Followers

Wednesday, December 28, 2011

Nadirah♥Rodzi ~saling melengkapi

Salam wbt.

Kenapa tiba2 rajin update blog ni -_-' Sebenarnya saya buat-buat tak reti nak menulis blog depan suami, segan kot, bila Encik R ada disebelah, memang tak boleh update blog (mengada betul..)

Encik R sekarang berada jauh dimata, hampir 48jam kelibat kacaknya tidak mendampingiku. Rindu kepadanya bagai ditahan-tahan. Tuntutan kerja di sekolah lama membuatkan kami berpisah selama 4 hari. Tak sampai hati nak membiarkan Encik R ulang alik setiap hari, biarlah telefon, blog ni dan facebook menjadi penghubung cinta kami. Begitulah bahagianya chenta halal selepas kahwin ♥ Insyaallah bulan 1 2012 nanti Encik R bekerja di Shah Alam, dekat dimata dan juga dihati, alhamdulillah (:

Wanginya bunga-bunga chenta selepas kahwin memang tiada tara. Aspek saling lengkap melengkapi memang secara automatik akan terpraktik dalam rumah tangga. Jangan pernah rasa kecewa apabila pasangan anda mempunyai sebarang kelemahan kerana setiap insan diciptakan tidak ada yang sempurna apatah lagi maksum kecuali baginda Nabi Muhammad saw. Bagaimana pula dengan kekurangan kita?

Sebab itulah cantiknya islam, pernikahan yang suci ini adalah untuk saling topup diantara satu sama lain. (fahamkan istilah topup? bukan topup celcom/maxis yer..) Terimalah pasangan anda seadanya kerana dialah yang terbaik buat kita. Bila kita menerima seadanya, pasangan kita pun akan menerima kita seadanya. Jadi, tiada istilah dengki mendengki, kutuk mengutuk, tidak puas hati, tarik rambut, lempar pinggan dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika suami kita kurang pandai memasak, kita boleh masak bersama-sama suami, kan sweet tuuu ;) dan jika pula kurang pandai bab agama, suami boleh mengajar dan belajar bersama-sama isteri, wah, memang sweet!

Saya bukanlah orang yang pakar bab rumah tangga, usia perkahwinan kami pun tidak sampai sebulan. Cuma saya rasa seronok berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan berchenta selepas kahwin dan keharuman berumah tangga yang mengikut syariat islam (:

Jom kita tengok hadis jap.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan.” (H.R. Thabrani)

Sangat jeles bila baca hadis diatas. Tetapi di syurga kelak kaum wanita yang beriman akan dibangkitkan dengan wajah yang lebih jelita dan rupawan, kulit tubuh mereka jauh lebih halus dan pakaian mereka lebih indah serta berharga dari perhiasan para bidadari syurga sendiri. Ini kerana mereka telah melalui berbagai-bagai ujian semasa di dunia dulu sedangkan para bidadari tidak begitu. Di syurga kelak seorang wanita yang telah bersuami akan kembali kepada suaminya yang asal dan di sana dialah yang akan menjadi ketua pada sekalian para bidadari sedang sisuami akan menjadi ketua di mahligainya sendiri.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥Aku ingin menjadi bidadari suamiku ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Terima kasih adikku Mawaddah yang edit gambar dibawah dan letak diblog dia. Boleh baca post dia tentang majlis perkahwinan saya: klik disini





Read More :D

Tuesday, December 27, 2011

Nadirah♥Rodzi ~kumbang bukan seekor

Salam wbt. Alhamdulillah, ramai benar yang respon tentang topik Nadirah♥Rodzi ~cinta selepas kahwin di facebook dan tidak kurang juga di blog ni. Terima kasih diatas madah berhikmah dan doa manis dari kalian, saya juga mendoakan yang terbaik buat anda ♥

Jangan pernah berputus asa dalam mencari makna hidup yang sebenar. Jika anda pernah berputus cinta mahupun putus tunang ataupun yang lebih dasyat darinya bercerai, itu bukanlah pengakhiran segalanya. Saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicara soal ini, cuma mahu berkongsi rasa hati.

Pencarian seekor kumbang dan sekuntum bunga bukanlah perkara yang mudah. Jika dimudahkan, alhamdulillah tetapi jika sebaliknya? Jangan risau, Allah nak uji kita sebenarnya, tak masyuk la semua senang je kan :) Tuhan itu Maha Adil, jadilah seorang yang postif, positif dan positif.

Kumbang bukan seekor, bunga juga bukan sekuntum. Jika kita hampir berkahwin dengan seseorang, tetapi pada saat akhir segala yang dirancang punah, janganlah kecewa sekecewa-cewanya. Memang ada hikmah yang tersembunyi. Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani, Maha Kuasa, kita merancang tetapi perancanganNya Maha Hebat. Pandanglah segalanya dari sudut mata hati.

Mungkin kita rasa Ronaldo la yang calon suami kita, alih2, kita kahwin dengan Suparjo. Ingatkan Tipah bakal isteri kita, rupanya jiran sebelah rumah adalah yang terbaik untuk kita. Aturan Allah adalah yang terbaik, Dia tahu siapa calon yang selayaknya dan sekufu untuk kita. Allah jualah yang mengetahui siapa calon yang boleh melayan karenah kita dan kita boleh melayan karenah dia. Karenah? yer la, sebelum kahwin segalanya indah, tetapi selepas kahwin?? Kerana itulah apabila anda kecewa dan patah hati dengan mana2 insan, pandanglah dari sudut positif iaitu Allah mahu menyelamatkan anda, percayalah :)

Juga, jika anda wahai kaum adam pernah ditolak lamaran, ini bukanlah bererti sang hawa tersebut bukan milik anda. Mungkin masanya belum tiba? Kisah benar yang ingin dikongsi bersama, seorang muslimin mengkhitbah muslimah perawan tetapi lamarannya ditolak. Hampir setahun selepas lamarannya ditolak, tidak disangka muslimah tersebut memberikan jawapan positif dan bersedia menjadi penyejuk dimata penawar dihati pemuda bertuah itu. So sweet kan, walaupun penantian itu satu penyeksaan sebenarnya.. ;)

Berlainan pula kes untuk kaum hawa. Jika sang adam yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba, maka janganlah disalahkan takdir dan bermuram durja. Telah termaktub sejak azali, jodoh, ajal maut ditangan tuhan. Yakinlah wahai sahabat-sahabatku, jodohmu pasti ada, jika tidak didunia, berbahagialah kamu disyurga :)

Sedikit kisah hati yang ingin dikongsi bersama anda sebelum bertemu dengan cinta sejati saya, Encik R ♥♥♥ wink-wink abang sayang ;)


Saya diuji dengan kehadiran lelaki selepas SPM. Untuk menerima pinangan diusia muda, sangat sukar untuk membuat keputusan. Disepanjang bermusafir sehingga tamat degree di UPM, muslimin yang menghulurkan cinta sebelum kahwin, semuanya ditolak. Teringat lagi, minggu pertama saya bergelar mahasiswa, seorang siswa cuba untuk bermain rasa.

'awak dah tunang yer?' Melihatkan jari manis saya sudah tersarung cincin batu permata, dia membuat andaian awal.

Sebenarnya, saya memang saja pakai cincin, sebagai protection diri. Supaya orang ingat saya ni dah bertunang/kahwin, supaya juga diri ini terjaga dari sebarang cinta palsu yang tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan. Seperti yang saya cakap dalam pos lepas, saya bukanlah sombong atau rasa diri hot sangat, cuma mencegah lebih baik dari mengubati, jangan terhantuk baru terngadah, sediakan payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena!

Sedikit tambahan untuk dikongsikan bersama. Kebanyakan kes-kes mereka yang berchenta, selalunya berakhir dengan kecundang. Lelaki yang talam 2 muka hanya inginkan keseronokan tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Bila si hawa inginkan ikatan yang sah, si adam pandai bermain kata dan menjanjikan pelbagai. Jarang kita dapati kalau dah berchenta bagai nak rak pecah terburai sebelum kahwin, kekal bahagia selepas kahwin. Tetapi kalau ada, saya pasti nikmatnya tidak seharum, sewangi, semekar dan semerbak sebelum kahwin.

Cuba bayangkan, bila semua benda dah rasa sebelum kahwin, lepas kahwin nak rasa apa lagi? kita dah biasa berfacebook dengan si dia, dah biasa berym dengan si dia, dah biasa mesej2, dah biasa calling2, dah biasa jumpa2, dah biasa suap2, dah biasa pegang2, dah biasa peluk2, dah biasa teet2... ish, lepas kahwin segalanya pasti hambar dan suram, betuiii idok? :(

ada iklan, sangat menarik lirik dia, tonton sampai habis ;)



Ok lah, berjumpa lagi di pos yang akan datang, insyaallah ;)

Read More :D

Wednesday, December 21, 2011

Nadirah♥Rodzi ~cinta selepas kahwin

Inilah entri pertama selepas sah bergelar isteri ♥♥♥


kepada semua, sila jangan termuntah atau merasa geli gelaman kerana ini satu-satunya entri yang agak kejiwang-jiwangan karat-karatan [tapi untuk suami tak per la kan ;]

********************************

Bahagianya bercinta selepas kahwin hanya tuhan yang tahu. Teramatlah rugi bagi mereka yang mencemarkan erti cinta suci itu. Alhamdulillah, sepanjang 23 tahun berkelana dibumi ini, saya tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki ajnabi. Pernah juga diuji dengan kehadiran beberapa calon namun semuanya tidak menjadi <--- dugaan hidup T_T

Bertekad pada diri, lelaki yang menghulurkan cinta sebelum kahwin, pasti akan ditolak. Bukannya sombong ataupun rasa diri tu macam 'hot' sangat, tetapi itulah prinsip. Dan alhamdulillah, kini terbukti, cinta hatiku Mohd Rodzi Bin Ghazuli adalah keutamaanku kini selepas Allah dan Rasul. Huluran cinta yang diterima selepas akad nikah, cukup terasa nikmatnya (:

Ramai yang bertanya, macam mana Nadirah ni boleh tersangkut pada Encik Rodzi? huhu. Serius segan nak cerita kot, tapi takpe la, kami pun dah sah bergelar suami isteri, apa salahnya kongsi cerita kan cik bedah? (;

Ceritanya berkisar 2009. Sem 5 di UPM. Waktu itu saya mengambil bahasa arab sebagai subjek tambahan untuk mencukupkan jam kredit. Agak terkejut, Ahli MT PMIUPM satu kelas dengan saya. Segan kot^^!, orang kuat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ada dalam kelas tu. Mesti la kita kena kontol ayu kan, haha, kantoi cik jah ;p

Sebenarnya, saya sangat hormat pada barisan MT PMI, sikap siqoh & wara' mereka cukup membuatkan saya teruja. Perjuangan mereka dalam menegakkan syiar islam cukup menggetarkan hati saya. Teringin menjadi seperti mereka, tetapi serasa tidak layak. Tambahan, saya ni hanya ahli biasa PMI, tak aktif pulak tu~

Pernah saya bermonolog pada diri...

"kalau rodzi ni lamar aku, mesti terima punya lah.." entah kenapa ungkapan tu pernah terkeluar dari bibirku. Mungkin petunjuk dariNya?

Sungguh tak sangka, rupanya dalam diam, 'encik R' yang sangat ku hormat menyimpan perasaan yang suci terhadapku. Serius memang saya tidak ada sebarang perasaan suka apatah lagi cinta kepada encik tersebut. Akhirnya, encik R mengambil langkah dengan mengkhitbahku melalui cara yang sangat murni, baitul muslim, 2010 ♥♥♥ suka, suka, suka! kerana inilah jalan yang telah lama didambakan dari dulu iaitu melalui perantaraan orang tengah (:

Kendatipun saya tidak kenal secara mendalam dengan encik R, tetapi keyakinan terhadapnya tinggi. Saya hanya tahu nama, alamat, no telefon dan butir diri yang penting-penting sahaja. Gambar pun tak ada. Istikhorah dan doa menjadi penemanku untuk melalui hari-hari mendatang. Kebergantunganku pada Allah sudap cukup untuk diriku membuat keputusan yang cukup berharga ini.

Semasa dialam pertunangan, kami amat jarang sangat berhubung. Mesej, telefon, facebook mahupun sebarang bentuk perhubungan amatlah dijaga. Kesabaran encik R untuk meluahkan kata-kata cinta menguatkan lagi keyakinanku bahawa dialah calon suamiku.

DAN KINI, diriku menjadi milik encik R dan encik R menjadi milikku. Benarlah, cinta selepas kahwin itu memang penuh barokah dan nikmatnya tidak terluah dek kata.

Kenkadang tertanya juga pada diri sendiri, kepada diriku menjadi pilihannya? kini sudah ku ketahui jawapannya ;)

Abang sayang,,,

Jika saat ini abang terbaca entri ini, percayalah bahawa sayang sangat beruntung menjadi isteri abang. Semoga dengan tingginya ilmu agama yang dimiliki abang, menguatkan lagi cinta kita kepada Maha Pencinta, tegurlah sayang andai terdapat sebarang kekhilafan, semoga dengannya peroleh keberkatan mawaddah warahmah, cinta kita hingga ke jannah insyaallah ^_^


♥ Wo Ai ni ♥ I love you ♥ Aku cinta padamu ♥
♥ Naan unnai kathalikaraen ♥ Saranghaeyo ♥ Aishiteru ♥


Read More :D

Tuesday, November 15, 2011

Jemputan Majlis Perkahwinan ;)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,



"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".
(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)

Dengan rasa hormat dan kesyukuran, saya menjemput semua sahabat yang mengenali serta seisi keluarga kalian ke majlis kesyukuran perkahwinan saya, Nadirah Binti Ahmad Azam dengan pasangan Mohd Rodzi Bin Ghazuli.

Tarikh: Sabtu, 3/12/2011
Masa: 11.00am - 6.00pm (ketibaan pengantin jam 2pm :)
Alamat: No 2, Jalan Seri Kenangan 8, Taman Sri Meru, 41050, Klang :)

*****************************************************************************

Sabar je la dengan cik Nadirah sorang ni kan, dah la sebulan tak update blog, tiba-tiba pos topik terus pasal majlis kahwin ;)

Kepada semua pembaca blog saya, anda amatlah dialu-alukan datang. Kepada yang tidak berkesempatan, mohon doa yang terbaik dari kalian.

Sirru 'ala barokatillah :)
Read More :D

Thursday, October 20, 2011

Kuala Mu 2011 - Episod 2


Bersambung episod 2. Kesinambungan dari episod 1.

Sangat sedih bila mengenangkan saya dan sahabat hutan lain bakal meninggalkan Kuala Mu.

"Entah bila la aku nak datang sini lagi, jangan setahun lagi sudah..." diriku bermonolog sepi.

Kami meneruskan perjalanan pulang dari Kuala Mu singgah sebentar ke Kg Bersah. Seperti biasa, Pak Hadu dan isteri, Ummi menunggu kami dengan ubi kayu mereka yang sangat lazat.

Selepas bersarapan, saya mengambil kesempatan untuk menikmati saat-saat terakhir bersama bocah-bocah terchenta. Seperti tahun lepas, permainan favourite saya adalah zero point dan lompat-lompat tali - sebenarnya tak ingat nama permainan tu, hoho~ Tali getah yang digunakan cukup hebat! mereka menggunakan batang ubi yang dicantaskan daunnya, natural gitu.

Sementara tunggu muslimin berbincang dengan Pak Hadu, kami muslimat mengagihkan jajan a.k.a biskut, kerepek, kuih raya kepada penduduk Kg. Bersah, ada yang malu-malu dan juga sebaliknya. Tapi yang bocah-bocah ni, sokmo la ikut kami pergi mana pun, kerumun sungguh haih (^^')

Fuad memberi sedikit rezeki yang diterima dari Pusat Zakat kepada warga asli disitu, yang bocah-bocah dapat RM2 seorang, yang dewasa saya tak pasti berapa :)

Selepas bersalaman dan bergambar, kami meneruskan perjalanan pulang ke jalan tar. Alhamdulillah, kendatipun pengembaraan pulang berdetak-detuk, langgar sana sini, segalanya masih berjalan lancar. Yang menariknya, dihutan pun kami ada R&R. R&R macam mana tu? kalau nak tahu, jom ikut saya trip yang berikutnya. Ada berani? hehehe..

KURANG SEJAM kami bakal sampai ke jalan tar. Tiba-tiba Hilux membelok ke kiri.

"Eh, nak mandi sungai ker muslimin ni?" diriku bermonolog lagi..

Muslimin mengambil kesempatan untuk bersuka ria disungai, muslimat berborak sambil makanggg-makanggg. Pakcik Man cukup pembersih orangnya, sampai Hilux yang dibawanya diterjunkan masuk ke sungai, cuba bayangkan? haha

Drama kegetiran bermula apabila Hilux Pakcik Man tersangkut dalam sungai. Waduh2, ingatkan pengembaraan kalini mudah kerana pergi dan pulang kesemua 4wheel tidak tersangkut dalam mana-mana lubang.

Nak dipendekkan cerita, muslimin pun bertungkus-lumus menaikkan Hilux tersebut. Sangat kagum dengan kerjasama yang ditunjukkan muslimin. Baru saya kenal 'alat-alat' yang digunakan depa untuk menyelesaikan 'masalah' tersebut. Tak ingat dah apa nama alat tu.. Selepas Hilux tersebut diselamatkan, sekali lagi Hilux tersebut dimandikan. Bertuah betuiii Pakcik Man ni.

Meneruskan perjalanan, akhirnya, sampai juga ;)

Selepas sampai di Masjid Felda Lasah, kami mengadakan sedikit khulasah dakwah orang asli Kuala Mu - Oktober 2011. Dan Pakcik Man belanja kami makanggg diwarung berdekatan + satey + keropok lekoq, juga ditaja oleh A.Marol.

Saya bersama K.Adzi terus memandu pulang ke Meru, Klang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Berjumpa lagi KUALA MU diakan datang :'(

Read More :D

Tuesday, October 18, 2011

Kuala Mu 2011

Salam wbt.

Terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi pengikut blog saya.

Ingat lagikah anda dengan Kuala Mu? Bagi mereka yang selalu menyelongkar blog saya, pasti tahu~

Alhamdulillah, selepas setahun tidak menjejakkan kaki ke Kuala Mu tercinta, tanggal 15/10/2011 tercatatlah sejarah insan yang bernama Nadirah menunaikan janji pada bocah-bocah orang asli. Rasa macam nak menangis pun ada. Adakah aku pentingkan diri-sendiri? Dunia. Dunia. Dunia. Asyik dunia je, bila masa untuk ummat?

Sungguh saya merasa terpanggil untuk bersama rakan seperjuangan hutan.


14/10/2011 (Jumaat)

"Ira, Kak Adzi dah sampai sekolah Ira.." mesej dari Kak Radziah KTI mematikan lamunanku. Langkah diatur terus ke pagar sekolah untuk menyambutnya.

Jam tepat 6.30pm. Diriku terus memecut laju ke Dengkil.

"Ira boleh bawak Viva pergi Sg. Siput?". Macam nak tercabut jantungku saat Fuad bertanya. Sebenarnya, saya sayang sangat Viva ni. Usianya baru menginjak setahun. Bila fikirkan balik, ini merupakan satu jihad, sampai bila nak jimat minyak, tol waima maintenance? Pada jalan Allah segalanya pasti mudah insyaallah (:

15/10/2011 (Sabtu)

Kami tiba di Masjid Felda Lasah sekitar 12.15tengah malam. Dalam benakku ketika itu adalah untuk melelahkan badan di masjid. Sangkaanku meleset, mesyuarat mukadimmah memutuskan untuk meneruskan perjalanan terus ke Kg Bersah. Diriku tersenyum, 'berehat' dalam 4wheel nampaknya (:

Kekuatan ekspidisi kalini adalah 17orang. 13 musliminn & 4 muslimat. Sudah menjadi kebiasaan bilangan muslimat hanya 25% atau kurang. Mungkin muslimat kurang gemar aktiviti lasak?

4wheel milik Pakcik Man sangat manthop. Mengikut perkiraanku, Hilux milik beliau merupakan antara kenderaan terselesa pernah ku naiki sepanjang ke Kampung Orang Asli. Teringat 'waktu dolu-dolu', saya menaiki 4wheel yang pintunya hampir tercabut, tiada cermin depan mahupun pintu belakang. Debu perjalanan sudah menjadi bedak muka yang menemani pengembaraan saat itu. Pelbagai binataang invertebrat yang menghinggap kami. Kepala terhantuk-hantuk pada bumbung, cermin tingkap, orang sebalah kanan, orang sebelah kiri dek jalan tanah merah+berlubang+lecak+selut. Sampai barang terjatuh dari bumbung 4wheel kerana hentakan kuat. Haha.. Memang mencabar!

Pak Hadu disamping Hilux milik Pakcik Man :)

Jam menunjukkan 5.00pagi. Kami tiba di Bersah dan merehatkan diri di dewan buluh a.k.a Hotel 5 Star (K.Adzi bagi gelaran). Kami tidak perlukan kipas mahupun penghawa dingin kerana suhu disini sangatlah sejuk (;

Pagi itu, semasa muslimin masih melelapkan mata, saya mengambil kesempatan untuk segera membersihkan diri. Seusai segalanya, saya terus mendekati anak-anak orang asli yang saya kira masih mengingati diriku walaupun samar-samar, manakan tidak, KAK IRA dan setahun kot tak jumpa depa (sedeh. sedeh. sedeh.)

Pak Hadu yang merupakan Penghulu Kampung Bersah mengajak kami untuk bersarapan dirumahnya. Beralaskan ubi goreng dan teh O, makanan yang dihidangkan merupakan menu utama mereka setiap waktu dan ketika! Itulah makanan rutin mereka. Ubi Kayu, ubi kayu, ubi kayu. Seingat saya, saya pernah sekali mencari ubi kayu bersama orang asli. Ya Allah, sangatlah tinggi bukitnya dan sangatlah penat! Susahnya mencari rezeki. Ubi kayu itu pula sangatlah berat, cuba bayangkan mereka panjat bukit, turun bukit bukan untuk sesuap nasi, tapi sesuap ubi kayu. Tiada dua, tiada pilihan, hanya UBI KAYU.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Mu, tidak sampai 1 KM dari Bersah.

Aktiviti pertama yang dibuat adalah menyiapakan surau/dewan untuk berteduh. Apa yang saya faham, dewan buluh tersebut sebelum ini telah siap, tetapi mereka robohkan? Mungkin kerana apabila kita jarang masuk, mereka merasakan dewan tersebut tidak perlu lagi. Walhal setiap bulan kami masuk sana, mungkin ini peringatan dari Allah supaya kami sentiasa beraktivis! dan melupakan hal-hal dunia.

Ketika muslimin sedang menyiapkan surau, kami muslimat sibik melayan bocah-bocah asli. Rindunya dengan gelagat mereka, serius! saya mengambil kesempatan untuk mengajar sifir, tambah dan tolak. Sangat kagum, otak mereka ligat berfikir semasa saya menanyakan soalan. Dikesempatan yang ada, selain menghiburkan mereka, saya sulami dengan ilmu pengetahuan (:

Selepas itu, kami bersiap untuk menyediakan juadah makanan tengahari. Sup ayam dan sambal kicap menjadi menu pilihan. Best wooo, masak dan makangggg dalam hutan (;

Kami dikejutkan dengan kedatangan Nek Teh Ngah. Secara fizikalnya, dia seperti bocah orang asli, tetapi umurnya sudah mengjangkau 50-60 tahun. Nek menceritakan semasa kecil dia mengalamai kecederaan menyebabkan tulang badannya patah dan saiznya seperti pelajar sekolah rendah. Simpati menerjah diriku tetapi personalitinya sangat menghiburkan!

Nek Teh Ngah bersama kami ;)

Petang itu pengagihan beras dan pakaian dijalankan. Mereka sangat gembira apabila bantuan sebegitu diberikan. Manakan tidak, kebanyakkan mereka tiada duit apatah lagi untuk menjamu makanan yang enak-enak, jauh panggang dari api.

Malam itu, kaum muslimin mengambil kesempatan untuk mengajar orang asli tentang islam. Alhamdulillah.

16/10/2011 (Ahad)

Pagi itu selesai solat subuh dan sarapan, kami bersiap sedia untuk berangkat pulang. Sejam sebelum pulang, saya mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk disitu. Saya juga bermain ayam musang dan nenek si bongkok tiga, haha, memang enjoy!

Berat hati untuk meninggalkan mereka, serasa nak terburai ayaq mata cek! bila lagi nak datang sini, hatiku diruntun sayu!

"Kak ira, nanti kirim salam dekat kak muna, abang salman, abang amir, kak nana dan semua lah.." sangat teruja apabila mereka masih mengingati nama-nama kami walaupun bertahun lamanya kami meninggalkan mereka. Ya, kak ira pasti akan datang lagi, insyaallah! janjiku pada mereka.






bersambung pada episod 2..ngeh..ngeh..ngeh ;)

Read More :D

Wednesday, October 12, 2011

Makaroni Bakar Roos



Salam wbt. Lama benar tak update blog. Sibuk dengan sekolah ---> alasan ;)

Kalini nak menyentuh topik ::dari dapur::

Sejak kebelakangan ni, famili saya rajin pula masak makaroni bakar. Bahannya mudah, memasaknya lagi mudah tetapi ongkosnya mahal bah ;D Jadi, saya namakan resepi kalini Makaroni Bakar Roos (bonda - ROOSmawaty)

Bahan-bahan:

1) 400 gram makaroni
2) 1 labu bawang putih
3) 2 labu bawang besar
4) 10 ekor udang/sotong
5) 250 gram daging cincang
6) Cili benggala berwarna warni
7) Cendawan (lagi banyak lagi so0dap)
8) 4 biji telur (dipukul kembang)
9) Keju parut (mozarella)
10)Minyak, marjerin & garam

*bagi yang suka pedas, boleh lah menambah serbuk kari.
bagi yang suka rasa lemak-lemak sikit, boleh lah menambah susu cair ;)

Cara-cara:

1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak sehingga empuk & toskan.

2. Tumis bawang putih dan bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.

3. Kemudian masukan daging cincang. Kacau rata sehingga daging setengah masak.

4. Masukkan udang, sotong, cili benggala dan cendawan.

5. Masukkan susu cair dan garam. (nak sedap lagi, tambah 'secukup rasa')

6. Masukan makaroni dan kacau sehingga mendidih.

7. Tutup api. Tuangkan telur keatas makaroni.

7. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu marjerin.

8. Taburkan keju. Bakar selama 180 C (30 minit}

9. Selepas siap dibakar, tuangkan sos cili dan mayonis, pasti soooodap ;)

selamat mencuba!!! ^_~


Read More :D

Sunday, September 25, 2011

'Eidulfitri 1432 Hijrah

Salam wbt. Syawal 28, 1432 Hijrah.

Serasa saya orang yang paling lambat mengucapkan Salam 'Eidulfitri 1432 Hijrah, tapi masih belum terlambat kan?? ;D

...Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua pembaca, khas kepada yang setia dan tidak jemu-jemu menyokong blog ini. Syukran kathira jiddan!

Disepanjang 27 hari yang lepas, setiap minggu ada sahaja tetamu yang datang ke teratak famili di Meru, Klang. Terima kasih kepada semua rakan sekerja SMKSKI & AL-FARABI, anak murid SMK SKI & AL-FARABI, sahabat Komuniti Teman Inteam dan sahabat-sahabat saya yang sudi mengunjungi. Jemput datang lagi tahun depan, juga jemput datang bila-bila, rumah sentiasa terbuka, boleh kita borak-boraksss ;D

Kullu 'am wa antum bikhoir ;)

Read More :D

Tuesday, August 23, 2011

Kuih Mazola Teacher

Salam wbt. Menjangkau 24 Ramadhan.

Disebabkan adik beradik saya rajin buat kuih, saya pun tiba-tiba je ;p

Kakak sulung buat Almond London, kakak kedua pula Tat Nenas dan adik saya Cornflakes, coklat dan lain2 :D

Alhamdulillah, harini saya telah selamat menghasilkan 'teeettt...'

Ini diinspirasikan oleh Cikgu Norhazila a.k.a jiran satu taman. Sedang borak-borak nak Lai Cik balik dari sekolah, saya saja tanya kuih raya yang dia buat sendiri. Kuih Mazola!

Air tangan ini saya namakan sebagai Kuih Mazola Teacher (wink wink ^_~). Dulu saya cipta resepi Ayam Halia Cikgu, disebabkan anak-anak saya selalu panggil saya teacher, jadi resepi kalini guna nama teacher pun boleh :D

Bahan-bahan cik jah :p


1- 400gm tepung gandum
2- 220gm gula pasir (dikisar kering)
3- 400gm kacang tanah
(digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan dikisar kering)
4- 3/4 botol minyak mazola/minyak jagung yang kecil
5- 1 biji kuning telur (disapu pada biskut)
6- Kacang(hiasan)
7- Mentega

Cara-cara mak tam ;p





1- Gaul sebati tepung, gula dah kacang.
2- Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit.
3- Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
4- Bentukkan doh mengikut citarasa.
Susun didalam loyang yangg telah di lengser dengan mentega.
4- Sapukan diatasnya kuning telur dan bakar didalam oven (180 celcius, 15-20minit).



WOW, siap dah, alhamdulillah :D

Read More :D

Saturday, August 20, 2011

7 days' records

Salam wbt. 21 a blessed night.

Praise to Allah, I created my own record for this lovely blog.

14/8/2011: Terima Kasih KTI
15/8/2011: MC ke-2
16/8/2011: TOLAK dan TARIK
17/8/2011: AKU didalam
18/8/2011: = Warna Baju Setiap Hari =
19/8/2011: Irfan Makki - I Believe
20/8/2011: Blog segar



Guess what, for almost three years I have my own blog, this week I created a new record for seven consecutive days that I post a new topic everyday.

I also hope that I can post a new topic for a straight month. Biiznillah :D

psst: today I already post two topics! this entry (7 days' records) and previous one (Blog segar) :D

Alhamdulillah


Read More :D

Blog segar

Salam wbt. Malam 21 yang barakah, berdebar je kan :D


Bagi mereka yang menjadikan blog saya sebagai kunjungan rutin, seinfiniti penghargaan diucapkan.

Sesiapa perasan, saya sedaya mewujudkan suasana segar dan harmoni. Mahu tampil menarik tetapi tidak terlalu padat sehinggakan pengunjung merasakan tertekan apabila melawat blog saya.

Apa yang 'konon-konon' disegarkan?

1- Menbuat popular post bergerak
2- Penambahan butang facebook like
3- Penambahan butang facebook share
4- Penukaran background blog sebulan sekali
5- Link yang disertai kerlipan bintang bewarna ungu (blink)
6- Animation (nampak tak ada pokok kelapa dan burung beterbangan? - ni saja2 je, mungkin akan dibuang selang beberapa hari ;p)

Anda boleh ke Teknik membuat blog untuk mendapatkan pelbagai widget yang menarik da bomb!

Untuk mendapatkan bakground/template yang menarik, anda juga boleh melawat ke sini Cutest blog

Dulu memang saya suka menambah apa sahaja widget yang dirasakan luar biasa, tetapi sekarang saya rasa itu sangat menyerabutkan kerana sarat dengan pelbagai widget. Hasilnya, blog sangat lambat untuk loading sepenuhnya.

Cukuplah apa yang ada diblog saya kini, ringkas dan sedap mata memandang (perasan!)

Alhamdulillah :D

Read More :D

Friday, August 19, 2011

Irfan Makki - I Believe

Salam wbt. Salam 10 Ramadhan terakhir.

Dah terawikh kita? :)


Tiba-tiba tangan ni gataiii nak menari atas keyboard menggunakan loghat kedah. Bukan apa, cikgu sekolah yang tempat ceq mengajaq ni kata, "tak pernah dengar Nadirah cakap kedah pun, kata lahir sana..."

Ha, pos kalini ceq longhat kedah naaa... (macam la 'dia' baca blog awak wahai cik Nadirah ;)

Sebenarnya ceq dah lama nak habaq (sebenarnya dah bagitahu pun..;p), alhamdulillah ceq telah memiliki album sulung Irfan Makki, memang meletup, ceq bagi 4 setengah bintang! :D Setiap kali pergi sekolah, tak pasang lagu lain dah, dok putaq lagu sama je :)

Harga asai RM27.90 tapi kalau beli teruihh dari Inteam Records RM 25 :D. Lagu kegemaran ceq I'm so sorry & Waiting for the call.


Terdapat juga lagu yang berentak ala tamil/urdu gitu. Sebenarnya, rasa nak tergelak juga, sebab kadang-kadang ada cikgu tumpang kereta, jadi bila lagu 'ala-ala tamil' tu sedang berputaq, 'apa lah yang depa dok pikiaq sekarang ni..' <------ takut depa ingat ceq betul pasang lagu tamil! ^____^

Read More :D

Thursday, August 18, 2011

= Warna Baju Setiap Hari =

Salam wbt. Ramadhan Kareem.

Dilanda sakit tekak kini, tak sanggup rasanya nak demam, kemudian MC, baru je demam 2 hari lepas (tu la, sape suh buka puasa minum aihhhhh! ^^!) Ya Allah, kurniakan daku kesihatan, amen.


Saya kini sedang mengemaskini semua baju kurung saya. Edit apa yang patut, download dan sebagainya, eheh. Pernah dengar warna baju yang sesuai dipakai setiap hari? Ini dia:

ISNIN (PUTIH)
SELASA (PINK/VIOLET)
RABU (BIRU)
KHAMIS (KUNING/OREN)
JUMAAT (HIJAU)
SABTU (MERAH)
AHAD (HITAM)


SILALAH LA BACA ARTIKEL DIBAWAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN. INFO YANG BERGUNA.
Sumber:supervain.com

ISNIN
Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.

Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. (ha, dengar tu cik Nadirah!)

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

SELASA
Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat (maksudnya senang la cik Nadirah nak pujuk anak murid, ehehe). Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (NW3).

RABU
Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (NW9) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

KHAMIS
Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.

Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

JUMAAT
Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung NW11) dan respirasi (Paru-paru NW10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

SABTU
Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

AHAD
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak.

Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

====================================================================

pssst: OK sahabat, sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam. Waima begitu, saya akan cuba pakai mengikut warna setiap hari ke sekolah bermula detik 21/8/2011 :D

Read More :D

Wednesday, August 17, 2011

AKU didalam

Salam wbt. Ramadhan Kareem.



Alhamdulillah, memasuki 17 Ramadhan 1432H :D

Tadi pergi surau Taman Meru 3. Perghhh, sejuknya mencengkam kalbu! dasat..dasat..

Saya sangat tertarik penceramah kalini. Penyampaiannya bersahaja tetapi penuh ilmu didada. "AKU yang berada didalam", itu adalah ungkapan yang sering bermain dibibirnya. AKU itu merujuk kepada roh kita.

5 ramuan yang diperlukan AKU:

1- Berdamping dengan orang yang baik

2- Membaca Al-Quran

3- Qiamullail

4- Khusyuk dalam solat

5- Perut yang kosong

Alhamdulillah, harini cuti nuzul quran. Dan, ustaz itu menyambung...

"kalau harini cuti sempena menyambut turunnya al-quran, apa yang kita dah buat dengan quran? dah baca al-quran ke belum harini?"

Saya terfikir juga. Adakah mereka yang menyambut 'cuti satu hari ini' dengan bersenang lenang dirumah, gorang kaki depan tv, membeli belah sakan mahupun hanya buat taik mata dikamar? Tepuk dada, tanyalah iman kita semua yer mak encik...

Bandingan kalau kita menyambut harijadi seseorang, punyalah dirai bagai, tetapi turunnya Al-Quran yang merupakan mukjizat paling agung, bagaimana cara raikannya? Allah akbar!...

Selamat bertadabbur dengan Al-Quran :D



Read More :D

Tuesday, August 16, 2011

TOLAK dan TARIK

Salam wbt. Salam Nuzul Quran.

Alhamdulillah, saya telah membuktikan topik baru saya bukanlah lagi seminggu! yeay, berjaya. Tahniah diri sendiri *_*

Topik kalini sedikit berbeda. Dapat idea dari sekolah.

Saya telah masuk topik baru, Force (Daya) - Chapter 7 Form 2. What is a force?

Bahasa mudahnya, ia berkaitan dengan tolakan atau tarikan sesuatu objek. Senang nak bagi budak faham. Jadi, "apa sahaja yang kamu tolak atau tarik, ia adalah daya". Itu gaya saya cakap dengan anak-anak saya dimakmal sains :D

Eksperimen harini juga agak 'kelakar'. Kelakar? Dengan menggunakan skate board, pelajar akan saling menolak dan menarik diantara satu sama lain. Jadi, anak-anak saya ni sangatlah teruja, dah tak nampak macam penat puasa, bagus2! (kalau hari pertama puasa, ya allah, depa ni....) Jadi, anak-anak saya ni naiklah atas papan roda tersebut, menarik menggunakan kain dan menolak pula menggunakan tangan, itulah serba sedikit konsep daya. Kalau mengajar 5 kelas, banyaklah gaya yang diluar jangkaan. Masa naik benda beroda tu, ada yang terjatuh masuk bawah meja. Anak orang ni, risau saya sangat-sangat, tapi dia ok dan masih mampu tersenyum kearah saya, alhamdulillah. Habis bab sekolah disini (kalau nak penerangan panjang lebar pasal daya, kita text je, kat fb pun boleh (macam la ada orang nak penerangan, tapi kalau anak-anak tanya, esok juga cikgu belanja buka puasa! ;)

Sebenarnya, saya tertarik dengan 2 perkataan ni, TOLAK & TARIK. Membawa perkataan tersebut ke dunia realiti kini (dah macam motivator pulak dia ni, ish3 ;), saya sangat sedih dengan mereka yang tak dapat menerima apabila pinangan mereka di'tolak' (cakap pasal kawen la pulak '_', ada kaitan dengan topik ker? boleh la, tu kan ada perkataan 'tolak'...hihi)

Saya ada seorang sahabat yang solehah. Mereka hampir dinikahkan, tetapi perhubungan tidak direstui. Apabila muslimat tersebut minta diputuskan, lelaki tersebut bagai hilang arah.

"rasa macam nak mati la..."

"dah tak de semangat nak hidup.."

Persoalannya disini, dimana keimanan muslimin tersebut. Adakah kerasionalnya dibawah kaki?

Ok, terus terang saya cakap disini, saya juga pernah mengalami situasi diatas. Ketika itu, saya baru beberapa hari bergelar mahasiswa.

Yang saya hairan sangat sangat dan sangat! Baru beberapa hari kenal, 'encik tersebut' dah nak mintak couple. Tak kan dia tak nampak saya pakai macam mana? Saya mempunyai kehormatan dan prinsip tersendiri. Prinsip ini saya jaga dari dulu sehingga saat saya menulis ni dan tidak akan pernah saya langgarinnya! Insyaallah.

Dan yang saya sangat kecewa + sedih, bagaimana boleh terdetik dalam jiwa 'encik tersebut' untuk bunuh diri? Hanya mereka yang tak beriman sahaja melafazkan begitu. Saya tahu 'encik tersebut' main-main dan mahu menarik perhatian saya. Hanya kerana saya menolak cintanya, dia nak bunuh diri? OMG...

Disitu saya tahu, dia bukan pilihan saya.Prinsip saya senang, cinta selepas kahwin. Mudah kan? :)

Mereka yang suka memaksa-maksa, 100% bukan pilihan saya, juga saya yakin muslimah diluar sana.

Belajarlah erti menerima dengan hati yang terbuka apabila menerima ujianNya. Bukan sahaja ujian dalam mencari jodoh, tetapi segala cabarannya samada ditimpa musibah, miskin, jatuh sakit, muflis dan sebagainya. Percayalah, Allah itu Maha Adil. Semoga Allah swt memberi hidayah pada kita semua, allahumma amen.

psst: esok cuti nuzul quran, bolehlah iron baju yang sebakul ni (-_-') senyumlah, ok ----> (^_^)

Read More :D

Monday, August 15, 2011

MC ke-2


Salam wbt. Ramadhan Kareem :D

Rasa seronok pula dapat update blog setiap hari, tapi tak tahulah sampai bila boleh bertahan (perasan je lebih, ntah2, topik baru seminggu lagi -_-')

Harini saya MC. Sebenarnya saya sudah berazam, kalau boleh tahun ni saya tak nak MC/CRK langsung! Tapi apakan daya, saya hanya merancang.

MC pertama saya bulan 7. MC kedua bulan 8 iaitu "hari ini". Pagi tadi serasa mahu sahur, tapi serius tak larat. Badan rasa menggigil, tekak terasa mencucuk. Lemah longlai. Hanya mampu meneguk air masak bersama linangan air mata. Usai solat subuh, terus saya terbaring lemah sehingga tengahari. Nak pergi klinik tak larat.

Kiranya sepanjang harini saya hanya berada diatas katil. Langsung tak buat sebarang kerja rumah mahupun sekolah. Bila hari beransur petang, bonda menasihatkan untuk pergi ke klinik dan ambil MC. Malangnya, MC tak dapat diberi, kerana langit petang sudah lama menampakkan diri. Doktor kata MC hanya waktu pagi, dalam benak saya, 'kenapa waktu pagi sahaja...?'

Selepas berbuka puasa, saya pergi klinik swasta. Dengan not RM10, saya diberi MC. Kalau diikutkan, sehelai kertas harganya mencecah RM10? Relakan sahaja.

Doakan saya diberi kekuatan, esok terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa.

Ok, jom lipat kain sambil dengar lagu Irfan Makki :D


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Read More :D

Sunday, August 14, 2011

Terima Kasih KTI :D

Salam wbt. Ramadhan Kareem :D

Hati 'berkobar-kobar' nak update blog. Melihatkan blog zaujah Amin Inteam (Kak Aini) yang sangat berinformasi + sangat tertarik, membuatkan hati ini teruja~ Tulisannya walaupun lebih berkisar famili, tetapi bahasa santainya dan cara penyampainnya terasa dekat dihati. Tahniah K.Aini yang comelll :D

Baru-baru ini Komuniti Teman Inteam (KTI) telah mengadakan Iftar Jamaei 2011 di pejabat Inteam Records. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Thummalhamdulillah, selain berbuka puasa bersama dan berterawikh, kami juga dihidangkan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Taha yang menyampaikan tentang amanah dalam membaca al-quran dengan baik, agak kagum dengan peribadi beliau. Serasa amanah yang diberikan tak tertanggung. Siap beliau bagi kertas, supaya kami tandatangan dan menerima amanah tersebut, lebih kurang macam pengijazahan gitu.




Seterusnya disampaikan Anugerah KTI dan cabutan bertuah. Memang 'makcik' tak tersangka-sangka, 'makcik' menang. Tahun ni, Anugerah Aktif KTI, tahun lepas Ahli Paling Berjasa (siapalah saya yang hina dina nak dapat anugerah begini -_-') TERIMA KASIH sahabat KTI yang mempercayai saya dan menganugerah saya. Terharu. Tapi sedih juga. Sebab? Sebabnya mereka yang menang anugerah, tak dapat CD percuma dari Inteam Record. Aci dopp? huhu *_*

Usai kesemuanya, sambutan harijadi AJK KTI, Husaini dan adik Afnan Al-Amin (anak Amin Inteam) yang ke 24 dan 8. Majlis ditutup dengan moreh dan sesi fotografi. Alhamdulillah :D

Inteam Junior yang ceria sokmo, muka semua suci-muci, suka tengoh Khadijah (anak A.Rahim Inteam + K.Hajar), muka macam baby doll je kan ;)

Afnan dapat kereta kecil warna merah la, dia kata nak tayar, yang lain tak tahulah nak bahagian enjin, tingkap, pintu (mana ada pintu..hihi), bla-bla... ;)

'Kami-kami' yang konon-kononnya ikut tema warna pink/merah, saya la perancang tema, haih +_+)


psttt: saya sempat membeli album sulung Irfan Makki terus dari Inteam, sangat suka lagu Waiting For Call & I'm So Sorry~~~


Read More :D

Monday, August 08, 2011

coretan 9 Ramadhan 1432 :D

Salam Ramadhan Kareem.



9 Ramadhan 1432Hijrah, genap 8 hari berpuasa & 9 hari berterawikh.

Sebut pasal terawikh, Meru (tempatku) sekarang dah maju, surau pun ada air-cond. Dari luar terasa kedinginannya. Masjid pun baru nak pasang. Alhamdulillah semakin selesa. Tambahan, penampilan istimewa dimasjid As-Syariff Meru, pelbagai tokoh ilmuan antaranya Ustaz Riduan Mohd Nor, Imam Muda Asyraf, Imam Muda Hizbur, Ustaz Zahazan dan ramai lagi ilmuan hebat!

Alhamdulillah, saya berkesempatan mendengar tazkirah Ustaz Riduan, beliau diantara tokoh yang saya kagumi, bicaranya selalu berintikan seerah nabawiyah, memang terbaik. Seingat saya saya pernah mendengar ceramah beliau semasa di universiti dulu. Manthop :D

Berbicara mengenai tugasan harian sebagai warga pendidik dibulan ramadhan, kerjanya sedikit mencabar. Keletihan kalini sedikit berbeda. Jadual hari isnin paling mencabar, saya diberi tugasan mengajar 4 kelas dalam satu hari, setiap kelas satu jam mengajar. Kerja bermula 12.30tengahari-5.30petang.

Berbanding bulan lain, 3 jam satu hari (6 masa) mengajar pun adakalanya cukup penat. Inikan pula 8 masa (Jadual anjal). Tetapi itu bukan penghalang. Ini adalah satu jihad. Guru yang menyampaikan ilmunya adalah jihad dan murid yang menuntut ilmu juga jihad.

Seringkali anak murid saya mengeluh..

"cikgu, penat la.."
"cikgu..haus.."
"cikgu, kalau kita tak belajar harini boleh tak?"

Saya membawakan kisah seerah nabi. Bagaimana umat islam boleh menang dalam Perang Badar waima mereka berpuasa? Kita hanya membawa pensel dan buku untuk berjihad, mereka dengan panas terik mengangkat senjata yang sangat berat tetapi boleh menang?

Terkesima anak2 muridku sebentar :D (baru depa sedaq sket cheqqq oiii... ;p)

Bercakap mengenai P & P, pendapat saya [yang kerdil lagi hina dina ni], kelas bukanlah sebagai menyampaikan silibus semata-mata. Cikgu masuk kelas, bunyi loceng keluar kelas, pastu tunggu tarikh keramat 25haribulan setiap bulan! OMG, tak berkembang anak2 murid kita nanti cik jah oii. Saya cuba sedaya upaya kadang2 tidak menyampaikan 100% apa yang terkandung dalam teks. Saya cuba bawa mereka berlayar memandang dunia luar, dunia yang semakin mencabar. Kaitkan dengan islam, aplikasikan apa yang dibelajar dan berfikir diluar dimensi.

Kendatipun begitu, se'semangat' manapun kita, berkobar-kobar nak ajar ni, tak sabar nak jumpa anak murid .........tiba2 anak murid?? kadang-kadang sikap mereka sangat menyedihkan+mengecewakan. Hilang segala semangat. Punah segala impian. Patutlah orang kata cikgu itu mulia, perlu banyak berkorban. Jangan berkorban sampai terkorban sudah.

Saya masih mentah dalam bidang pendidikan ni. Baru 1 tahun 2 bulan, kalau budak tu orang kata baru nak merangkak. Begitu jugalah saya. Saya cintai bidang ini, doakan saya agar terus tetap istiqomah.

Allahu akram :D

Read More :D

Sunday, July 24, 2011

Ifthar Jamaei KTI 2011

Salam wbt.


Lebih kurang seminggu Ramadhan Kareem akan menjelma. Alhamdulillah.

Persediaan saya dan anda? Tepuk dada, tanya iman (:

Dikesempatan ini, kami di Komuniti Teman Inteam seperti biasa untuk tahun yang ke-5 nya, akan menganjurkan Ifthar Jamaei 2011. Dijemput kepada sahabat yang berminat untuk melayari website ::Inteam:: untuk detail. Jazakallah :D

Read More :D

Saturday, July 02, 2011

I Believe - Irfan Makki ft. Maher Zain

Salam wbt :D

Sebagai manusia, kita sering mengeluh apabila diujiNya tetapi PERCAYALAH, segalanya ada rahsia & hikmah terbesar buat kita :D Terimalah I Believe ^^



I Believe

IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

*************************************************************************

& dengan suka hatinya, saya telah menterjemah lirik I Believe, memang tunggang terbalik, jadi saya perlukan anda semua untuk membetulkan lirik bahasa melayu ni, syukran!

God is obviously Allah and The man is prophet Muhammad (peace be upon him)
so Irfan Makki's part is about Allah, and Maher Zain's part is about our beloved Prophet Muhammad PBUH =)

IRFAN MAKKI
Apabila kamu mencari cahaya
Dan kamu merasa tiada harapan disisi
Pasti dan tiada keraguan
Dia yang sentiasa dekat denganmu

Dia mengetahui apa yang terbaik
Dia mengetahui dalam hatimu
Kamu akan tenang akhirnya
Jika kamu beriman kepadaNya

DiriMu selalu di hati dan fikiran kami
NamaMu disebut setiap hari
Aku akan mengikutiMu walau apapun terjadi
Hasrat terbesarku untuk berjumpaMu suatu hari nanti

Korus:
Aku percaya
Aku percaya
Aku percaya
Adakah kamu percaya, oh adakah kamu percaya?

MAHER ZAIN
Keranaku percaya
Dalam jiwa Nabi Muhammad
Penuh dengan cinta dan keharmonian
Dia mempertahankan keamanan dan kebebasan
Dan Dia tidak menjejaskan sesiapa
Dia adalah rahmat bagi umat manusia
Pendidik buat selamanya
Tiada makhluk setandingnya
Penuh dengan cahaya dan rahmat

Dirimu selalu di hati dan fikiran kami
Namamu disebut setiap hari
Aku akan mengikutimu walau apapun terjadi
Dengan izinNya, kita akan bertemu suatu hari nanti

Ulang Korus

Jika kamu hilang arah
Percayalah kepada suatu hari yang lebih baik
Ujian yang mendatang
Pasti akan beransur hilang
Jika kamu percaya
Apa yang dilihat
Buka sahaja hatimu
Dan membenarkan cintaNya mengalir

Aku percaya aku percaya, aku percaya aku percaya
Dan sekarang hatiku tenang

Korus

Saya percaya saya percaya, saya percaya saya percaya

----------------------------------- The End --------------------------------------

Read More :D

Wednesday, June 22, 2011

sabtu

Salam wbt.

Sempat juga saya mencoretkan sedikit warna disini. Hanya kelabu samar.

Rindu sewaktu aktif menulis dolu-dolu :D Ceritanya berkisar tentang sabtu. Sabtu? yer, sabtu, saturday, السبت.

Sejak akhir-akhir ni, hari sabtu seringkali dipenuhi pelbagai aktiviti sekolah.

18/06/2011: Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
25/06/2011: Kejohanan Sukan & Balapan
02/07/2011: 1 Murid 1 Sukan
09/07/2011: Hari Bertemu Pelanggan (Report card)

Tapi saya gembira sangat, lega rasanya, kalini saya wajib & mesti pergi! 15/07/2011 (sabtu) yang saya sangat tertunggu-tunggu. Hampir setahun penantian. Selalu tertangguh, seringkali banyak dugaan menghalang. Kendatipun berkalang gundah disekolah, semangat membara untuk pergi kalini sedikit berbeza.

Sabtu yang dimaksudkan adalah bersama 'bocah-bocah' orang asli. Dakwah. Hampir masuk tahun ke-4. Untuk bulan julai ini, matlamat utama adalah untuk mengajar mereka bagaimana menguruskan jenazah yang diajarin Islam. Pasti berbeza. Fardhu Kifayah menjadi topik kalini. Selalunya kami hanya mengajar mereka bagaimana bersolat dan mengambil wudhu' :D



Kangennya pada anak-anak kecil asli di Sg. Siput hanya DIA yang tahu. Kasihan mereka. Mereka seringkali menelefon saya. Semoga Allah memelihara mereka, sesungguhnya kak ira sangat merindui kalian T_T

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa terutama yang tersayang, Allahyarham Ahmad Azam Mohamed Salleh, ayanda terchenta, Alfatihah.

Read More :D

Thursday, June 16, 2011

Learn Korean (part 1)

Salam to bingkisaNurani's friends,




I was attracted with this cool blog, full house Korea! .:Takziana's blog:.
Although I don't fanatic with korean drama but I keen to learn foreign language like chinese, korean and japanese language and guess what? Finally I found this awesome blog. In addition, there are one of my students looks like korean & always talking about korea :)

Here we go, some simple words that we can learn together. I copy from the indonesian blogger, Mr Takziana.

Ucapan waktu makan ( 식사할 때 )

Saat kita makan di warung Korea atau di Dapur umum ( sikdang ) biasanya ada ucapan-ucapan seperti ini :

-맛있게 드세요 ( masitge deuseyo ) ” selamat menikmati ”.

- 잘 먹겠습니다 ( jal meokgessseumnida ) ” terima kasih “. diucapkan untuk menyampaikan terima kasih sebelum makan, yang arti sebenarnya ” saya akan makan dengan nikmat “.

- Namun bila ucapannya setelah makan, maka menggunakan istilah : 잘먹었습니다 ( jalmeogeossseumnida ) arti yang terkandung sama, yaitu ” terima kasih ” .

-Ketika kita makan, lalu ada orang lain datang, ucapannya adalah ” 식사 하세요 ” ( siksa haseyo ) artinya silahkan makan, dan biasanya jawabannya adalah : 많이 드세요( manhi deuseyo ) ” makanlah dengan banyak “.


Saat memberi ucapan selamat ( 축하할 때 )

-Sebenarnya banyak ucapan selamat dalam bahasa Korea, ucapan itu semua menggunakan kata …..축하 드립니다( chukha deurimnida ) atau 축하 합니다 ( chukha hamnida ) ” Selamat….. ”

-Misalnya “ 생일 축하 합니다 ( saengil chukha hamnida ) selamat ulang tahun . 결혼 축하드려요 ( gyeolhon chukha deuriyeoyo ) ” selamat menikah ” dan masih banyak yang lain seseuai dengan situasinya.

- Untuk yang mau lebaran, bisa juga diucapkan ” 단식 축제 일 축하 합니다 ( dansik chukje il chukha hamnida ) ” selamat hari lebaran “.


Mengucapkan terima kasih ( 감사할 때 )

- Ucapan untuk menyampaikan rasa terima kasih adalah 감사합니다( gamsahamnida ) ” terima kasih ” bisa juga 고맙습니 ( gomapseumnida ) atau bisa lebih informal 고마워요 ( gomawoyo ).

- Kalau dengan teman sendiri atau yang lebih sedikit usianya bisa 고마워 ( gomaweo ) atau cukup 고맙다 ( gomapda ) .


Ucapan meminta maaf ( 사과할 때 )

- Sedangkan bila kita melakukan kesalahan atau merasa perlu untuk meminta maaf diucapkan -죄송합니다 ( joesonghamnida ) atau 미안합니다 ( mianhamnida ) , sedang informalnya bisa cukup 미안해 ( mianhae ) .

- Untuk menjawabnya digunakan kata 괜찬습니다 ( gwaenchanseumnida ) ” Tidak apa-apa ” atau cukup 괜찬아.. ( gwaenchana. ) untuk informalnya


Ucapan saat tahun baru ( 새해 인사 )

- 새해복 많이 바드세요( saehaebok manhi badeuseyo ) ” selamat tahun baru ” dari artinya ” semoga engkau mendapatkan banyak kebahagiaan ditahun baru “. ini biasa diucapkan waktu tahun baru 1 januari atau tahun baru imlek. Sedang orang yang lebih tua mengucapkan “ 새해복 많이 받아..( saehaebok manhi bada ) kepada yang lebih muda sebagai jawabnya.


Ucapan Akhir pekan ( 주말 인사 )

Saat akhir pekan kita sering ingin menyampaikan ucapan dalam bahasa Korea, maka bisa disampaikan : 주말 잘 지내세요( jumal jal jinaeseyo ) atau -좋은 주말 보내세요. ( joheun jumal bonaeseyo ) ” selamat akhir pekan”.


Ucapan ketika di Toko ( 가게에 있을 때 )

Ucapan ini biasa kita dengar kalau kita berbelanja di toko, maka penjualnya biasa mengucapkan - 어서 오세요 ( eoseo oseyo ) ” selamat datang ” kemudian mengucapkan “ 뭘 도와 드릴까요 ( mwol dowa deurilkkayo ) ” apa yang bisa saya bantu ” . Kemudian kitamenyampaikan kebutuhan apa yang mau kita beli.
- Dan untuk menyampaikan terima kasih bisa disampaikan dengan -많이 파세요 ( manhi paseyo ) artinya sebenarnya “menjual lah yang banyak ” atau juga 수고하세요. (sugo haseyo ) maksudnya terima kasih dan selamat bekerja dengan baik


**************************************************************

That all for today, that cool right? Later we'll learn more insyaallah. If the readers want to add more a simple word korean here, you can drop by in comment below. Gamsahamnida, wassalam :)


Read More :D

Monday, May 30, 2011

Hari Guru Volume 2 ;D


Salam sahabat semua, sebenarnya topik kalini kesinambungan dari topik sebelum ni [Happy Teacher's Day 2011 (dijemput klik sini)], haih dah hampir basi pun..

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menjejakkan sekali lagi kaki ke Al-Farabi terchenta ;D tujuannya adalah untuk menziarahi rakan-rakan seperjuangan 'dihari bahagia' mereka disamping bertemu dengan anak murid yang sangatlah dirindui. Sangat-sangat.

Langkah kanan rupanya, mereka sedang 'makang-makang' setelah sukaneka tamat, jadi saya pun dijemput. Belum sempat menjamah makananggg,
" cikgu, ini hadiah dari saya :) "
Wah, sungguh terharu! walaupun genap 6 bulan saya tidak lagi bergelar ustazah disana, jiwa ini masih tersimpan kemas dalam lipatan ingatan mereka. Terima kasih Afiqah, Aiman & Ustazah Salasiah :)








selamat..selamat..selamat sejahtera :)


Read More :D
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Related Posts with Thumbnails