang kerdil lagi hina dina ni], kelas bukanlah sebagai menyampaikan silibus semata-mata. Cikgu masuk kelas, bunyi loceng keluar kelas, pastu tunggu tarikh keramat 25haribulan setiap bulan! OMG, tak berkembang anak2 murid kita nanti cik jah oii. Saya cuba sedaya upaya kadang2 tidak menyampaikan 100% apa yang terkandung dalam teks. Saya cuba bawa mereka berlayar memandang dunia luar, dunia yang semakin mencabar. Kaitkan dengan islam, aplikasikan apa yang dibelajar dan berfikir diluar dimensi.

Kendatipun begitu, se'semangat' manapun kita, berkobar-kobar nak ajar ni, tak sabar nak jumpa anak murid .........tiba2 anak murid?? kadang-kadang sikap mereka sangat menyedihkan+mengecewakan. Hilang segala semangat. Punah segala impian. Patutlah orang kata cikgu itu mulia, perlu banyak berkorban. Jangan berkorban sampai terkorban sudah.

Saya masih mentah dalam bidang pendidikan ni. Baru 1 tahun 2 bulan, kalau budak tu orang kata baru nak merangkak. Begitu jugalah saya. Saya cintai bidang ini, doakan saya agar terus tetap istiqomah.

Allahu akram :D

3 comments:

  1. تري ويدييانتوAugust 8, 2011 at 11:41 PM

    ehm ehm ehm cikgu Nadirah harus bersabar dalam mendidik budak2 dengan cerita seerah nabawiyah biasalahh kita dalam memberikan ilmu entah kepada yg muda maupun tua harus bersabar samelahh seperti orang yg mencari ilmu salamm kenal yer cikgu Nadirah

    ReplyDelete
  2. cikgu haruss sabar yachh dalam menghadapi sifat budak2 biasalahh klo seumur tu sifaty memang begitu tetapi dalam mengajarkan sesuatu kepada seseorang entah kepemuda ataupun yg tua harus kita tanamkan sifat kesabaran sama halnya dengan orang yg menuntut ilmu

    LAnjutkan!! dan teruskan Dakwah Cikgu Nadirah

    ReplyDelete
  3. syukran ala nasihat.

    doakan saya terus kuat dan bersemangat dalam medan ni, insyaallah terbaik!

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails